Friday 13 December 2019

Iceland the Land of Ice and Fire - Day 3


Kami akan menginap 2 malam di homestay di Stoksyeri ini. Harga untuk 2 malam dalam RM 1000, untuk 4 orang. Ada disediakan dapur umum dan toilet diluar bilik. Makanan semua kami masak dan prepare pagi-pagi sebelum keluar berjalan.

Iceland ni Negara yang sunyi, kedai-kedai pun tak berapa nak ada, kena berkereta jauh sikit baru boleh jumpa kedai. Nasib baik aku bawa bawang, kentang, perencah dan serba sedikit bahan mentah agar mudah untuk masak. Tambahan pula naik Qatar, luggage diberi 30 kg, kalau naik AA, memang berkira lah sikit nak bawa barang2.

Pagi ni kami akan bergerak untuk melawat Golden Circle.

Tempat pertama yang kami terjah ialah Geysir, hot spring...




 




Ramai yang berkerumun di sekeliling mata air untuk mengambil video...

 Dalam perjalanan gigih berhenti untuk berposing dengan cik kuda... baunya, fuhhhhh menyengat hidung... Muka bumi Iceland ni lapang sahaja dengan kurang pokok besar. Suasananya sejauh mata memandang kosong sahaja. Tanahnya kebanyakannya berbonggol-bonggol tandus. Tak macam NZ, yg kehijauan dengan ladang biri-biri.


Destinasi ke dua di Golden circle ialah melawat air terjun Gulfoss.... Tak begitu jauh daripada Geysir.









Iceland the Land of Ice and Fire - Day 1 n 2

Tarikh 9 Ogos 2019, Mamaayahaman membuat perjalanan melawat ke Iceland. Terpaksa plan untuk berjalan pada bulan Ogos kerana Aman dah tak sama cuti dengan mama lagi. Cuti semester Aman bermula hujung disember dan mama dah start nak kerja masa tu. So, ini lah sahaja masa yang sesuai untuk kita berjalan. Payah dah nak plan pergi mana-mana....

Start planning dalam bulan 3 dengan survey tiket ke Iceland. Akhirnya, mama pilih Qatar airways dengan transit di Doha dan Helsinki sebelum ke Reykjavik, disebabkan harga yang jauh murah berbanding dengan airlines yang lain.








Transit di airport Doha..., besar dan cantik airport nya..


Sampai di Helsinki dan transit di sini sebelum meneruskan penerbangan dengan Islandair ke Iceland.




 
 Transit di Helsinki dalam 7 jam..., kami sempat menjenguk bandar nya seketika... Tram di Helsinki.













Sampai di Keflavik airport dalam pukul 3 petang waktu Iceland, pada petang Sabtu. Airportnya kecil sahaja tetapi sesak dengan pelancong. Tak perlu melalui imigresen terus keluar ke bahagian ketibaan. Tercari-cari juga untuk membeli sim kad. Rupanya di kedai yang serupa macam 7-Eleven dan tanyakan di kaunter pembayaran. Agak kurang selesa membeli simkad dgn keadaan tersebut sambil hendak berkira-kira yang mana yang ok dan berbaloi.

Kemudian tercari-cari pula kereta sewa. Katanya ada perempuan yang membawa sepanduk syarikat kereta. Tetapi jenuh gak kami merayau dalam airport tak jumpa. Dah setengah jam baru perasan, bukannya dia nak tayangkan sepanduk tu tinggi2, dia sibuk melayan sambil dikerumun orang, sebab tu kami tak perasan.

Kami di bawa dengan Van ke syarikat kereta yang tidak jauh sangat daripada airport untuk urusan penyewaan. Lepas dah dapat kereta, suami agak nervous sebab pemanduan belah kiri..., tersalah-salah juga nak masuk simpang dan nak bergerak atas jalan..., asyik tersasul macam bawa kereta di Malaysia.

Kami meneruskan perjalanan ke Stoksyeri untuk penginapan kami. Jarak dalam 100 km. Slow sahaja suami memandu kerana belum biasa dengan cara pemanduan belah kiri, tambahan jalan raya di sini agak sempit dan bahu jalannya tinggi. Gerun juga mula-mula rasa....

Penginapan kami banyak guna Airbnb.





Musim waktu kami pergi ialah musim panas, mengikut suhu masa google dalam 16 C..., tetapi, realitinya suhu banyak yang bawah 10 dengan angin yang kuat.... Sejukkkk


Thursday 27 December 2018

TOKYO - SAPPORO - Day 7 - Asahiyama Zoo

Dah hari ke 4 kami di Sapporo...

Sebenarnya perjalanan dan aktiviti di Sapporo, aku tak rancang betul2 sebabnya kami plan nak berada di Sapporo sahaja dan lebih kepada ikut rentak hati. Kalo sempat, kami pergi... konsep gitu.

Mula-mula nak pergi Zoo ni dengan bas Chuo yang buat trip pergi balik Sapporo ke Zoo Asahiyama. Bayaran dalam 4900 Yen. Kami dah susah payah mencari kaunter tiket bas Chuo ni yang terletak di Esta Building...., pening berbelit gak mencarinya. Bila dah jumpa, tiketnya dah habis untuk perjalanan esok...

So, kami pun balik rumah dengan hampa. Google info lain yang JR ada menyediakan train ke bandar Asahikawa, dan kemudian ada shuttle bus ke zoo drp stesen keretapi tersebut. Tapi harganya 19950 yen untuk kami bertiga, dengan reserved seat masa pergi dan tiket bas return ke zoo drp stesen Asahikawa. Perjalanannya makan masa 1.5 jam. Walaupun lebih mahal naik train, tapi perjalanan lebih relax dan sekejap. Kalau naik bas, perjalanan adalah 3 jam sehala. Pemandangan di sepanjang perjalanan juga cantik.

Kami hanya beli tiket keretapi pada pagi tersebut sahaja. Beli di machine tiket stesen JR Sapporo.
Kami naik keretapi dalam pukul 7.30 pg.

Pagi ni sangat sejuk dengan salji yang lebat turun... sampai terfikir ada ke orang pergi zoo dalam cuaca macam ni... menghala ke tengahri, salji mula reda tetapi sebelum kami balik, salji lebat semula...









Dalam train menghala ke Utara Hokkaido menuju bandar Asahikawa... naik train lebih cepat sampai...

Pemandangan di luar... bumi Hokkaido diselaputi salji...



Di Bus stop stesen JR Asahikawa.... Menunggu bas ke Asahiyama Zoo... Bas dah sampai...

Penguin nya besar2...

Tarikan utamanya adalah Penguin Parade...











Semakin dah ke petang, salji makin lebat turun...

Ini lah uniknya Zoo Asahiyama..., melawat zoo dalam salji... ;) Kawasannya pun tidak terlalu besar dan ada kemudahan lain untuk makan dan berlindung jika keadaan terlalu sejuk.