Sunday 20 November 2011

Camping di Bagan Lalang



Pemandangan di Pantai Bagan Lalang pada pukul 6.30 petang...

Tiba-tiba je buat plan nak bercamping di sini. Petang Jumaat dalam pukul 5 lebih, kami bertolak ke Bagan Lalang. Perjalanan mengambil masa dekat 1 jam. Persediaan cuma bawa khemah, tikar dan bantal. Masak2 BBQ semua tak buat, maklumlah plan yg tergesa2...

Sampai sini, survey2 tempat nak berkhemah malam nanti. Ke hujung drp Sepang GoldCoast, ada disediakan tempat perkhemahan, surau dan toilet. So, situlah tempat kami bermalam nanti..... hehehe semangat sungguh...

Masa awal lagi, jadi, kita makan dulu..., Ikan Bakar lah...


Tempat pilih ikan. lepas pilih, timbang dan pilih nak masak apa. Harga menu yang masih aku ingat (kalau tak silaplah...), sotong RM 3.60 utk 100 gm, ketam RM 3.60 utk 100 gm, udang RM6.00 utk 100 gm....

Untuk menu yg kami makan seperti di atas, sotong 4 ekor masak goreng tepung, ketam 2 ekor masak 3 rasa, ikan pari bakar sambal dan termasuk sayur kailan, 3 pinggan nasi kosong dan 3 air teh O ais limau = RM 43.60..... Sedap, esp masak ketam 3 rasa...

Lepas siap makan, dah masuk maghrib pun, kami sembahyang di surau awam yg selepas drp Gold Coast....

Lepas tu, sesi mencari tempat nak buka khemah. Lepas dah siap kemas khemah, lepak2 sambil menghirup udara pantai. Langit kelihatan cerah je masa tu...., dah pukul 9, kami bergilir gi sembahyang isyak pulak dan teruskan aktiviti melepak. Kalau ada buat BBQ lagi menarik, so sambil melepak, kami berangan2 nak dtg lagi dan buat BBQ. Ada 4 - 5 kumpulan yg berkhemah mcm kami, tapi mereka siap berBBQ lagi...






Dah sedap2 tido, dalam pukul 3 pagi kot, hujan turun. Mula-mula rintik2 halus je, lepas tu punyalah lebat, siap dengan guruh kilat lagi. Tapi masih ok lagi, mata masih boleh terlelap dalam khemah.

Yg buat spoil lepas tu, kawasan tu bertakung dgn air disebabkan hujan yang lebat. So, kami terpaksa berpindah ke kereta dalam keadaan hujan dan sambung tidur dalam kereta. Khemah dan peralatan lain kami tinggalkan sahaja dalam khemah sebab hari tengah hujan lebat.

Esok paginya, semasa hendak sembahyang subuh, jenuh kami mencari surau sebab surau dan toilet yg kami pergi semalam tak buka, dikunci. Masalah betul lah, kenapalah hendak dikunci, sampai susah kami nak sembahyang. Kami pergi mencari surau lain, alhamdulilah, buka tetapi toilet dikunci juga. kami mencari kekedai ikan bakar, pun dikunci juga.... kedekut betullah semua, tak nak buat amal jariah buka toilet utk org yg tidur di pantai pergi ke toilet. Aku pun hairan, macammana kemudahan seperti itu tidak ada pada waktu pagi... Akhirnya, kami ke surau di kawasan kampung Bagan Lalang, dan alhamdulillah, toiletnya ada dan tidak berkunci.

Memang masalah lah kalau nak bercamping di sini. Dahlah kawasan perkhemahannya bertakung dgn air kalau hujan lebat. Pastu toilet semua dikunci selepas tengah malam agaknya. Aku tengok kawasan perkhemahan itu dibina dgn tidak ada saluran air keluar atau mungkin tersumbat. So, kawasan tengah tu, memang jadi mcm kolam. Gambar tak de pulak ambil utk tunjukkan kolam yg terbentuk....


Ini signboard di kawasan pantai.... Perkara ke-7 yang dilarang, tak boleh bercinta....hehehe..., nanti kena kompaun RM 1000.00.....

Lain kali nak camping lagi..., ingat nak camping kat PD atau tempat lain pulak...

3 comments:

  1. wah.. syok gila makan seafood. harga pon kira okay. nak pergi !

    ReplyDelete
  2. Gi lah..., kalau boleh jgn gi ujung minggu, sejam lebih baru dpt makan

    ReplyDelete
  3. camping kat blue lagoon best...nice place tapi kena dtg awal pagi atau lewat ptg sebab selalu ramai...tapi sama jugak toilet tutup slps pkl 10 mlm

    ReplyDelete