Thursday 1 December 2011

Kuala Terengganu - Tasik Kenyir - Gua Musang - Cameron Highland - KL

Balik drp ganu baru ni, saje nak jalan jauh.... Perjalanan memang memenatkan dan ambil masa 13 jam sampai ke rumah.

Drp rumah mak kat Atas Tol, KT, kami ambil jalan ke arah Kuala Berang dan lepas tu ikut laluan ke Tasik Kenyir. Sekarang jalan baru tgh dibina, so kalau drp KT nanti lebih senang nak ke Tasik Kenyir. Lebuhraya drp KT ke Sg Jeneris dan kemudian susur ke Tasik Kenyir, Gua Musang dan Simpang Pulai atau Cameron Highland.



Perjalanan drp Tasik Kenyir ke Gua Musang kira ok jalannya, tak byk jalan yg bermasalah. Cuma ada sedikit saje bhgn jalan yg rosak mungkin disebabkan musim hujan.


Jalan kat Tasik kenyir menuju Gua Musang.

70 km lepas tu, kita akan sampai ke Daerah Gua Musang, yg paling tepatnya Felda Aring, Gua Musang. Perjalanan kat sini yg tak begitu selesa sebab jalannya byk yg rosak...., berlubang sana sini... Tambahan pula kami terlepas simpang ke jalan baru utk keluar drp Felda Aring tu. Kami teruskan sahaja perjalanan dan sepanjang perjalanan mengikuti jalan felda iaitu Aring 2 dan 1.

Sampai ke jalan besar Gua Musang - KB, kami ambil ke kiri ke arah bandar Gua Musang. Kami teruskan perjalanan ke Bandar Gua Musang.
Untuk ke susur ke Cameron Highland, simpang adalah ke kanan drp Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, tak jauh drp bandar Gua Musang.

Drp Gua Musang ke Cameron Highland, perjalanan adalah sejauh 100 km juga utk sampai ke Kg Raja Cameron dgn melalui Lojing. Perjalanan adalah lancar, dan jalan raya tidak ada masalah seperti kat Felda Aring tadi....

Lepas nampak byk tempat menanam sayur, kita dah semakin hampir dgn Cameron...

Sampai kat simpang tiga Cameron Valley, kita boleh memilih utk teruskan perjalanan ke Simpang Pulai, Ipoh atau ke ke kiri melalui Cameron Highland, iaitu Kg Raja, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Tapah.

1 comment:

  1. As'salam slamat mlm , tumpang tnye berapa km agak2 dari kuala berang ke gua musang ?

    Minyak spare 4 liter ckup tak untk y15 smpai ke gua musang ?

    ReplyDelete