Friday 2 November 2012

Visa Jepun II


Hari ini aku pergi buat visa untuk travel ke Osaka hujung November ni. Kali kedua dah buat visa di Kedutaan Jepun, Persiaran Stonor, KL.


Belakang boarding pass tu ialah Visa Jepun, yg ditampal pada passport...

Seperti biasalah suasana di situ..., memang tak ada tempat nak letak kereta. Tahun lepas, kami sekeluarga pergi bersama dgn keluarga kakak dan adik. Aku dan kakak pergi buat visa. Sorang tunggu dalam kereta, sorang pergi masuk ke kedutaan.

Kali ni, terpaksa lah pergi sendiri. Kena parking jauh sikit ke arah kanan di tepi jalan yg ada banglo tinggal. Ramai juga org yg datang. Ikutkan no giliran, lebih 30 org menunggu. Tapi rupanya dalam masa 30 minit dah sampai giliran aku. Banyak nombor yang tak ada orang. Ini mungkin sebab org yg datang buat collection visa pun gi tekan nombor.

PERINGATAN : KALAU MASA NAK BUAT COLLECTION, TAK PERLU AMBIL NOMBOR. BERATUR SAHAJA DI KAUNTER NOMBOR 5.....

Wah..., siap bagi peringat lagi....., lagipun kesian ada sesetengah org yang tak tahu, tunggu nombornya muncul pada hal dia cuma nak ambil visa je...

Laman web utk visa Jepun : http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html#B

Antara keperluan yg perlu ada dan perlu disusun mengikut aturan :

1) Passport : pastikan masih ada tempoh laku ( sekurang-kurangnya 6 bulan drp tarikh kita pergi...)

2) Borang permohonan yg di download drp laman web tersebut. Isi sebelum pergi dan tampal gambar siap2.

3) Gambar ukuran 2 x 2 in atau 4.5 x 4.5 cm. Sekeping sahaja dan ditampal pada borang. Gambar mesti berlatarkan warna putih.

4) Itinerary di Jepun. Cth borang juga boleh di download. Cth juga ada seperti di bawah.


2012/NOVEMBER/2            
Schedule of Stay

The schedules of stay in Japan of the visa applicant  MINAH BT ABU  and  others are as follows:

Date
Activity Plan
Contact
Accommodation

23 Nov ember 2012
Visit Kyoto - Gion
-

Guest House Bola-bola
24 November 2012
Continue visit Kyoto- Arashiyama
-
Guest House Riverside Takase
25 November 2012
Osaka - visit a few places like temple and castle

-
Weekly Apartment at Otemae
26 November 2012
Universal Studio Japan
-
Weekly Apartment at Otemae
27 November 2012
Continue visit place of interest around Osaka

-
Weekly Apartment at Otemae
28 November 2012
Going back to Kuala Lumpur

-
-


5)  Surat pengesahan pekerjaan, cth seperti dibawah dan mesti ditulis dalam bahasa Inggeris.



LETTERHEAD COMPANY
                                                                           DATE

TO WHOM IT MAY BE CONCERN

Dear Sir/Madam
It is hereby certified that the above mentioned name servers as a ……………………… at ………………………….
Following her particularly of services :

1.       Name :
2.       IC Number  :
3.       Service Since  :
4.       Current Post  :                         
5.       Basic Salary + Allowance   :

The Government of Malaysia and ……………………… will not responsible for any loss due to using the above information.

Thank you.

…………………………………………
(sign dan cop la sikit dgn cop company)


6) Status kewangan drp bank. Yg biasa saya buat ialah mendapatkannya drp ASNB. Kita buat permohonan untuk mendapatkan statement, bayar RM 10, tunggu sebentar dalam 10 minit, mereka akan buatkan satu surat berletterheadkan ASNB, yang menyatakan jumlah wang kita yg terkini sahaja dan kepada siapa surat tersebut dialamatkan, cthnya Embassy of Japan... Berapa amount yg sebenarnya diperlukan, tidaklah pasti. Sediakan lah sahaja amount RM 6k utk setiap org yg kita bawa. Cth kalau ada 4 org yg akan pergi, so total duit lebih kurang RM 24k.

7) Surat beranak anak, jika kita bawa anak. Yg ini selitkan dalam passport anak. Kalau saya siap dgn sijil nikah lagi....


Semua perkara tersebut perlu disusun mengikut aturan yg diberi di atas.
Kalau kita bawa anak, perkara yg perlu ada ialah 1, 2, 3 dan 7 sahaja.
Perkara no 4 dan 6 perlu disediakan oleh ketua kumpulan sahaja. Yg lain2 tak perlu.



Dah siap semua dokumen, pergilah ke Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor. Waktu penghantaran boleh pagi atau ptg. Tapi utk collection, hanya pada waktu ptg iaitu selepas pukul 2.





12 comments:

  1. Wah..seronoknya..ke jepun lagi....

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya. boleh tak saya wakilkan orang lain utk apply visa ni? cth saya nak ke japan dgn 2 org kwn tp saya x pergi sendiri ke kedutaan jepun utk apply visa. saya hanya kirimkan semua dokumen2 yg diperlukan sahaja kepada kwn saya. boleh ke mcm tu? ke setiap pemohon perlu menghadirkan diri ke kedutaan jepun tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..., pastikan semua dokumen tu lengkap..., memang mcm tu yg biasa org lain pun buat...., dont worry..., Selamat Bercuti Ke Jepun...

      Delete
  3. nk pergi 30 hri tpi kt itnry tulis 15 hari bole x dan lg satu saya stdnt phd tapi bergji pnuh,, sya dptkn srat dri mjiknje tpi x bg srat stdnt,, ok x

    ReplyDelete
  4. Rasanya kalau dah bekerja, bagi surat majikan je..., senang je dapat visa jepun tak strict sgt....

    ReplyDelete
  5. WAH, TENKIU BLH SHARE. NK TANYA, WINTER SANA BLN BAPE?, HMMM, LAGI SATU KLU BERCUTI SENDIRI2, KENE SURAT DR OFICE JGK KE?.. KALAU BUKU ASB TU XCUKUP 6K , XBOLEH KE? HMMM

    ReplyDelete
    Replies
    1. winter bulan dec - feb, tapi kalau bulan Nov pun dah start sejuk...

      Surat drp majikan memang mesti..., takut agaknya kita nak bekerja kat sana tan nak balik2 plak hehehe, agaknya la kot, tu yg kena hantar jugak...

      Tentang duit tu, sebenarnya mereka tak pernak cakap pun berapa yg diperlukan tapi sebagai persediaan je supaya visa senang lulus.....

      Delete
  6. Agak2 nk apply visa bila msnye ni cth sy nk pergi bln 9

    ReplyDelete
  7. kalau ikutkan seminggu sebelum pergi pun sempat lagi..., sebab hari ke tiga dah boleh ambil dah visa dan passport..., cuma kalau takut ada masalah ke, dokumen tak lengkap, takut tak sempat plak..., Kalo nak rasa selesa, 2 minggu ke sebulan sebelum pergi baru kita mohon...

    ReplyDelete