Tuesday 4 December 2012

Kansai - Day 6

CUTI-CUTI JEPUN - KANSAI - KL

Hari terakhir di bumi Jepun....

Flight kami pukul 9.30 pagi. Ikut perkirann, utk rasa lebih selesa, kami kena keluar drp hotel sebelum pukul 6 pagi. Pukul 4 pagi lagi dah bangun, menyiapkan sedikit bekalan makanan dan mengemas beg.

Selepas subuh (5.20 pg dah masuk subuh), kami bergerak ke stesen Subway utk ke stesen Tennoji. Sampai di Tennoji, tukar stesen JR dan ambil Haruka ke airport. Masa dalam train ke Tennoji, aku ada perasan seorang penumpang yg mcm bersama kami drp KL lagi. Sampai di stesen Tennoji, baru dia menegur kami. Rupa-rupanya, bapa kepada anak murid aku juga. Haiii, keciknya dunia. Dia pun tinggal di Cyberjaya shj, berjiran shj dgn tempat kami. Dia seorg sahaja, katanya dtg utk join Osaka Marathon.

Awal sgt rupanya kami sampai, Haruka sampai ke Tennoji ialah pada 6.38 pg. Perjalanan selama 30 minit shj utk ke Airport.

Sampai airport Kansai, kami terus check-in. Masa nak masuk balai berlepas, kami ditahan oleh Polis Jepun. Dia tunjukkan lencana Polisnya. Katanya, nak bersembang2 dan tanya2 je. Dia mintak passport dan catitkan beberapa maklumat spt nama, tarikh lahir dan no passport di buku catatannya. Selain nama kami, nampak juga nama2 lain dlm tulisan Jepun. Lepas dia catit, dia ucapkan terima kasih dan itu sahaja. Tak tahulah prosedur apa yg dia kena buat....

Aerotrain di Airport Kansai...




Seperti di Tokyo dulu, misi menghabiskan duit syiling di airport. Disebabkan duit syiling tak laku kalau ditukar balik, maka kami pun memborong air tin di vending machine. Dapatlah dekat 10 tin air. Lepas dah beli baru perasan ada kedai yg jual Fridge Magnet ttg Osaka. Tapi masa tu, duit kecik yg masih ada ialah 1000 yen. Duit lain ialah 10,000 yen. Takkan lah nak pecahkan 10,000 yen, karang dapat duit kecik2 nanti tak laku nak tukar balik. So, dapatlah beli 2 je fridge magnet....

Pukul 9.40, kapal kami memulakan penerbangan dan sampai di LCCT pukul 3.30 ptg....

Berakhirlah percutian kami di Kyoto dan Osaka....

3 comments:

  1. Salam B_M, dari pembacaan 1st day sampai ari balik nampak mcm awak tak berapa nak enjoy pi holiday kat sana. Gambaq pun teramat sikit yg diletakkan. Hmmm.
    Nak tanya satu lagi...masa kat airport yg dorang check beg tu beg isi barang makan ker ? Saya dah bercadang nak bawak mcm2 kat sana takut pulak kena geledah dan tak lepas.

    ReplyDelete
  2. Kat Kansai mcm tak berapa best la...., mungkin nak menyampaikan ke satu2 tempat tu jauh2 sgt kena jalan kaki..., gambar memang belum masukkan lagi....

    Yg diaorg check tu, beg isi pakaian..., ada jugak saya selitkan makanan, tapi mereka tak kisah pun nak belek..., yg mereka kisahkan nak belek beg tu....

    ReplyDelete
  3. tetiba wak teringat masa wak training kat kansai osaka nii.., uhuu, 22 tahun yg lampau..

    ReplyDelete