Friday 7 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 7 - Lauterbrunnen - Mount Titlis

Sebenarnya ada 2 tempat nak pergi, Jungfrau Top of Europe atau ke Mount Titlis.

Mount Titlis agak jauh juga perjalanannya, lebih kurang 2 jam 40 minit baru sampai tetapi dekat Mount Titlis macam lebih menarik sebab kita akan naik 3 jenis kabel car dan ada aktiviti lain di Glacier Park.  Jungfrau, dekat dengan hotel kami, kalau tak sempat hari ni, mungkin kami sempat pergi esok sampai tengahari.

Jadi, keputusannya..., kami ke Mount Titlis. Perjalanan adalah drp Lauterbrunen ke Interlaken OST, (20 minit berkeretapi). Daripada Interlaken OST kita akan naik train hingga Hergiswill, perjalanan adalah selama 1 jam 40 minit. Tukar keretapi ke Engelberg pulak, ambil masa lagi 35 minit. So, keseluruhan perjalanan drp Lauterbrunnen dah jadi dekat 3 jam. Kami ada Swiss Pass, so tak payah fikir pasal bayaran, just tunjuk Swiss Pass sahaja kepada petugas yang datang check tiket. Kalau kita check dengan web SBB, kita akan dikenakan bayaran CHF 25.70 sehala utk seorang.

 Ini train yang kami naik drp Interlaken OST ke Hergiswil



 Cantiknya view drp dalam keretapi..., stesen Brienz ni kat tepi tasik je....

 Sampai Hergiswil, turun dan ambil keretapi lain pulak...



Sampai di Engelberg, kita akan beli tiket untuk naik ke mount Titlis. Disebabkan kami ada Swiss Pass kami dapat diskaun 50 % dan hanya dikenakan bayaran CHF 55 untuk pengangkutan dan juga aktiviti di Glacier Park. Kalau tak nak Glacier Park, boleh tolak CHF 12.

Sebenarnya, kalau ikutkan, cuaca tak begitu baik, hujan sahaja drp pagi lagi. Tapi disebabkan kami dah tiada masa lain, terpaksa lah juga kami naik ke Mount Titlis pada hari tersebut. Kalau tidak tak berbaloi ambik Swiss Pass kalau tak betul2 guna. Sampai di pertengahan jalan masa kami naik kabel car, hujan yang turun dah bertukar jadi salji.

Daripada Engelberg, tempat kita beli tiket tadi dengan tempat naik ke Mount Titlis adalah berbeza. Kita akan dihantar dgn bas lebih kurang 1 km drp Engelberg. Kalau kita dan ada tiket tadi, kita hanya naik free je bas tersebut. Kekerapan bas tak pasti..., tapi perjalanan adalah kurang 10 minit dan bas tersebut rasanya ada satu dan bas itu juga yg akan pusing semula ke Engelberg....

Kita akan naik 3 jenis kabel car..., ini jenis yang pertama, yang kecil boleh masuk hingga 6 orang...




Bila masih di bawah, hujan renyai-renyai..., bila dah naik agak tinggi, hujan dah jadi salji...


Ini jenis yang kedua..., btk kotak empat segi, boleh masuk ramai dan berdiri sahaja...


 Ini jenis yang ketiga iaitu yang berputar, konon2nya nak tengok view 360 darjah..., dan boleh masuk ramai org sekali dan kita hanya berdiri...


Bila dah sampai stesen paling atas, terdapat beberapa aktiviti di Glacier Park, antaranya kita masuk ke Glacier Cave...

 Laluan air batu..., macam ala-ala Igloo kot...



Lepas tu kita keluar daripada bangunan stesen dan aktiviti seterusnya bermain salji. Sangatlah lebat salji yang turun dan sakit muka kena tamparan salji (hehehe..., ada ke ayat mcm tu )



 Buat ABC sodap ni..., halus je saljinya...

 Kami menyusur lagi dan menuju ke arah Glacier Park, untuk naik Ice Flyer dan Sledge.


 Tempat nak naik Ice Flyer.., nak menyampaikan ke sini adalah 250 tapak katanya..., agak jauh dan hampir menyesal sebab kaki asyik tenggelam dalam salji..., susahnya nak berjalan sambil muka sakit kena salji...


Inilah rupa Ice Flyernya..., mcm tak logik je kami naik dalam ribut2 manja salji yang turun..., sejuk jgn kiralah...., sampai rasa kebas dah kaki dan tangan... Tak ramai yang cuba nak naik benda ni pun, kami antara org yang gigih benor nak naik sebab ingatkan lepas naik nanti terus di bawa turun ke stesen bawah..., rupanya TIDAK..., kami kena naik balik benda alah tu ke atas semula..., rasa nak nangis je..., dalam kesejukan mcm tu...

 Maka, kami berempat pun naik la Ice Flyer tersebut, dgn kaki terjuntai dan nasib baik dia ada penutup kaca  di hadapan, sekurang-kurangnya tak lah sakit muka kena salji...

Bila sampai ke stesen ice flyer di bhgn bawah, kami kena turun..., mula2 blur juga, apa yang ada di situ, sebab kawasan sekeliling dah tak jelas putih kabus dgn salji menampar2 muka. Rupa2nya, kena jalan lagi dan sampai tempat main Sledge.
 Ini lah rupa Sledge nya, duduk di atasnya dan turun bukit...., bila dah sampai bawah ada lift boleh naik ke atas semula..., mereka semua cuba..., aku tukang ambik gambor sudah...



 Lepas dah meluncur turun kita kena bawak balik sledge tu dan naik ikut lif, nasib baik ada lif, kalau tidak...., tak naik lah jawabnya...


Lepas tu kami ke stesen Ice Flyer balik, dan naik ke atas semula. Salji agak lebat, tak lalu nak duduk lama2 dan mereka dah seronok dok main sledge tu, tapi sebab kesejukan teramat terpaksa balik juga...

Jenuh sungguh rasa nak menyampaikan ke stesen...

Dekat setesen tersebut juga ada kedai2, seperti kedai jual cenderamata dan kedai jam. Kami usha2 jugak sebab memang plan nak cari jam sebagai tanda mata di Swiss, tapi ramai org la pulak dan mereka tak sanggup melayan dan suruh tunggu. Pastu katanya harga jam adalah sama di seluruh Swiss, so kami putuskan untuk cari di tempat lain. Nasib baik tak beli sebab dekat depan hotel Valley pun ada kedai jam, harga memang sama dan ada banyak pilihan. Siap dapat diskaun CHF 30 lagi....

Sampai kembali ke pekan Engelberg, kami sempat round sebentar, sementara tunggu train pukul 3 yg akan bertolak. Ingat nak cari kedai jam, tapi tak ada yang bukak pulak. Pekan engelberg ni macam di landa Geruda, sunyi sepi je, kedai banyak yg tutup dan tak ramai jumpa org yang bersiar2 mahu pun kereta2 di jalan raya.

Lepas dah tak jumpa apa yang nak dicari, kami pun patah balik ke stesen keretapi untuk balik ke Lauterbrunnen. Perjalanan yang sama...., hampir 3 jam baru sampai setelah tukar keretapi di Hergiswill dan Interlaken OST.... Penat dan hanya berehat sahaja...

Esok satu hari lagi di Swiss sebelum bergerak ke Geneva dan ke Paris...

Sambung next entry..., hari ke-8.

9 comments:

  1. bestnya akak main salji yg pure turun dr langit. tp ribut tu, agak mencabar gak. nasib baik gigih kan!

    ReplyDelete
  2. salam kenal..

    seronoknya main salji.. i maybe tak larat kot.. health problem.. mau kekung kat situ.. i jumpa yr blog masa cari tau cerita kashmir delhi n agra..

    i pegi kashmir after a month u pegi last year. but just kashmir.. next yr ingat nak ke Kashmir lagi but with other 4 frens. sambl terus nak gi Delhi n Agra.. tu yg godek2 N3 u..nice sharing. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnye nak ke Kashmir lagi...., sebelah hati rasa gak nak ngulang India..., tapi bila ingatkan perangai diaorang yg suka nak menipu, menyampah pulak hehehe...

      Delete
  3. Hello. May I have your email I'd. Actually I plan to go to Mt titlis in June . But with my 3 year old. Takut dia tak tahan. So I have some enquiry. If you don't mind my I'd is kalwantjsdhillon@yahoo.com. Pls contact me. Tq

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Bulan berapa ni you pergi interlaken?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      saya pergi hujung mei, dah nak masuk Jun...

      Dah nak masuk musim Panas...

      Delete
  5. Salam akak nk tnya..
    naik mount titlis dan main salji just pakai sport shoes sahaja w/out equipment lain utk winter ok ke? tergelincir licin tak? Kasut basah tak? Tq

    ReplyDelete
  6. Salam akak nk tnya..
    naik mount titlis dan main salji just pakai sport shoes sahaja w/out equipment lain utk winter ok ke? tergelincir licin tak? Kasut basah tak? Tq

    ReplyDelete