Wednesday 25 December 2013

Sydney Aku Datang... Day 3 - Sydney Fish Market - Paddy Market - HRC

JALAN_JALAN KE SYDNEY

Sambungan daripada kisah hari ke tiga...

Selepas melawat Sea Life, kami plan untuk ke Sydney Fish Market. Di hadapan Sea Life tersebut ada jambatan yang menghubungkan Darling Harbour yang belah satu lagi. Jambatan ini ialah Pyrmont Bridge. Dulu rasanya jambatan ini ialah laluan Monorel. Tetapi perkhidmatan monorel baru sahaja diberhentikan beberapa bulan sebelum kami sampai Sydney. Kerja-kerja pembersihan dan membuang monorel masih sedang dijalankan di atas jambatan tersebut. Sekarang jambatan tersebut boleh dilalui dengan jalan kaki...





Bas HOHO..., tapi kami tak nak pun...


 Di penghujung Pyrmont Bridge, kita akan jumpa Maritime Museum. Kalau kita naik feri tadi, selepas stop yg kami turun tadi, feri juga boleh turun di Darling Harbour yg berdekatan dgn Maritime Museum.

Kami tak masuk pun meseum ni. Berhadapan dengan museum ni ada satu bangunan dan kita ke level bawah satu tingkat untuk ke tram stop station Pyrmont Bay. Kami akan naik tram ni utk ke setesen Fish Market...



Dalam tram...


 Ini tram masa nak balik drp Fish Market...



 Lepas turun daripada tram kita cross je rail tram tersebut dan naik tangga di hadapan..., signboard seperti di atas pun ada....

Follow sahaja signboard...


Lepas dah jalan dekat 5 ke 10 minit..., akhirnya kita sampai ke bangunan seperti di bawah...




 Nak rasa lobster punya pasal..... harga satu set seperti di atas ialah AUD 70 = RM 210...

Sedap ke ? hehehe sebab berada kat Sydney..... haruslah kena cuba. Sedap lagi makan di Manhattan Fish Market kalau kat Malaysia ni...



 Yang penting gambar kat atas ni..., yg tertulis SYDNEY...


Paddy Market

Daripada Fish Market, kami guna laluan yg sama balik ke tram stop dan naik tram menghala ke Central. Untuk ke Paddy Market kami berhenti di Stesen Hay Market...


Sebelah je dengan tram stop tadi. Boleh lintas2 je rel tram tu...


  Ini lah rupa dalam Paddy Market..., mcm pasar Payang atau pasar Siti Khadijah... boleh la nak cari barang-barang cendera mata, fridge magnet, key chain, t shirt dsb...


 Selesai membeli serba sedikit, kami naik tram dan berhenti di stesen satu ke depan iaitu stesen Capitol Square dan jalan ke depan sikit lagi untuk mengambil bas no 374 atau 376 untuk balik ke Apartment.

Dah pukul 4 lebih.... penat dan berehat sebentar.... Kejap lahi kami nak keluar balik untuk ke Sydney Opera dan mencari Hard Rock Cafe....

Petang dalam pukul 6 lebih kami berlima sahaja keluar lagi. My MIL tak larat nak ikut. Kepenatan dia.

Kami naik bas ke Circular Quay. Lepas sampai di situ, kami jalan terus ke arah ke arah tepi laut dan hujungnya akan ada Sydney Opera... Jauh juga berjalan..., sepanjang hari berjalan, dah sakit pinggang jadinya...








Ramai manusia di sekitar Opera House ni..., lg pun bdn dah penat, kami cepat sahaja berjalan balik ke Circular Quay untuk naik feri ke Darling Harbour. Kali ni kami turun di Darling Harbour yng belah Maritime Museum. Tujuan selepas ini ialah hendak mencari Hard Rock Cafe... Saya bukan pengumpul brgn HRC, adik sya dan kawan2 dia yg rajin membeli...

HRC Sydney terletak di Harbourside Shopping Centre yg terletak bersebelahan dgn pyrmont bridge.... Belah kanan Pyrmont Bridge ialah Maritime Museum dan belah kirinya ialah Harbourside Shopping Centre....

Balik drp HRC, kami naik tram hingga ke Stesen Central dan naik bas di jalan Eddy Ave. Bas nombor 374 atau 376 terus ke Randwick Apartment...


No comments:

Post a Comment