Wednesday 10 December 2014

Kia Ora NZ - Transit di Melbourne

Day 1


Penerbangan kami drp KLIA2 pada pukul 10.30 malam ke Melbourne. Bergegas juga en suami drp tempat kerja. Sampai2 shj rumah terus bersiap dan sembahyang Maghrib, kami ke stesen ERL Salak Tinggi.

Tempat parking yang ada sebelum ini tengah di renovate, katanya nak buat bangunan parking yang bertingkat2, so kawasan lapang depan ERL dibuat tempat parking sementara dan ada penjaganya. So, okay juga, rasa selamat sbb sebelum ni ada terbaca dekat satu blog, ada kereta yang hilang di ERL Salak Tinggi. Satu hari dicaj RM 2.00. Keseluruhannya di caj RM 22 masa kami ambil kereta. Murah banget tu..., kalau tak mau beratus2 kena bayar parking kalau park di KLIA2.

Sebenarnya ini pengalaman pertama kami menggunakan Balai Perlepasan Antarabangsa. Fuhhh lagi jauh kena jalan banding dengan Domestik. Kami menggunakan Surau selepas Check -in barang selesai. Kemudahan suraunya cantik dan selesa. Sunyi je suraunya, saya sorang shj yang ada masa tu.
Mungkin selepas terbahagi dua antara domestik dan antarabangsa, dah tak jadi crowded tak seperti di LCCT dulu.




Penerbangan kami mengikut masa dan mengambil masa 7 jam 30 minit...

Selamat mendarat di Melbourne dalam pukul 10 waktu Australia (cepat 3 jam banding Malaysia). Kami declare semua barang makanan dan ubat. Imigresennya beratur panjang melilit2. Rasanya dekat sejam beratur kat situ. Lepas Imigresen kita ke bhgn kastam. Tapi lagi senang banding kami ke Sydney tahun lepas. Sambil2 jalan je pegawainya tanya ada bawa daging atau ayam ? Kami kata tak ada terus di suruh ke pintu Exit. Tapi ada juga pelancong lain yang diminta bukak beg, alhamdulillah mungkin muka kami boleh dipercayai...;) Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan.

Cadangan seterusnya, ingat nak round sekejap bandar Melbourne disebabkan petang pukul 6.20 penerbangan ke CHC, rasa macam lambat lagi. Tapi bila dok kira2 kos bas ke Melbourne, rasa mcm tak nak ke mana-mana, stay di airport shj lagi berbaloi. Utk ke bandar MEL, kita akan naik Skybus yang akan bawa kita terus ke Stesen Southern Cross. Harga tambangnya ialah AUD 30 = RM 90 return utk seorang. Mau total dekat AUD 73 = RM220 utk kami bertiga. Tapi nak buat mcmmana, redah je la...
Tempat beli tiket Skybus di belah kanan drp balai ketibaan antarabangsa atau ke belah kiri pun ada, Tapi elok naik yang ke belah kanan sebab bas maasih kosong lagi. Beli tiket dahulu di kaunter dan beratur diblkg kaunter untuk tunggu bas. Bas pun kerap, setiap 10 minit akan datang dan aada free wifi.



Sementara ke bandar, kami simpan 2 bag di Smartcarte di Airport juga, kalau kita keluar drp Arrival Hall, ia belah kiri. Harganya sebab dijangka melebihi 4 jam, kami kena bayar AUD 12 untuk satu bag. Tak pasal2 terbang AUD 24.... Sebenarnya di Southern Cross St pun ada locker, dan rasanya lagi murah sebab ada saiz XL dan boleh simpan 24 jam dengan harga baru AUD 16.





Sampai di Southern Cross Station, kami beli Myki. Myki ni mcm kad touch n go kita kat sini, bagi memudahkan naik bas, train dan tram di Melbourne. Harga kad sahaja AUD 6 untuk dewasa dan AUD 3 untuk kanak-kanak. Umur kanak-kanak di Australia dan NZ dikategorikan sehingga 14 tahun, so selamat lah Aman masih dapat harga kanak-kanak lagi... So kami top up dalam AUD 14 dalam Myki.

So, bermula lah pengembaraan yang singkat kami di Melbourne. Tergagap-gagap juga nak mencari dan belajar naik tram. Tramnya lalu di tengah jalan, so kita kena melintas dan tunggu di tengah2, kadang ada yang berbumbung stopnya, ada yang tak ada.










Masa pun tak banyak, dah la terkial2 melihat cara nak naik tram bagai... nak pakai myki kat tram pun lupa nak tanya. Rupa-rupanya bila naik tram, kita touch sekali je, bila nak turun jangan touch lagi myki tu. Kalau nak naik yg free, boleh naik City Tram. Ia akan buat satu pusingan keliling bandar Melbourne.

Selepas tu kami balik ke Southern Cross St, sebab ada ternampak kedai Kebab Halal di situ dan Prayer Room.




Harga satu set kebab seperti di atas..., untuk 3 orang dah jadi dekat AUD 40 = RM 120..., memang itu lah standardnya harga makanan di sana. 

Satu lagi, kedai2 yang jual kebab ni katanya ada sijil halal, tapi bila kita lihat, ada sosej yang macam tak halal. Bila kita tanya, baru dia kata, yang ini tidak halal, yang lain halal... Alamakkkk mcammana nak makan, kembang tekak... so hati-hati ye...

 Dalam lounge ni ada prayer room, ambik wudhu kat toilet.

Kat airport Melbourne pun ada prayer room, terletak antara international arrival dan domestic arrival.

Lepas makan, kami naik Skybus semula dan balik ke Airport. Macam buang duit betul ke bandar Melbourne sebab masa sikit sgt, tapi at least kami dah faham dan nanti lepas balik drp NZ perjalanan lebih lancar di Melbourne.

Dalam pukul 4 ptg kami bergerak ke International Departure di tingkat 2. Airport Melbourne ni kecik je, walaupun ada banyak terminal. LCCT dulu pun rasanya besar lagi. Urusan departure di Virgin Australia juga mudah, tetapi mereka memerlukan maklumat next penerbangan kita selepas ke NZ. So kena standby ye benda2 tu.

Sebelum ke Imigresen, pastikan isi kad keluar drp Australia, dan proceed ke Imigresen.

Penerbangan kami ke CHC berjalan ikut jadual dan sampai di CHC Airport pada pukul 11.50 malam dengan penerbangan selama 3 jam setengah. Perbezaan masa yang cepat 2 jam di CHC berbanding di Australia...



 Akhirnya.... KIA ORA Christchurch....




2 comments:

  1. Tiket Virgin Autralia ke NZ murah ye? Aku cuba buat benda yang sama tahun lepas tapi tak dapat murah. Last-last stop kat adelaide je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yg sy dapat tu je..., harga tu pun tak nak turun2..., so beli shj takut naik pulak pas tu...

      Delete