Monday 1 January 2018

MELBOURNE DAY 9 - Tram & Philips Island

Hari ke-9, 10 Disember 2017... hari Ahad.

Pagi ni ingat nak round bandar Melbourne sahaja. Kami dah pernah dtg sini semasa transit ke NZ. Tak berapa excited nak jalan-jalan sangat dengan tram sebenarnya. Tapi sebab memikirkan nanti hari nak balik nak naik tram untuk ke Southern Cross, maka kena lah try naik dan beli kad Myki. Myki kami beli di kedai runcit dekat dengan apartment kami. AUD 6 untuk seorang dan topup lagi AUD6...

Perjalanan pertama daripada depan Apartment menuju ke Victoria market.
















 Malas nak merayau ke bahagian dalam pun, en suami yang beli sovenir sikit untuk kawan2 dia... sebab dulu dah pernah masuk..., tak ada apa yang nak dibeli sangat pun...

Lepas tu kami ambil tram untuk ke State Library...







 Hihihi... sibuk je masuk library... bukan nak baca buku..., sibuk nak posing je...

Lepas di library, kami pergi makan di Pondok Rempah...., berdekatan situ juga... tapi sakit juga lah kaki berjalan nak menyampaikan ke Pondok Rempah ini.



Dekat pukul 2 baru sampai ke apartment. Letih kaki...

Petang dalam pukul 4, kami bergerak ke Philips Island. Jauh perjalanannya dalam 140 km juga daripada Melbourne.

 Tak tau la nak kata berbaloi ke tak untuk ke sini... sebab pertama, ia jauh. Sebab kedua kita hanya boleh melihat penguin tapi tak boleh ambil gambar penguin masa mereka naik ke daratan.

 Dah sampai jambatan yang menyambung ke Philips Island







 Kami sampai dalam pukul hampir 6 petang..., mulanya macam sunyi je tak ramai pengunjung. Tapi bila dah semakin gelap, semakin ramai pelancong yang datang...

 Tiket untuk seorang ialah AUD 25.70... dalam pukul 7 lebih, mereka benarkan pengunjung ke tepi laut... Penguin hanya akan naik ke daratan apabila matahari dah terbenam, iaitu lebih kurang pukul 8.30 malam... jenuh menunggu dalam kesejukan angin yang bertiup... Sejukkkk




Tadi kosong, sekarang dah hampir sesak...

Nak tunjuk gambar penguin pun tak ada...petugas yang menjaga kawasan tu cukup strict untuk pastikan tak ada orang yang sempat ambil gambar. Katanya, takut mata penguin rosak terkena flash camera...

Selepas matahari terbenam, baru ada tanda-tanda penguin akan naik... Itu pun ramai yang masih takut-takut untuk terus berjalan ke daratan. Ada yang patah balik ke laut. Dekat pukul 9 baru banyak penguin yang naik dan pergi ke sarang mereka. Kita boleh nampak penguin2 itu di sarang mereka, sebab tempat tersebut di bina merentasi sarang penguin. Laluan tersebut macam atas jambatan dan penguin akan lalu di bawahnya dan ditepi laluan.

Dalam pukul 10 lebih kami bertolak balik... dekat pukul 12 tgh malam baru kami sampai... Ngantuknya... dan rasa macam tak berbaloi pergi disebabkan jauh sgt perjalanannya dan kenangan hanya tersimpan di mata kami sahaja...



No comments:

Post a Comment