Tuesday 27 March 2012

Cuti-cuti India - Hari ke-5 - Srinagar - New Delhi

Hari ni, hari terakhir kami di HB atau Srinagar. Penerbangan kami adalah pada pukul 3.30 ptg. So, pg selepas breakfast, kami plan nak buat shikara ride ke sekeliling Dal lake utk menikmati pemandangan tasik dan membeli apa yg teringin, sebab katanya ada floating market.
Suasana di Dal Lake...

Bershikara ni pun dah termasuk dalam pakej yg kami ambil. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam, sambil menikmati keindahan houseboat dan sekitar2 tasik, serta gunung dihujung tasik.


Floating market....
Semasa kita bershikara ni, akan ramai lah penjual2 yg merapati sampan kita sambil menjual brg2an mereka seperti, jaket kulit, saffron, bergambar dgn baju tradisional mereka, batu2 permata, dan mcm2 lagi. Tapi, kalau rasa nak beli je baru ambik perhatian. Kalau saje2 gatal mulut nak tanya harga, siaplah mereka akan ikut sampai kita beli.

Tapi kalau nak beli, tawarlah harga kaw2..., mereka akan letak harga tinggi dulu, bila dah lama2 mereka turun harga, jauh..., berbaloi beli. Cth, harga saffron, bila aku buat2 jual mahal, dapat 100 rp utk seberkas penuh yg kecik tu. Masa beli kat otw ke Pahalgam, punyalah mahal, separuh drp tu je, aku kena 400 rp.

Dalam pukul 12 tgh, kami sampai semula ke HB dan bersiap2 utk ke airport. Dalam 12.30 kami berangkat ke jeti dan bergerak ke airport. Diingatkan utk keluar lebih awal, sebab perjalanan ke airport adalah amat perlahan, sebab ada banyak sekatan oleh tentera.

Lagi 2 km nak sampai ke airport, kereta dah jem panjang, tersengguk2 bergerak. Lepas tu, kita sampai ke sekatan pertama, iaitu kita kena keluarkan semua beg dan bagasi utk dibuat pemeriksaan dan scan. Dgn kita pun sekali dicheck badan. Lepas tu, bila dah selesai, angakat balik beg2 masuk dalam kereta semula. Masa ni, kita tak sampai lagi ke bangunan terminal, baru kat pagar airport je.

Lepas dah sampai ke bangunan terminal, kita akan masuk, tapi mesti ada tiket dan passport yg perlu ditunjukkan. Kalau tak ada, tak boleh masuk lah jawabnya. Lepas je masuk, akan ada satu lagi tempat pemeriksaan bag mcm tadi juga, serta pemeriksaan tubuh badan sekali lagi.

Lepas dah ok, baru kita akan check-in barang2 di kaunter airline. Masa tu, awal lagi, so kaunter belum mahu menerima lagi, jadi kami mencari tempat bersolat. Kami naik ke tingkat satu bangunan dan tempat solat adalah ke kiri selepas keluar drp lif iaitu sebelah tangga ada disediakan ruang utk solat. Ruang solat wanita hanya dipisahkan dgn bidai kecik je, Tp, ok lah..., drp tak ada langsung. Tempat mengambil wuduk pula di tingkat bawah dekat toilet. Tempat wuduk yg khas tak ada.

Kelihatan ramai juga warga2 sana yg sama2 bersolat. Lepas bersolat, kami check-in barang2 dan selepas itu, kami makan di restoran di tingkat 1. Makanannya, tak sedap sgt, kami makan mcm roti kebab yg digulung, dan intinya mcm inti karipap tapi karinya sgt pekat dan air kopi. Harganya, 630rp utk kami bertiga...

Selesai makan, kami masuk ke balai berlepas. Sekali lagi pemeriksaan badan dibuat serta brg2 dlm hand luggage diperiksa secara teliti. Selepas mereka check badan, kita bawa hand luggage dan semua brg dalmnya dikeluarkan ke dlm sebuah bakul. Setiap item akan dibelek, purse akan dibuka dan dicheck, setiap kocek beg akan dibuka dan diteliti. Lepas dah puas hati, baru mereka benarkan kita simpan semula brg dlm beg tangan kita. Lepas tu, tag hand luggage akan dicop dan di sign. Pastikan mereka buat itu, sebab, sebelum kita ke kapalterbang, mereka akan check tag hand luggage.

Tak settle lagi, ada lagi satu benda kena buat. Slip bagasi kita kena disahkan pulak. Salah seorg drp kita, akan masuk ke ruang sebelah kiri yg ditempatkan bagasi yg kita check-in tadi. Kita kena sahkan beg2 yg mana kita punya. Mereka akan buat tanda pangkah dekat tag bagasi kita dan barulah beg kita dibawa masuk ke dalam kapal terbang.
Sebab masa masih awal lagi, kami naik ke tingkat 1 utk ruang menunggu yg lebih luas. Selepas kapalterbang kita ready for boarding (ada skrin paparan...), baru kita turun semula ke gate di tingkat 1. Gatenya pun ada satu, iaitu hanya sebuah penerbangan je utk sesuatu masa.

Masa kita nak keluar drp gate tu, lg sekali pemeriksaan tag bag dibuat, samada dah dicop atau belum dan juga pemeriksaan badan sekali lagi. Berapa kali ye dah check badan ? Fuhhh letih rasa.....


Airport Srinagar yg ketat dgn pemeriksaan keselamatan...., mcm duduk kat zon perang je rasa....


Penerbangan ke Delhi mengambil masa 1 jam 20 minit je...

Hampir pukul 5 kami sampai ke terminal 1D Airport Delhi. Bas disediakan utk ke bangunan terminal. Ambil bag dan kami keluar untuk mencari teksi ke hotel. Teksi yg kami ambil ialah teksi Polis Kerajaan, iaitu teksi berkupon. Kita bayar dikaunter dan bawa slip kepada teksi yg kita naiki, yg berada di luar bangunan. Bayaran teksi ke Pahargunj tempat hotel kami iaitu hotel Ginger ialah 290 rp, termasuk utk byrn beg. Kalau tak ada beg, byrn ialah 250 rp.

Kaunter teksi polis di Terminal 1D



Teksi kami naiki ke hotel Ginger...


Ni kira first time la kami menyelusuri jalanraya di Delhi. Pon sana pon sini..., memekak je...., wajib sungguh bunyi hon. Driver teksi ni tak tahu la plak jalan nak ke hotel yg kami dah book, iaitu hotel Ginger. Berpusing2 mencari...., sudah2 nya dah lebih sejam baru sampai ke hotel....

Lepas dah check-in, kami bersiap2 dan sembahyang. Tak dan nak berehat pun, kami keluar semula utk mencari mkanan, iaitu ke Karim restaurant. Kami naik sebuah kereta, mcm prebet sapu lah, mereka mintak 200 rp. Sebab kami dah penat, so kami naik je lah.

Sampai depan masjid Jama Gate 1, ada 1 lorong, masuk dalam 10 langkah ada lorong kecik belah kiri, dan ada signboard juga, sampai ke kedai karim.... Ramaiiii org makan di sini. Lepas tunggu sekejap, kami dapat meja. Kami order nasi biryani, 1 ayam dan 1 kambing. Dekat India ni, nasi biryaninya lain drp Malaysia. Kalau kita makan biryani, cuma ada nasi biryani dan lauk nya ada dalam nasi. Itu sahaja, tak macam kat Malaysia siap dgn dalca dan acar timun, serta papadom. Rasanya, nasi biryani Insaf kat jalan TAR jauh lagi sedap drp nasi biryani kat India ni.... Total mkn di situ, ialah 427 rp.

Lepas makan, kami naik tuk-tuk. Kami mintak driver tu, gi round2 kat Pahargunj utk kami cari hotel lain. Sebabnya, hotel Ginger tu tak ada bilik utk esok. So, kami decide utk terus cari hotel lain malam tu, supaya esok lepas balik drp Agra kami dah tak payah risau pasal hotel dan mana nak letak beg2 kami tu... Driver tu bawak sorang kawan dia sbg jurucakap, sebab dia tak tahu ckp BI. Mereka bawa kami ke hotel yg jauh juga kalau nak jalan kaki ke Railway station. Aku tak nak, dan suruh mereka cari yg dekat sikit dgn railway. Pas tu, mereka bawa ke hotel Singh. Drp segi jarak, memang dekat sgt lah nak jalan kaki ke station keretapi, tp hotel ini bukan yg termurah dan tak berapa bersih. Tapi disebabkan kami dah tersangat letih, kami ambil sahaja, supaya kami dapat berehat dgn cepat, dan esok kena bangun awal utk ke Agra. Harga bilik adalah 2000rp semalam = RM 130...

Lepas tu, en suami dan anak pergi semula ke hotel Ginger dgn tuk2 tadi utk ambil barang kami dan check-out drp hotel. Lepas 30 minit, mereka muncul semula dgn beg2 kami. Bayaran tuk2 ialah 250 rp je yg diminta. Tapi kami bayar 500 rp sebab rasa bertuah sgt jumpa dgn mereka, yg nampak gigih menolong kami....

Hari ke-5 yg sgt memenatkan...., kami cepat2 bersiap dan tidur sebab esok pukul 4 lebih dah kena bangun untuk ke Agra....

No comments:

Post a Comment