Wednesday 19 September 2012

Mandi Sungai Di Janda Baik, Pahang


Sempena hari Malaysia 16 September 2012, kami ke Janda Baik.

Tak sangka rupanya banyak resort kecil2 kat situ. Tapi kebanyakan yang aku try tanya dah penuh. Kalau ada pun, harganya 200 lebih. Akhirnya, rezeki kami dgn Hawa Resort. Tak gak murah, tapi kira berbaloi la sebab kawasan resortnya agak selesa dan sungainya di depan bilik sahaja...


Senarai Resort di Janda Baik....


Harga semalam ialah RM 150, utk bilik double. Tuan punya resort, En Hassan nampak mcm tak berkira sgt. Dia kata, kat sini tiada check-in dan check-out time. Boleh masuk seawalnya kalau ada bilik kosong dan boleh lewat keluar sekiranya tiada org yg booking.



Kami sekeluarga rasa seronok dok kat resort ni, mungkin sebab banyak fasiliti, cth mcm ada wakaf utk kami berehat2 dan makan2. Kalau nak berBBQ pun dekat je nak wakaf tu. Dekat sini juga banyak paip utk basuh tangan dan peralatan utk memasak.

Wakafnya bukannya satu, ada beberapa juga, so tak payah nak berebut2. Lagi pun tak semua org yg dtg beramai2 dan nak lepak2 dan baring2 kat luar mcm kami hehehe...

Kalau kita ramai anak, pakcik Hasan tu siap offer tilam, bantal dan selimut extra. Petang tu, pekerja dia siap dtg kat kami tanya sama ada kami hendakkan tilam. Mula2 segan gak nak mintak masa Pak cik Hassan tu offer, tapi dah pekerja dia tanya, saya pun mintak la satu set tilam. Segera je dia hantar ke bilik...


Sejuk airnya....., dan jernih



7 comments:

  1. mmmm...macam best jugak tempat ni kan kak..nanti wa pong nak try sini pulak la..

    ReplyDelete
  2. boleh la jugak wa..., sebab kawasan ni byk resort, so boleh lepak2 sambil mandi sungai...

    Hujung tahun ni ke mana rancangan ?

    ReplyDelete
  3. senang la kalo sungai dekat..menarik sangat tu. Saya pernah ke sana tapi xjumpa mana2 hotel yang selesa

    ReplyDelete
  4. Saya dah gi situ. Tenang fikiran. Pegi hr tu sehelai sepinggang, x plan nak tido pun. Last2 tpaksa check in coz hujan, anak lak nak 'uuh' :-) lain kali nak pegi lg, kena prepare brg anak2 betul2

    ReplyDelete
  5. assalam....
    boley bgi no contact pakcik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try telefon Pakcik Hasan, : 012 - 218 6363

      Ziadi : 013 - 941 1440
      Kasma Diana : 019 - 261 0530

      Delete
  6. Assalamualaikummm..cmne ye klu sy nk book menginap di sini?

    ReplyDelete