Tuesday 25 December 2012

KILIM Geoforest Park Langkawi 2012



Tak berapa ingat dah berapa kali kami ke Langkawi...., kali ni 'terpergi' sebab selak web AA, tengok ada harga murah.... Utk 3 org pergi balik, harganya RM 240. Wahhh..., dgn segeranya aku pun beli..., sapa nak bagi..., kalo naik kereta + feri pun tak dapat harga tuh.... walaupun tak la nak pergi sgt, tapi drp dok melangut kat rumah, mesti lagi syiok melangut kat Langkawi kan....

Dekat sebulan sebelum nak gi, jenguk2 booking.com. Cari hotel murah2 je, almaklumlah bajet pun bukan ada sgt pun, lagi pulak baru je gi Osaka 3 minggu lepas.... Aku book Chalet Pondok Muara, dekat dgn Pantai Cenang dan Airport. Harganya baru RM 90 semalam utk bilik 3 katil. Booking pun tanpa card credit. Risau gak takut sampai nanti bilik kami tak ade, so 3 hari sebelum tu, aku telefon utk sahkan booking dan beritahu yg kami sampai lewat petang. 







 Inilah rupa biliknya..., amat selesa, luas dan lengkap dgn meja makan. Tapi yg kurang sikit, chalet ni tak ada reception, yg ada cuma pengemas bilik, masa sampai nak bayar, dia kata nanti tunggu bos dia dtg esok. Sudahnya hari ketiga pun tak bayar2, bosnya pun tak nampak2 muka. Kesudahannya, bayar aje dgn pengemas bilik tu. Pastu dia hulur resit. Ehhh, boleh pulak, kata haritu kena bayar dekat bos....poning den...

Kali ni ke Langkawi, fokus utama hanya nak ke KILIM sebab yg ni kami belum pernah pergi. Cable car, mahsuri, beras terbakar dll tu, tak gi kali ni. Cukup lah yg dulu dah pernah gi.

Kali ni kami di Langkawi sewa kereta Vios, RM 200 utk 48 jam. Kalau Viva dapat RM 160. So, baik naik Vios, sodap sikit...


Kalau ke Langkawi, jgn lupa pekena laksa Kedah..., sedap2 laksa dekat sini, kuahnya pekat, cukup terasa... Antara tempat yg saya cadangkan ialah berhampiran dgn airport Langkawi menghala ke Pantai Cenang. Laksa Power namanya. Berniaga dlm lori je dan ada disediakan tempat makan. Mee Udang pun ada dijual juga. Tapi saya kurang sikit Mee Udang ni. Rasa sos je lebih. Laksa yg bestttt....

KILIM Geoforest Park

Kami sebenarnya tersilap masa nak ambil pakej ni. Tak study sgt pun, main redah je. Kami ke Jeti Kuah utk survey pakej KILIM. Patutnya, kami terus ke jeti KILIM tanpa ke Kuah dulu. Kat KILIM pun ada ramai yg menawarkan pakej ni. Jeti KILIM ni terletak di jalan yg nak ke Idaman Suri atau Ayer Hangat dan Galeri Perdana. Selepas kita jumpa Galeri Perdana, ada satu simpang ke kanan selepas Galeri Perdana. Masuk ikut simpang itu dan tak jauh je drp situ kita kan sampai di Jeti KILIM....

Kami dapat RM 200 utk satu bot selama 2 jam dan dibawa ke 5 tempat, iaitu Tempat Bela Ikan dalam Sangkar, Gua Buaya, Eagle Feeding, Laut Andaman dan Gua Kelawar. Utk pakej 3 jam, kami ditawarkan RM 280. Tapi cukuplah rasanya dua jam...




Ini gambar di jeti KILIM..., punyalah komersialnya KILIM ni...., berlambak2 bot yg akan membawa pelancong ke kawasan KILIM. Kebanyakannya akan menyewa satu bot utk satu kumpulan. Kalau cadang nak berkongsi bot dgn org lain, mungkin tidak berapa selesa....





Kita akan dibawa menyusur sungai di tepi hutan Bakau. Aktiviti pertama yg dibawa oleh pemandu bot kami ialah melihat penternakan ikan dalam sangkar. Pemandu bot kami tu, baru 18 tahun umur dia, agak pendiam, kalau tanya, baru dia jawab...









Penternakan Ikan Dalam Sangkar


 Penternakan Ikan dalam Sangkar....






Gua Buaya

 Meninjau Gua Buaya. Kata adik pemandu kami, bot tak boleh masuk sampai dalam, sebab air surut, nanti motor kena pasir. Tapi kalau air pasang tinggi pun tak boleh masuk jugak sebab tak muat. So, kami masuk sikit je, dan undur semula..., ambik feel je la...







Eagle Feeding

Helang2 ni diberi makan kulit ayam. Senang je la, tak reti dah nanti nak cari makan sendiri.





Laut Andaman

Lepas tu, kita dibawa melihat laut yg terbentang luas, yg bersempadanan dgn Thailand. Sekejap itulah, signal telefon kita dah start roaming Thailand punya line.




 Tempat wajib ambil gambar bila di KILIM. Setiap bot akan berhenti di sini dan ambil gambar....

Gua Kelawar

Lepas dah melawat keempat-empat tempat, kami balik ke Jeti Kilim. Ingatkan dah sudah, tengok jam baru 1 jam lebih, rupa2nya nak ke Gua Kelawar. Gua ni terletak ke sebelah kanan drp jeti, dekat sahaja....

 Kelihatan tangga dan entrance utk masuk ke gua. Dalam gua ni gelap, so kita kena pakai lampu suluh, Sapa yg tak ade bawa, boleh sewa di situ dgn harga RM1. Kami sewa satu lampu sahaja....




Dalam gua kelawar..., kelawarnya ada bergantungan di bhgn atas gua, hitam memenuhi ruang atas gua....


Yang hitam2 belah kanan tu la, cik Kelawar..., kecik2 je..., tapi penuh bergayut di bhgn atas gua...


Stalaktit dan stalagmit...




7 comments:

  1. salam kak,

    saya bnyak kali dah ke langkawi tp x penah plak ke gua klawar.. cuti sek ujung thn nak p lagik, may be leh cuba ke sini..he..he..

    hari tu akak ada tanya kat blog sayakan, saya x perasan coz post yg dah balakang2..sya dah jawab tp saya jawab lagiklah kat sini.. saya x taulah akak dah p ke blm ni...he..he..Saya p end of mei. Suhu dalam belas2... tp saya rasa belas2 di belah amsterdam sejuk, coz windy dan ada hari yg hujan... so, prepare thicker sweater. Stenaline plak, kapal yg besar, so bila ia bergerak pon memang x terasa...saya rasa x mabok kot... tp bolehla standby ubat mabok tu.. manalah tau... ok kak, have a safe journey!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...

    Kak, boleh saya tau contact no utk sewa bot kat KILIM ni?.. murah rate yang akak dapat tu... tq! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam , maaf mencelah . boleh contact sy utk ke kilim geoforest park .:
      hidayah - 0143476639 .
      pakej - RM200 , 2jam . RM350 utk 4jam .
      max per boat - 10 org . :)

      Delete
  3. Assalammualaikum kak...

    Sy nak mintak contact no kereta sewa tu boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....

      Saya ambik kat airport je..., no nya dah hilang....

      Delete
    2. car rental langkawi :)
      http://fhsuccesstravel.blogspot.com/2013/09/car-rental.html?spref=fb

      Delete


  4. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete