Thursday 17 December 2015

Umrah - Madinah - Day 2 - Ziarah Masjid Quba', Ladang Kurma, Maqam Shuhada Uhud, Pasar Kurma, Masjid Qiblatain


Kubah Hijau menandakan kedudukan Maqam Nabi saw.



Maqam Nabi Muhammad saw




Hari ke 2 , di Madinah di mulai dengan Sembahyang Subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Suasana masjid yang sentiasa dipenuhi oleh orang. Berpusu-pusu umat melangkah ke masjid. Terharu dan syahdu dengan pemandangan ini. Subuh di Madinah dalam pukul 5.30 pg.

Dalam pukul 4.30 pg, ada azan pertama, mungkin untuk mengejut manusia daripada tidur. Selepas cukup masa, azan Subuh sebenar akan di laungkan, sejam selepas azan pertama. Dan sembahyang berjemaah biasanya akan dimulakan 15 minit selepas Azan sebenar.

Beginilah rutin para jemaah Umrah yang berada di Tanah suci. Selepas sembahyang Maghrib, kami jarang balik ke hotel. Disebabkan masa yang agak singkat. Kami terus berada di masjid hingga Isyak. Makanan pagi tersedia selepas solat subuh, makan tengahari selepas solat Zuhur dan makan malam pula, setelah solat Isyak.

Perjalanan Ziarah hari ke 2, di mulai dengan berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 pg. Disebabkan ketepatan masa tidak diikuti oleh semua orang, selalunya aktiviti hanya dapat dilakukan 30 minit selepas masa yang ditetapkan. So, perjalanan kami hanya bermula pada pukul 8 pagi.

MASJID QUBA'

Destinasi pertama ziarah ialah masjid Quba'. Mengikut info daripada Mutawwif kami, masjid ini dibina oleh Rasulullah selepas peristiwa Hijrah baginda daripada Mekah ke Madinah.






Masjid Quba'


 Di ruang perempuan, di bahagian atas masjid.

Di masjid ini, kita dinasihatkan untuk bersembahyang Sunat Tahiyatul Masjid dan Sembahyang sunat Dhuha. 


LADANG KURMA

Destinasi ke dua, ialah kami melawat Ladang Kurma...

Ini pandangan hadapan kedainya., lepas kita masuk, dibelakangnya ada ladang kurma.


Ini lah pokok kurma, serupa macam pokok kelapa sawit.

Kat sini pun ada pelbagai jualan kurma, kekacang dan coklat. Tetapi untuk membayar, sangatlah panjang barisan. Takut lambat pergerakan kumpulan kita nanti.



Kurma Ajwa di sini, dalam RM50 sekilo.


MAQAM SHUHADA UHUD


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Maqam Shuhada Uhud, di Bukit Uhud.

Kawasan ini diceritakan di mana berlakunya Peperangan Uhud. Bapa Saudara Nabi saw, Hamzah Abdul Mutallib dan anak saudara baginda, Mus'ab Umair turut terkorban. Maqam mereka terletak di kawasan tersebut.



Kawasan Maqam Shuhada Uhud...


Bukit Uhud...







Terdapat pasar untuk membeli barang seperti Kurma, stokin, tasbih dll.
Stokin untuk orang perempuan selesa membuat umrah, boleh dibeli di sini. 10 rial sepasang. Memang selesa, kurang licin apabila kita berjalan.

MASJID QIBLATAIN

Masjid Qiblatain, kami tak singgah. Hanya lalu sahaja. Masjid ini pada suatu ketika Nabi saw bersolat dan mendapat wahyu untuk menukar Qiblat daripada arah ke Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Sebab tu masjid ini dinamakan Qiblatain, masjid 2 kiblat.





PASAR KURMA

Seterusnya, kami ke Pasar Kurma. Dok terbayang macam pasar borong, rupanya deretan kedai yang menjual pelbagai barang yang hampir sama iaitu kurma, kekacang dan coklat.




Selepas melontar (Ust Hussin punya ayat...), kami pun bergerak balik ke hotel untuk mengejar sembahyang Zohor berjemaah di Masjid Nabawi. yang mempunyai seribu fadhilat berbanding sembahyang di masjid yang lain. Terlanjur berada di bumi Madinah, rebutlah peluang tersebut semaksimumnya.






1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete