Monday 1 January 2018

MELBOURNE DAY 6 - GOR & Warrnambool

Hari ke 6, 7 Disember 2017...

Semalam kami terbang daripada Perth menuju ke Melbourne... Dalam pukul 5 pagi kami sampai. Disebabkan penerbangan domestik, tiada pemeriksaan keselamatan langsung walaupun di sepanjang laluan ada tertera yang perlu declare barang-barang tumbuhan, buah-buahan yang dibawa walaupun daripada Australia sendiri.

Masa kami di ladang oren pun, owner tu kata buah daripada Perth tak boleh masuk ke Melbourne. Kalau nak terbang terus ke Malaysia, tak apa. Sebab itu kami hanya ambil 5 biji buah oren yang telah kami petik itu sahaja. Untuk mencukupkan nilai AUD 30 yang telah dibayar, kami ambil barangan lain iaitu Jem dan minyak zaitun. Tapi bila kami sampai Melbourne tak ada langsung bahagian pemeriksaan, rasa rugi pulak tak ambil oren banyak sikit lagi.

Kami sampai Melbourne, awal lagi. Baru pukul 5 pagi...., sempat lagi untuk sembahyang subuh di airport. Prayer room di Melbourne Airport terletak antara International dan Domestic Arrival. Sempat lagi kami minum kopi sambil menunggu pukul 7.30 pg, sebelum call syarikat kereta Apex. Seperti syarikat kereta di Perth, mereka pun hanya angkat call dekat-dekat pukul 8 pg sahaja. So, bawa bertenang dan relax dahulu.

Lepas mereka dah bukak kedai, baru mereka arrange van untuk pick up kita di airport. Perkhidmatan Apex pada awalnya agak slow dan membosankan. Pekerja yang nak melayan hanyalah 2 orang dan setiap orang yang dilayan mengambil dekat 15 minit tak termasuk gangguan telefon lagi.

Kesudahannya 9.30 pagi baru kami dapat bergerak daripada Melbourne.

Langkah seterusnya ialah set gps dan Waze untuk menuju ke Great Ocean Road. Untuk perjalanan pergi ini, kami decide untuk jalan tepi laut. Jalan ni banyak gangguan dan tak boleh laju. Jalannya bengkang bengkok macam jalan ke Cameron Highland. Tapi kalau nak lalu pintu gerbang GOR, kena lah lalu sini. Lagi pun kita memang nak jalan-jalan so, enjoy the ride...

Sepanjang perjalanan kita akan jumpa banyak bandar2 kecil seperti Torquay, Lorne, Apollo Bay, Port Campbell, Peterborough... Malam ni kami akan tido di Warrnambool. Jarak ke Warrnambool jika lalu GOR dekat 400 km sehala.



Sebelum sampai Lorne, kita akan sampai ke Memorial Arch Great Ocean Road. Daripada pintu gerbang itu untuk sampai ke 12 Apostles adalah jauh sangat lagi... (150 km). 12 Apostles berdekatan dengan Port Cambell.














Sampai di Memorial Arch, kami meneruskan perjalanan ke Apollo Bay...., jauh lagi dalam 100 km baru sampai. Kami ke sini sebab mencari restoran Iluka, katanya ada sijil halal untuk dagingnya. Kami makan nasi goreng dan lauk yang boleh dipilih, ayam atau kambing. Tapi serius cakap, rasanya langsung tak kena dengan cita rasa kami. Nasi goreng simple yang kami masak jauh menyelerakan banding dengan restoran itu. Tapi sebab kami baru sampai drp Perth, terpaksa lah membeli makanan di situ.

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi, berbaki 70 km untuk sampai ke Port Cambell. Sepanjang perjalanan pun banyak gangguan seperti pembaikian jalan yang menyebabkan kereta banyak kena berhenti dan jalan sebelah sahaja.


 Sampai di Apollo Bay..., kedai Iluka itu di tepi jalan utama sahaja...

 Ini lah rupa nasi gorengnya...

Dekat nak sampai 12 Apostles, cuaca mula mendung...








 Akhirnya hujan turun selebatnya...

Disebabkan hari semakin petang dan risau takut kalau gelap susah nak cari rumah yang kami sewa, kami putuskan untuk datang lagi esok. Sebab banyak lagi tempat lain yang tak sempat nak pergi.

Teruskan perjalanan ke Warrnambool, berjarak 70 km lagi.... Fuhhhh letih sungguh duduk dalam kereta sahaja. Kesian kat suami juga kena drive jauh2...



Rumah kami sewa di Warrnambool. Cantik dan selesa sangat. Dipunyai oleh pasangan yang berumur yang katanya pernah bekerja di Malaysia. Seorang yang agak cerewet dan teliti.
Sewa semalam pun mahal, RM 526... Tapi rumah ini sangat lengkap, ada washer dan dryer. So kami ambil peluang untuk basuh baju2 dan keringkan....








Badan pun dah letih... malam keluar ke Woolworth mencari barang-barang untuk dimasak dan untuk breakfast esok hari. Kami semalam sahaja di sini. Best nya kalau dapat duduk sini 2 ke 3 malam. Kawasan sini sangat damai. Berdekatan kawasan rumah ini ada sungai yang cantik... tak sempat nak pergi dekat sebab mengejar masa...

Selesai hari ke 6 kami... 

No comments:

Post a Comment