Wednesday 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari ke- 4 - Asakusa dan Odaiba

Hari keempat adalah hari ahad kami di Tokyo.
suhu pada pukul 10 pagi di tokyo...., lebih kurang 10 C..., sejukkk..., siap pakai glove pun masih sejukkk

Plan utk hari ni ialah utk ke Asakusa. Pukul 9, lepas dah breakfast sikit, kami ke stesen Inaricho. Asakusa terletak di line yg sama iaitu Ginza Line dan hanya ke depan 2 stesen sahaja.

Bila tren sampai je, tak sangka, rupanya ramai org nak ke Asakusa juga. Dalam ramai2 tu, nampaknya mcm org Jepun sendiri juga, mungkin mereka nak pergi sembahyang kot.

Keluar drp stesen, kami ikut exit nak ke Sensoji Temple. Lepas keluar, ambil ke kanan, dan jalan beberapa langkah dah sampai. Mula2 ambil gambar kat tempat wajib semua org ke Jepun ambil, iaitu pintu gerbang Sensoji Temple.





Depan Sensoji Temple....





Jalan Nikamise

Lepas tu, utk ke temple yg belah dalam, kita akan lalu Jalan Nakamise, iaitu tempat membeli utk para pelancong. Kat sini byk terdapat fridge magnet. Kalau kat tempat2 lain, mcm susah nak jumpa fridge magnet dijual. Harga dalam 200 ke 250 Yen sekeping.


Fridge Magnet yg sempat dibeli di Asakusa. Ini gambar duit syiling Jepun. Masa nak balik, jenuh aku bg perabih duit tu beli air kat vending machine kat airport. Kalau bawak balik, dah tak laku nak tukar balik. Tapi yg 10, 1 dan 5 yen (duit warna kuning yg berlubang tu kot), tak boleh masuk vending machine ..., bawak balik je




Antara barang2 yg dijual di Jalan Nakamise, kebanyakannya cenderamata utk pelancong..

Semakin lama, semakin ramai org ke Sensoji ni. Sepanjang jalan Nakamise ni, org semakin sesak, sampaikan nak bergambar dan berjalan pun susah.

Lepas tu, kami bergerak drp kawasan tu dan pergi ke arah sungai Sumida. Dekat sini ada menara "Tokyo Sky Tree", dan stesen Water Taxi utk ke Odaiba. Satu lagi btk yg popular kat forum cari, yg forumer kat situ panggil tahi emas. Rupa-rupanya benda tu adalah landmark utk syarikat Beer.

Kat Asakusa ni, ada byk penarik beca mcm kat gambar atas....





Tempat nak naik water taxi ke Odaiba..., menyusuri Sg Sumida...

Tokyo Sky Tree....

Naik water taxi di Sg Sumida


Lepas tu kami balik ke stesen, top-up duit Passmo kat machine, dan terus ke Ameyoko utk beli brg sikit dan berehat di hotel sebelum keluar utk ke Odaiba ptg nanti.

Yurikamome pass (Odaiba-Ariake Excursion Pass)...

Ptg pukul 2.30 ptg, kami bergerak utk ke Odaiba. Drp stesen Inaricho kami terus ambil tren hingga ke stesen Shimbashi. Keluar drp stesen, kami cari arah utk ke line Yurikamome. Jauh gak nak sampai ke Yurikamome line walaupun dalam stesen yg sama. Lepas tu, tercangak2 sebab officenya tutup. Kami nak beli Odaiba-Ariake Excursion Pass, utk naik water taxi dan free unlimited ride Yurikamome line. Nasib baik nampak sorang staff yg pakai t-shirt ada lambang yurikamome kat lengan dia. Dia tolong belikan kad tu melalui machine. Harga pass tu ialah 900 yen utk dewasa dan 450 yen utk kanak2.

Kat dalam water taxi nak ke Odaiba...


Lepas dah beli, kami touch masuk stesen Shimbashi utk Yurikamome dan naik tren ke arah Odaiba, tapi kami berhenti di stesen ke-4 iaitu Hinode. Pastu, keluar drp stesen dan ke arah kiri ke arah jeti utk ambil water taxi ke Odaiba. Water taxi tu pun memang menunggu utk belayar, kami masuk je terus dia berjalan. Naik water taxi ni, kita akan lalu di bawah jembatan Rainbow. Perjalanan menggunakan water taxi, ni tak lah best sgt, saje lah utk pengalaman. Kami naik sampai Daiba Pier.

Water Taxi di Daiba Pier...




Kami lalu di bawah Rainbow bridge...

Keluar drp Water taxi, kita dah sampai ke Odaiba. Kami berjalan ke Stesen Yurikamome Daiba, utk ke stesen Aomi. Kami nak ke Palette Town. Kat sini ada Pusat Pameran Toyota, Outlets, dan Ferris Wheel. Tapi secara keseluruhan, tak lah menarik sgt ke Odaiba. Kat Pameran Toyota, byk dipamerkan kereta2 Toyota dan ada permainan simulasi yg anak aku sgt lah suka nak cuba.
Aqua City dan Pallete Town, Odaiba....

Toyota City Showcase...

Teruja tengok baju lambang Petronas kat kedai cenderemata di Pameran Toyota...

Kereta Toyota yang pertama...


Dalam pukul 6, kami dah bergerak balik ke hotel dgn laluan yg sama mcm pergi tadi cuma tak naik water taxi, tapi terus ke stesen Shimbashi naik tren Yurikamome, dan tukar tren ke stesen Inaricho.

Berakhir hari ke-4..., hari esok adalah hari yg dinanti2kan oleh semua org iaitu main salji.....


Sambung hari ke-5 Hari ke-5

No comments:

Post a Comment