Wednesday, 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari ke- 5 - Gala Yuzawa

Gambar drp Gondola utk ke stesen bhgn atas....

Tempat ni yang paling ditunggu2 oleh anak aku, Aman dan juga anak saudaraku, Wawa...

Kos utk ke tempat ni yang paling mahal dan juga kos utk menyewa peralatan berski.

Kami bertolak drp stesen Inaricho ke Ueno utk ambil Joetsu Shinkansen terus ke Gala Yuzawa. Shinkansen ni drp stesen Tokyo, tp sebab kami dekat dgn Ueno, kami ambil di Ueno shj. Sampai di stesen Ueno, kami beli tiket di Office JR, yg ditulis "special ticket".

Sempena musim winter yg baru bermula, JR dan Gala Yuzawa buat promosi iaitu harga Shinkansen pergi balik + 1-Day lift ticket (termasuk tiket gondola) + 10% off ski rentals = 12,200 yen. Kalau tidak, harga Shinkansen shj ialah 13,800 utk pergi balik. Harga pakej utk kanak2 ialah 6650 yen. Tiket tu juga dapat reserved seat utk pergi balik.

Masa lepas beli tiket, masa nak naik tren, kita dibekalkan 2 jenis kad iaitu kad tambang tren dan satu lagi kad utk reserved seat. So, jadi keliru nak slot-in kad yg mana satu masa nak lalu kat palang. So, kita masukkan kad tambang tren, kad reserved seat hanya sebagai rujukan utk seat sahaja.



Shinkansen Max Tanigawa - drp Ueno ke Gala Yuzawa...





Masa nak balik ke Ueno, shinkansen 2 tingkat...

Dalam shinkansen...

Semakin keretapi menghampiri kawasan Yuzawa..., kelihatan pokok semakin gondol dan putih menyelimuti suasana...


Salji di mana-mana....


Merasa sekali lagi kami naik shinkansen. Kami naik tren Max-Tanigawa. Kosong je seat kat dlm tren, bilangan gerabak yg dibawa ada byk juga, rasanya mcm lebih drp 10. Perjalanan tak lah laju sgt, bila dlm terowong atau kawasan tiada perumahan, baru rasa laju shinkansen ni. Kalau tak mcm keretapi biasa je. Sepanjang ke Gala Yuzawa, tren ni berhenti di 7 stesen, perjalanan adalah sejauh 200 km dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Stesen Gala Yuzawa adalah stesen terakhir.




Sebelum sampai ke Gala Yuzawa lagi, kawasan pergunungan dan bukit sekitar ni dah nampak keputihan. Wahhh..., jakun sungguh tengok salji yang memutih. Tak pernah seumur hidup merasa salji, akhirnya hari ni impian kami tercapai...., syukur alhamdulillah..
Tempat penyewaan ski gear..., memilih saiz kasut dan baju...



Sampai di stesen, kami naik ke tingkat satu dan terus sampai ke kawasan Gala Yuzawa Resort. Perkara pertama ialah menukar voucher yg diberi oleh JR tadi utk menyewa peralatan ski. Lepas dapat voucher, kami ke kaunter penyewaan brgn. Kami dilayan oleh minah saleh drp Switzerland katanya, sebab staff Jepun tak reti berbahasa Inggeris.

Payah juga utk menerang kat kami yg memang buta pasal berski ni. Nak pakai kasut ski pun tak reti.... hehehe..., lama gak dia ambil masa melayan kami dan tolong kami pakai kasut dan nak lekatkan kasut kat batang ski... Kalau nak naik lift utk ke bahagian atas bukit, kita kena ada peralatan ski, kalau tak tak dibenarkan naik lift. Tapi kami tak naik lift tu pun, main sekitar2 tu je.

Harga utk sewa brg2 ski ialah seperti berikut : Peralatan lengkap ski, baju, boots dan gloves ialah 5300 yen utk half day iaitu drp 12 tgh ke petang. Kalau kanak2, 1500 yen. Kalau nak sewa baju dan seluar shj ialah 1800 yen utk half day. Kami dapat diskaun 10% utk semua tu dgn pakej yg diambil.

Lepas dah lengkap semua barang yg nak disewa, kami bergerak ke locker room utk bersiap2 tukar kasut dan simpan barang. Sembahyang Zuhur dan asar sekali disitu.




View drp gondola ke stesen atas..., pokok2 yang diselaputi salji...
Lepas dah siap semua, kami bergerak naik menggunakan gondola. Perjalanan ke atas lagi menawan... Memutih saje kawasan tu....Cantiknya....

Sampai ke stesen atas, apa lagi..., masa utk main snow....
Utk yg first timer mcm kami, baru nak belajar mengerak2 kan kaki dan tangan...




Pasukan penyelamat kalau ada yg kemalangan masa main ski di cerun atas...



Salji yg sesekali turun..., ada yg lebat, ada yg sikit2...


Sesekali snow turun, ada masa turun sikit2..., ada masa turun agak lebat.... Hebatnya, rasa pengalaman ni..., walaupun mahal utk merasakannya, alhamdullillah..., dapat kami merasanya...

Agak2 dah kesejukan, kami masuk ke dalam stesen. Kami makan2 nasi kat situ juga dan pastu sambung lagi bersalji di luar. Anak2 tak nak balik, tak penat2 nak kasi mahir berski..., tapi tak berani nak naik lift ke atas, sebab nanti nak turun bukit kena guna ski...., mana reti....

Resort ni tutup pukul 5.30 ptg. Dekat pukul 5, baru semua ready nak turun ke stesen bawah. Masa tu, org lain pun dah beransur balik, kami je yg macam tak nak balik2. Hari pun dah mula gelap di luar.



Sambung hari ke-6 : Hari ke-6

1 comment:

  1. lift bila dah sampai atas, mmg tak boleh guna untuk turun semula ke bawah ye

    ReplyDelete