Hari kedua di Sapporo...
Sejuk sebenarnya, nak keluar rumah pun jadi malas .... Rancangan hari ni nak ke Outlet dan jalan-jalan ke Bandar Sapporo... Tapi sebab dah kesejukan, malas nak keluar semula...
Balkoni rumah yang kami sewa di Sapporo...
Sejuk sebenarnya, nak keluar rumah pun jadi malas .... Rancangan hari ni nak ke Outlet dan jalan-jalan ke Bandar Sapporo... Tapi sebab dah kesejukan, malas nak keluar semula...
Seronok sungguh nak tengok kedalaman salji atas tanah... Salji nya memang halus dan lembut... nampak sahaja cantik, tapi meyeksakan.... sejukkkkkk
Kami ke Mitsui Outlet... Mula-mula ingat nak naik bas drp Sapporo..., tapi lebih menyenangkan dengan naik subway..., daripada rumah, kami naik ke stesen Odori dan tukar ke TOHO line dan naik hingga ke stesen terakhir iaitu Fukuzumi. Daripada stesen Fukuzumu, ada bas ke Mitsui Outlet..., tak ingat bus stop nombor berapa. Bus stop nya dalam bangunan sahaja. Bila bas sampai baru kita keluar untuk naik bas. Tambang bas kami bayar guna Passmo Card sahaja. Passmo Card boleh ditopup di semua stesen Subway.
Tujuan utama ke sini untuk mencari jam kiriman kawan suami. Dia nak jam G-Shock yang made in Japan. Dengan semangatnya la kami pergi, kot2 boleh beli sekali cenderamata untuk kami di Jepun. Memang banyak jam yang agak murah dalam 5000 ke atas dah dapat dan dapat potong harga tax lagi... Jam yang dikirim oleh kawan suami tu pun ada, tetapi masih made in Thailand... Rupa-rupanya yang Made In Japan hanya untuk jam yang berharga 70k ke atas macam tu..., yang riban2 punya... bila tanya dekat kawan suami semula, dia pun tak jadi beli...
Jam yang murah2, memang tidak dibuat di Japan... itu kesimpulannya....
Makan Lil Donut di Mitsui...
Cuaca pun mendung dan snow sahaja pada hari ini..., dalam bas mengantuk sahaja mata kami...
Tanda kenangan di Jepun, beli kasut sukan sorang satu ...
Mengharung salji nak balik rumah...
Kami masih terpegun dengan snow..., maklum lah kat malaysia dalam peti ais pun tak jumpa... ;)
Balkoni rumah yang kami sewa di Sapporo...
Balik rumah sekejap cadangnya... nak makan tengahari dan sembahyang zohor/asar... tapi bila dah balik rumah, jadi malas nak keluar semula... so petang dan malam hanya lepak di rumah...





