Tuesday, 27 June 2017

KOREA - Day 7 - DMZ

Hari ke 7, kami ke DMZ - Demilitarized Zone..., menghala ke sempadan Korea Utara...



Kami ambil pakej melalui internet dan berhubung dengan emel shj, semasa kami di Seoul. Mereka nak kami book guna Credit Card, tapi saya kata, x ade CC, so ok je... org nak bisnes kan, mana boleh macam2 sangat..., so kami bayar cash masa dalam bas....Won 35k seorang..., antara yang murah...

Kami tunggu di stesen subway City Hall Exit 6, sebelum pukul 7.30 pg... Bas sampai tepat pada masa, mereka check nama yang kita book dan dibenarkan naik... passport jangan lupa bawa.... perkara wajib tu, kalau x de, mmg x boleh pi...

Ini adalah Itinerary kami untuk half day tour to DMZ

Pick up from
- subway station
- Imjingak Park
- The Bridge of Freedom
- The 3rd Infiltration Tunnel
- DMZ Theater & Exhibition Hall
- Dora Observatory
- Dorasan Station
- Pass by the Unification Village - Amethyst/Ginseng Center
- Drop off at City Hall



Ini Cindy, pemandu pelancong sepanjang perjalanan...

Tempat pertama berhenti selepas bertolak drp Seoul, iaitu pekan Imjingak. Cindy beri 30 minit untuk kami pi toilet dan jalan-jalan disekitar kawasan ni, sementara dia pi beli tiket dan urusan lain.

Banyak info, gambar2 dan tinggalan sejarah semasa Perang Korea yang berlaku dahulu...





Keretapi yang dibedil, hasil tinggalan sejarah ketika peperangan...





Sejuk pagi ni...,salji halus2 turun menyelimuti bumi...

Jalan keretapi yang sepatutnya menyambung ke Korea Utara, tetapi tidak digunakan... sehingga kedua Negara ini berbaik...





 Lepas Imjingak, kami terus kan perjalanan ke DMZ. Kawasan ni kira macam kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera. Di pos kawalan ini, seorang tentera akan naik dalam bas dan akan check passport setiap orang... muka serius je...


Kemudian teruskan perjalanan ke Dora Observatory... daripada sini boleh nampak Korea Utara.., tapi pada pagi ini, cuaca berkabus dan salji... so pemandangan kurang jelas...



Pemandangan Korea Utara...

Salji yang turun...



Cita-cita dan impian rakyat kedua Negara untuk mengakhiri pertelingkahan dan menyatukan kembali Korea Utara dan Selatan...

Sedih bila kita baca kisah peperangan Korea ini...

Selepas itu, kami di bawa ke 3rd tunnel..., ini adalah tunnel yang ke 3 dijumpai oleh pihak Korea Selatan, yang dipercayai dibina oleh Korea Utara. Tunnel ini antara yang paling hamper dengan Seoul...

Untuk masuk ke tunnel ini, ada had bilangan yang boleh masuk pada sesuatu masa. Disebabkan ramai yang masih di dalam tunnel, kami dibawa melawat bangunan sebelah yang menyediakan info dan sedikit tayangan video tentang peperangan Korea tersebut dan DMZ.



tunnel yang dibina



okeh..., dah boleh masuk tunnel...
Dalam tunnel ini, tak boleh ambil gambar..., semua barang disimpan dalam loker sebelum kita masuk...

Pasukan tentera Korea Selatan sedang membuat rutin taklimat tugas di kawasan DMZ...



Jauh dan memenatkan juga memasuki tunnel ni sebab menurun ke bawah... cabaran bila pusing balik, kena mendaki ke pintu keluar... fuhhh

Tunnel ini dibuka sebahagian sahaja untuk pelancong. Ada bahagian tunnel ini yang rendah dan kita perlu tunduk sedikit bila lalu... satu pengalaman yang lain daripada biasa...

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Dora Station.

Dora Station ini sepatutnya boleh disambung perjalanan ke Pyeongyang Korea Utara. Pihak Korea Selatan sangat teruja untuk laluan ini berfungsi agar mereka boleh membuat perjalanan darat ke China dan seterusnya ke Negara Russia dan Eropah.

Tetapi Korea Utara belum membenarkan lagi perkara ini berlaku.

So, station Dora ini hanya masih belum berfungsi sepenuhnya..., hanya untuk laluan ke Seoul sahaja perkhidmatannya.







Angan-angan oleh rakyat Korea Selatan untuk merentasi Korea Utara... yang masih belum tercapai...

Kita boleh ke Platform Dora ini tetapi perlu bayar 1k won...





Train ke Seoul



Rail ke arah Pyeongyang, Korea Utara... yang belum dilalui...








Jom ke Pyeongyang....



1 comment:

  1. omaaaigad.. ni ohsem gila.. tabik spring. hehehe ni kalo nak pegi CT kena mintak izin mak betul2 ni hahaha minta restu kang x lena dia tidur hehehe.. bestnya menarik. CT rasa rakyat kedua2 negara nak kedamaian. sayangnya ego pemimpin hancurkan everything.

    ReplyDelete