Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Sunday, 24 June 2012

Cuti-cuti Bangkok - Bangkok KL

Mc D di Thailand....


Hari keempat , hari terakhir di Bangkok.....
Flight ke KL pukul 4.50 petang....


Hari ni dah tak tahu nak gi mana, so, ingat nak jalan2 ke area Platinum utk menghabiskan sisa2 duit Baht. 

Pukul 1 tgh kami check out drp hotel. Terus ke Phaya Thai Airportlink. Dalam 1.30 train akan bergerak ke airport. 30 minit kemudian sampai ke destinasi.




Teksi di Bangkok yang berwarna-warni...



Sampai di airport, lama lagi boleh terbang..., lepak2 dulu...

Kat airport ni ada internet free..., so, apalagi, menghabiskan masa lah sambil menunggu utk fly...



Lepas tu, kami pergi makan.....
Ada satu restoran halal menghala ke gate E, F dan G. Restoran ni ada jual kebab, pizza dan masakan panas Thai...
Kami order pizza saiz sederhana, dan Shawarma....

Harga 690 baht...., mahalll....






Lepas makan, get ready nak fly..., di gate F5...

AirAsia yang menunggu kehadiran kami.....

Bentuk Semibulatan, Concourse F...


Airport Bangkok ni besar, rasanya lagi besar drp KLIA..., letih kaki jalan utk menyampaikan ke gate F5..., dah la yg paling hujung...

Maka, berakhirlah perjalanan MamaAyahAman ke bumi Bangkok selama 4 hari 3 malam...
Pengalaman yang mestinya lain drp negara lain, kalau tak pernah pergi, mesti kena try sekali. Dah pergi sekali, rasanya utk dtg sekali lagi, mungkin tunggu sehingga semua negara lain kami dah jejak....

Antara cenderamata drp Banngkok...

Beg pakaian kotak keras yg saiz besar - jenama tipu2 je..., 1500 baht.... , selepas tawar menawar di Platinum...

 T-shirt Thailand - 130 baht di Chatuchak..., lepas tu jumpa di Platinum dapat 800 baht je, yg ada T shirt kaler plak tu...

 Beg - 500 baht di Platinum...

Kasut - 600 dan 500 baht di Platinum...


 Kain kat atas beli kat Chatuchak - selepas dipujuk rayu oleh penjual, aku beli 6 pasang, dia bagi harga 2500 baht. Kalau beli sepasang je, dia kata boleh bagi setakat 550 baht. Ada kedai yg lain tu pun bg harga sama...


Fridge Magnet - yg gambar floating market (gambar ke-2), kami beli di Damnoen Saduak, harga 240 baht utk 5 keping..., gambar yg atas, beli kat Chatuchak, harga 140 baht utk 3 keping...

Sunday, 17 June 2012

Cuti-cuti Bangkok - Platinum dan Chatuchak Market

Kami ke Platinum, Pratunam pada petang hari kedua.

Kalau sebut pasal kedai memanglah tersangat banyaknya, tetapi tidak begitu sesuai kalau nak cari pakaian utk wanita muslimah. Kami beli beg dan kasut....

 Kat Platinum ni ada 3 zone. Zone 1 dan 2 dalam bangunan yang sama. Zone2 ini hanya menjual baju. Pening kepala tengok baju aje....
Zone 3, adalah di bangunan sebelah. Zone 3 baru ada banyak jual kasut dan beg iaitu di level 3- 5.

Berhadapan Platinum ada banyak lagi kawasan membeli belah. Bangunan depannya ialah city complex. Konsep kedai sama je mcm Platinum. Brangan jualan pun sama, iaitu yg terbanyak ialah baju wanita....
Di tepi2 kedai tu pun ada gerai2 jualan dibuka disepanjang kaki lima.

 Antara barang yg dibeli...., beg pakaian. Dah tanya masa kat MBK, 2000 baht tak mahu kurang lagi. Kat Platinum dapat 1500 baht....


Chatuchak Market

Hari ketiga (Sabtu), kami plan nak ke Chatuchak Market. Naik BTS je. Drp hotel, naik BTS dihdpn hotel kami, iaitu stesen Phaya Thai dan turun di stesen Mo Chit. Tambang ialah 30 baht.


Kami sampai awal lagi, baru pukul 9 lebih. Kedai banyak yg baru nak buka....









Penat juga nak meround semua kedai kat Chatuchak. Tak larat..., dah la cuaca panas... Berpeluh2 satu badan. Nampak air limau yg diperah di situ menggunakan mesin. Limau yg digunakan ialah limau kopek yg kulit hijau tu. Manis airnya, sedappp. Satu botol besar ialah 50 baht....


Tengahari tu, kami nak cuba makan kat Kedai Mak Yah...

Naik BTS je, cuma selang satu stesen je iaitu dekat stesen Ratcthewi....











Selang beberapa lot kedai, ialah kedai Farida. Kalau kita drp BTS dan cross jalan kat trafiic light simpang empat tu, kita akan ke kanan dan akan jumpa beberapa lot kedai yg mcm nak tutup tak ade org berniaga, lepas tu, kita akan jumpa kedai Farida ni dulu. Lepas beberapa lot ke depan baru lah kedai Mak Yah. Kedai Farida ni, kami tak cuba pun. Ingat nak gi esok, pastu mcm malas pulak.... So, kedai Farida tak boleh nak bagi pendapat sedap atau mahal ke tak....


Review makanan kedai Mak Yah..., harga standard, kalau banding harga kat Malaysia, kira standard restoran yg ada AC, bukan yg kedai tepi jalan punya harga. Dari segi rasa, (tokeh kedai Mak Yah ni dakwa Tom Yam mereka popular dan sedap..., tak sangka memuji diri sendiri....), kami pun order dan rasa...., biasa je, mcm kat sini jugak...., kuah je yang banyak, isi tak mcm kedai Yana. Saya lebih suka Tom Yam Kedai Yana, sebab rasa lain sikit drp yg ada di Malaysia dan lebih sedap mengikut tekak saya la...


Cuti-cuti Bangkok - Wat Arun

Lepas ke Grand Palace, kami minta ke Wat Arun sebab masa ada banyak lagi.....

Wat Arun ni, kena seberang sungai Chao Phraya dan berdepan je dgn Grand Palace. So, Samat parking kereta dan bawa kami pergi. Dia kena ikut tunjukkan jalan utk naik bot yg mcm feri utk ke seberang sungai.
Tambang naik bot ialah 5 baht je dan perjalanan hanya 5-10 minit je.







Kami tak masuk pun dalam wat Arun ni..., ambik gambar kat luar je....


Tu la rupa bot atau feri utk menyeberang sungai Chao Phraya. Sungai ni airnya deras....



Lepas Wat Arun, kami dah rasa letih sebenarnya, tapi Samat ni mcm teruja nak tunjuk kat kami beberapa tempat lagi. So ikut je la....

Lepas tu, kami dibawa ke Gem Factory..., tak berminat sebenarnya, dah dibawanya, kami turun masuk round2 sekejap kat dalam tu, pastu keluar.... hehehe..., penat je salesgirl dia membebel kat kami pasal produk batu permata yg dihasilkan, pantang kami tengok, sibuk suh kami cuba cincin, gelang dsb. Batu2 tu diikat dgn emas dan suasa. Tak kuasa lah nak beli, sebab aku ni kurang berminat dgn emas2 perhiasan ni...



Lepas tu, Samat bawa kami ke pasar jual buah. Katanya org Malaysia suka borong buah kat sini.... Yg aku perasan pasar ni mcm dekat dgn Chatuchak Market sebab ada ternampak sign boardnya dekat otw nak ke pasar ni....


Pasarnya bersih dan kering je...

 Sotong2 kering, udang kering, ikan bilis pun banyak....





Kami sempat beli buah mangga ni...., bila cium je, wangi sgt baunya..., sekilo 120 Baht = RM 12. Besar2 pulak tu. Aku ambik sebiji, beratnya sekilo. Pertama kali dalam hidup beli mangga sebiji RM 12. Tapi tak nyesal, sebab rasanya sedap...., isinya pejal2 je dan manis....