Showing posts with label TOKYO-SAPPORO 5. Show all posts
Showing posts with label TOKYO-SAPPORO 5. Show all posts

Tuesday, 25 December 2018

TOKYO- SAPPORO - Day 6 - BanK- Nijo Market- Jalan2 Bandar

Hari ni dah hari ke-3 di Sapporo...

Nak ke Snow Park, tak banyak yang buka lagi rupanya di Sapporo. Kebanyakkan nya akan buka pada penghujung Disember... Waduhhhh salah timing rupanya. Ingatkan dah lebat salji gini mesti meriah, rupa2 nya mereka memang tunggu salji yang lagi banyak untuk buka ski resort mereka.

Tak macam kat Korea, salji nipis dan salji buatan je pun, tapi dah beroperasi Ski resort ... Macam kami pergi ke Yong Pyong 2 tahun lepas, bukan ada salji turun drp langit pun, hanya salji buatan oleh mesin sahaja. Itu pun ramai dah yang berski...

Cari punya cari, yang baru buka ialah BanK ski sahaja. Itupun maklumat tak dinyatakan betul2 dalam web mereka... tapi bila kita tengok kat #BanK dah ada yang pergi... So, kami terjah sahaja lah... jangan ke tidak untuk merasa...

Perjalanan mudah sahaja, BanK terletak di sekitar Sapporo sahaja dan ada menyediakan shuttle bus ke tempat mereka. Tambang bas bayar secara cash kepada pemandu. Bas diambil daripada stesen subway Maruyama Koen, di Tozai Line.

Dah sampai ke stesen Maruyama Koen. Kat sini juga ada zoo Maruyama. Tapi kami tak pergi. Kami pergi zoo yang lagi best, Asahiyama Zoo..





 





Shuttle Bus ke BanK...




Teringin tengok orang jepun mengaut salji..., best je... ringan..








tak move on lagi dengan snow... sementara berada di Sapporo main la puas-puas... lepas ni kita tengok video je lah melepaskan rindu...

Nampak je macam best snow yang memutih..., tapi sejuk nya sampai kebas tangan...

Lepas ni, misi seterusnya ialah ke Pasar Nijo untuk mencari King Crab..
Cuaca pagi ni elok cerah dengan matahari yang bersinar..., memang sesuai sangat lah kami berjalan2 round bandar Sapporo, berbanding semalam, cuaca mendung dengan snow yang agak lebat turun...

 Dah nampak deretan kedai-kedai di Nijo Market. Kami keluar daripada stesen Odori dan menghala ke sini dahulu... lepas tu akan berjalan ke arah stesen Sapporo untuk melihat-lihat bandar Sapporo.

 Ramai pelancong di sini..., ada pekedai agak sombong, tak beri pelancong ambil gambar ketam2 yang dijual...





 ni kedai yang kami beli... agak yang paling besar yang ada... dia letak harga 10000 yen..., kami pujuk2 dapat 8000 yen... yeayyyyy.

 Kami tak makan situ..., mintak dia pecah2 dan kopekkan kaki2 ketam tu sikit, supaya senang makan... ni dah masak, King Crab bercili



Balik rumah, saya goreng kan dengan cili... sedappppp sangat..., manis isinya dan memang puas makan..., makan ber tiga pun lebih daripada cukup dan puas... boleh buat makan malam pulak lagi...









cuba juga jagung, strawbery dan melon Sapporo..., semuanya sedap2..., manis sangat melon tu..., wahhh teringinnya nak makan lagi...