Monday 26 December 2016

KOREA - SEOUL - DAY 1 & 2

Dah ramai org melawat Korea.... Kami baru terbukak hati nak pi ke Negara ini....
17 Disember, pukul 4.20 pagi lagi kami dah bergerak daripada rumah ke ERL Salak Tinggi, untuk letak kereta dan naik ERL yang pertama pada pukul 5 pagi...

Dah selesai Check-in dan bag drop..., santai-santai duduk tunggu boarding...

 Dapat seat belakang sekali...

 Terbang menuju Incheon Airport...


 Di Incheon, urusan imigresen sangat cepat..., bila nak ambil beg pun semua dah ade... pantas sungguh urusan airport Incheon..., dekat KLIA ??? malas la nak kutuk Negara sendiri...

 Keluar daripada airport, jalan terus ikut pintu depan, ikut signage Bus..., dan di luar airport, ade kaunter untuk beli tiket Airport Limo... bayarannya 15k won seorang...

Basnya selesa..., seat 2 dan 1... sepanjang perjalanan ke Seoul tidak begitu lancar..., jem sesaja...

Untuk kali ini, aku try sewa bilik melalui AirBnb..., aku sewa studio apartment... untuk 7 malam dapat RM 1350... selesa, boleh masak, ada washing machine, so x perlu bawa baju banyak-banyak...

Malam tu, kami try ke Namdaemun Market... gambar tak ambil pulak masa tu... jalan-jalan sambal cuci mata dan beli winter coat dan winter boot...

First time juga try guna kad T-money. Kami dapat kad tu drp Korea Tourism KL... dapat free dan dalam kad tu diberi 2k won. Dapat juga baucar diskaun untuk tempat2 tertentu seperti Everland dan YongPyong Ski Resort.

So, sapa yang nak ke Korea, eloklah daftar melalui Korea Tourism dan dapatkan baucar daripada mereka... banyak gak boleh berjimat...


HARI ke - 2

Kami ke Gyeongbokgung Palace. Kami pergi menggunakan subway sahaja. Rujuk la peta subway dan download drp Google Play bagi memudahkan rujukan.

Subway di Korea ni, dahsyat sangat... bertingkat2... lebih lagi jika nak transfer daripada satu line ke line yang lain... longgar lutut naik turun tangga...
Banding dengan Negara lain macam Jepun dan London, subway mereka tak lah terlalu bertingkat2 dan ada banyak escalator. Di Seoul, escalator tak banyak..., jenuh nak panjat tangga...


 Untuk lebih kepastian, bila dah sampai di Line subway yang kita nak guna, rujuk lah peta laluan di tiang station itu... sama ada nak ambil tren kiri atau kanan...



 Upacara changing guard..., pukul 10.00 pagi...

 Statue of King Sejong... depan palace tadi sahaja...


Lepas tu, kami ke Itaewon..., kawasan Itaewon ni berbukit..., mendaki aje keje nya dekat Seoul ni...
Sentiasa lah rujuk di map dan info di station... Bagus Subway di Korea ni, ada disediakan map kawasan, info bagi exit2 dan peta subway... So rujuk dahulu exit yang perlu di ambil... Subway di Korea, exit nya ada banyak dan jauh2 hujung destinasinya. dalam setiap subway mesti ade Underground Shopping Arcade... so sambil jalan-jalan boleh cuci mata...

 di Itaewon..., otw to Masjid..., singgah makan di Restoran Murree...

 Side dishes di Murree..., Kimchi nya sedap...

Yg kiri tu sedap..., nama x ingat..., makan dengan nasi

 Masjid Itaewon...

Petang tu, kami round2 di sekitar apartment sahaja... kami tinggal di kawasan Dongdaemun...

 Cheonggye Stream...

Kemudian, melanjutkan perjalanan ke Dongdaemun Culture & History...




 LED Rose...

Otw balik bilik, Nampak ada org jual buah kat tepi jalan ..., 6000 won..., sedap... manis strawberry nya...

2 comments:

  1. Yeay dah update :D :D :D

    Pasni saya akan sentiasa lawat blog cikgu nak baca cerita Korea >.<

    ReplyDelete
  2. alaa bestnya pegi LED tu hehe.. kami sampai luar je tak tringat nak pegi tempat tu..
    memang nampaknya kena pergi lagi Seoul hahaha.. banyak lagi tempat2 tak pegi..

    ReplyDelete