Disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, maka en suami kena ambik cuti separuh hari, sebab flight kami pukul 6.30 ptg. Parking kereta free yg dekat dengan Pusrawi telah tak free lagi, maka, kami kena buat plan lain untuk kurangkan duit parking.
Caranya, ialah drp Dengkil, kami ke Kota Warisan, drop beg2 dan en suami mencari parking. Kami sampai ke ERL Kota Warisan dalam pukul 3.15 mcm tu. Beli tiket bas dikaunter ERL, dan diberi satu set tiket bas dan satu tiket ERL, tiketnya berharga RM 5.50 sehala.Tapi tiket ERL, tak digunakan, kami terus naik bas je. Kat situ ada porter yg akan tolong masukkan atau keluarkan bag drp bahagian brg. Tepat masa, bas akan bergerak. Ada dipaparkan masa perjalanan bas di situ, tp lupa nak ambil gambar. Perjalanan ke LCCT ambil masa dekat 30 minit gak.
Sampai di LCCT, bas berhenti di hadapan balai ketibaan untuk penerbangan domestik. Keluarkan bag dan buat bag drop di kaunter. Kat rumah dah check-in bagai, tapi boarding pass yg kita print mereka tak mahu dan bg yg lain.
Dah siap hantar bag, buat urusan immigresen dan awal lg rupanya. Sempat sembahyang asar dan relax2 dulu. Pukul 5.30 mcm tu, mereka dah sibuk panggil utk boarding.
Masa sampai kat tempat duduk, rupa-rupanya kami diberi Hot Seat. Kalau ikutkan harga nya ialah RM 110 utk satu seat. Tapi kami dapat free je, sebab pertukaran flight oleh AA disebabkan pengurangan kekerapan terbang utk bulan 3. Patutnya, kami terbang esok, tp penerbangan hari sabtu dibatalkan. Wah, bestnya...., tapi kalau dapat premium seat lg best.... Mula2 mcm rasa bangga je dapat Hot Seat tu, tapi kemudian rasa menyampah pulak sebab jadi laluan org nak buat u-turn, jadinya kaki kita tak boleh nak melunjur. Kejap-kejap ada org nak lalu..., nasib baik free, kalau beli, memang rasa rugi sebab tak ada keistimewaan langsung, dah la bag kita kena sentiasa berjaga tak boleh sorok di bawah seat depan mcm selalu.
Selepas 5 jam lebih, kami sampai ke Delhi. Urusan imigresen berjalan lancar, kaunter pun ada byk yg dibuka. Lepas keluar drp immigresen, kami keluar drp bangunan terminal utk mencari shuttle bas ke terminal 1D, sebab pg esok kami nak terbang ke Srinagar.
Close-up sikit gambar tangan....
Ini toilet di airport...., jgn salah masuk ye....
Kalau lepas keluar drp bangunan terminal kita ke kanan, kita akan jumpa perhentian teksi kerajaan mcm gambar kat atas. Teksi ni kena guna kupon yg dibeli di kaunter.
Tempat tunggu shuttle bas drp terminal 3 ke terminal 1....
Terminal 1D ni sebenarnya sebelah2 je, tapi sebab nak elakkan runway terminal 3, kena pusing jauh. Sampai di terminal 1D, kita sepatutnya ke bangunan kiri, tapi kami pening2 lalat melilau kejap mencari arah. Rupa-rupanya, bas berhenti di bangunan Ketibaan. Dua2 terminal ini dipisahkan kepada 2 bangunan. Sampai di Departure, mereka tak beri masuk lagi. Mereka kata, kena tunggu sampai pukul 12 tgh malam. Masa waktu tu ialah pukul 11.15..., lamanya lagi kena tersadai kat luar. Kalau nak masuk ke bangunan terminal, apa yg sy lihat, kita kena tunjukkan tiket yg print nama kita dan ID kita. Kalau tak, tak boleh masuk. Kalau kat sini, saje2 dtg satu bas nak hantar sorang terbang, memang sah2 tak boleh masuk, setakat babai kat pintu bas je lah...
Tepat pukul 12 baru mereka bagi masuk dok dlm bangunan terminal. Kami cepat2 cari port nak tidur, tapi tak kerusinya memang tak bagi org tidur. Kena tidur dgn cara duduk je lah...., mana nak sedap, sakit segala badan....
Tempat charge telefon di terminal 1D....
He..he... wa kalau travel berdua , mesti tido kat airport gak kak..:)
ReplyDeletehehehe..., tapi elok gak mcm wa, gi cari hotel dulu malam tu, esok thari baru terbang..., tak lah letih sgt, sebab bukan boleh tido pun, melayang2 je badan rasanya...
Delete