Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Friday, 21 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Perjalanan ke Shenzhen - Day 4

Hari Keempat, 4 Disember 2010.

Kami check-out awal drp hotel. Teksi sentiasa saje ada di depan hotel. Kami terus ambil dan minta dihantar ke Stesen Guangzhou East untuk ambil tren ke Shenzhen. Tren ke Shenzhen sangat kerap, rasanya mcm hampir 15 minit akan ada tren yang berlepas. Ramai rakyat China yg masuk ke HK utk bekerja dan masuk melalui Shenzhen. Keretapi memang penuh. Harga tiket GZ East ke SZ ialah Renmimbi 240 utk kami bertiga. Perjalanan lebih kurang 1 jam je.

Keretapi ke Sz drp Gz..



Stesen Lo Wu Shenzhen.

Hotel Days Inn...

Sampai di stesen Lo Wu, ingat nak ambil teksi ke hotel je sebab malas nak bawa beg yg banyak. Pemandu teksi kat SZ ni susah nak komunikasi, tak paham langsung bi dan baca rumi. 2-3 teksi terpaksa dilepaskan sbb tak faham langsung. At last ada jugak yg paham baca tulisan rumi. Silap betul tak print sekali tulisan cina utk nama dan alamat hotel.



Akhirnya sampai hotel dekat pukul 9 pg. Nasib baik hotel bg check in. Lepas letak beg, bersiap-siap nak ke Window of the world(WOW). Dpd hotel Days Inn ini, dekat sgt nak ke stesen Metro, 100 meter je drp hotel. Nama stesen metro yg dekat dgn hotel ini ialah Lao Jie.

Untuk ke wow, kita berhenti di stesen Shi Jie Zhi Chuang. Keluar je drp stesen terus sampai di wow. Wow ni adalah taman yg mengandungi bangunan2 yg popular di seluruh dunia. Cth, menara eiffel, Taj mahal, Piramid, Opera sydney dll. Kalau nak ikutkan, penat kalau nak round semua, so ambil feel je la, ambik gambar beberapa keping dan balik ke SZ semula dengan metro. Lg pun kami kesuntukan masa, shopping kat LoWu commercial centre belum lg. Itu agenda yg lg penting.


Eiffel Tower

Gambar daripada atas Eiffel Tower

Taj Mahal











Di entrance WOW. Yg btk piramid tu adalah entrance utk ke Metro SZ.


Lo Wu complex ni mcm ala-ala Tanah Abang kalau kat Jakarta, atau Pasar Payang di Terengganu. Semua ada dijual di situ, senang nak membeli, bertingkat-tingkat, tak ingat ada berapa tingkat semuanya. Complex ini bersambung dengan stesen metro LuoHu, stesen keretapi ke GZ dan Imigresen ke HK. Memang strategik. Dekat sini brgn yg dijual seperti kain ela, alas meja, cadar, kasut, beg, jam, hp, ipad dll.

Satu lagi tempat shopping yg terkenal di SZ ialah Dongmen, dekat kawasan hotel yg kami duduk. Tapi kawasan ni lebih kepada deretan kedai dan one stop centre mcm kat Lo wu tadi. Saya lebih suka di Lowu Complex. Bukak pun sampai pukul 10 malam. Pukul 8.30 mcm tu baru kami balik hotel dgn menaiki metro sahaja, cuma beza 2 stesen sahaja.
Dalam metro Shenzhen...

Berakhir hari ke-4 dengan perasaan yang agak seronok berbanding semalam masa di GZ....

Perjalanan Ke 3 Negara - Perjalanan ke Guangzhou - Day 3

Hari ketiga, 3 Disember 2010 ...


Plan hari ni nak ke Guangzhou (GZ). Seperti biasa, selepas masak nasi dan bersiap serta sarapan, kami segera ke stesen East TST sebelum ke stesen Hung Hom utk mengambil keretapi ke GZ. Tiket dah beli semalam. Kami check-out drp hotel dan cepat2 berjalan. Waktu perjalanan ialah pada pukul 8 pagi.



keretapi 2 tingkat...









Tiket ke GZ utk 2 dewasa dan 1 kanak2 ialah HKD 570. Perjalanan mengambil masa 2 jam utk sampai ke GZ. Keretapi ini 2 tingkat. Kami dapat tingkat bawah.

Sampai di GZ, keluar daripada keretapi dan ikut ke arah Imigresen. Visa diperlukan utk masuk ke China. Kami buat visa di Bangunan Bank Of China, berhadapan dgn Citibank di Jalan Ampang. Single entry Visa. Bayaran yg dikenakan, saya dah terlupa...
Selepas 3 hari, visa akan siap. Kalau nak siap satu hari, pun boleh tapi bayaran yang lebih akan dikenakan.

Pada mulanya hendak naik metro sahaja untuk ke Hotel iaitu Hotel Guangzhou, tetapi metro di China tidak begitu effisien berbanding MTR di HK. Beli tiket di mesin perlukan duit kecil, kami ada not yg besar sahaja. Nak tukar sebarangan, rasa bimbang pulak sebab banyak info yg dicari sebelum ni, mengingatkan bahawa duit palsu sgt berleluasa di China. Jadi, kami buat keputusan naik teksi sahaja.

Keluar drp stesen Metro, kami dapat teksi dan teksi di GZ rupanya murah sahaja. Drp stesen keretapi tadi ke hotel ni, baru Renmimbi 45 = RM 23, perjalanan agak jauh juga, so rasa berbaloi gak naik.

Ala-ala bajai atau tut tut..., tapi boleh naik sorang je....




Dengan berbekalkan beberapa info tempat yang boleh dikunjungi utk membeli belah, kami cuba pergi. Yang tak menariknya, tak ada barang yang menarik perhatian dan harga pun bukan lah murah sangat. Rasa berkobar nak ke GZ jadi pudar..., dah la org terlalu ramai di mana-mana. Nak jalan ke mana-mana pun susah. Nak naik teksi pun masalah besar sebab mereka tak tahu langsung BI. Fuh hampir give-up, ingatkan tak sampai ke hotel sebab beberapa org yang kami jumpa tak boleh membantu untuk memberi arahan kepada pemandu teksi utk menghantar kami balik ke Hotel.

So, nasihat saya, printkan lah nama cina hotel atau alamat dan tempat2 yang hendak dikunjungi besar2.

Hari ketiga berakhir dgn keadaan yang kurang seronok....