Friday 28 October 2011

Menghabiskan Masa ke Jakarta- Bandung 2009

Ini merupakan kali ketiga ke Indonesia..., dah muak dah sebenarnya, tapi sebab tiket zero fare AA, so layan je lah... Dapat beli tiket ni awal tahun rasanya, jan @ feb lg, tarikh terbang adalah hujung tahun. Pada mulanya kami bertiga sahaja yg akan pergi, tapi last minute pujuk mak ajak jalan. Masa ni, ayah baru sahaja pulang ke rahmatullah...., emak masih dalam keadaan sedih sgt, so kami pujuk mak pergi jalan. Mak ikut tapi katanya separuh sahaja jiwanya pergi... Tapi sekarang, mak pun dah tak de... Alfatihah utk ayah dan emak...
Sedih pulak masa tengah menaip ni,  menitik air mata teringat arwah mak dan ayah.... :'(

Gambar pun tak berapa banyak diambil sebab keghairahan dah tak de. Perjalanan kali ni yg rasa sgt menyampah kerana asyik cuba ditipu oleh org sana. Disebabkan kami dah biasa naik teksi dan dah tahu banyak benda di sana, kita dah boleh agak berapa bayaran akan dicaj dan harga sesuatu brg mcm kain dan telekung. Tapi mereka letak harga sangatlah tak munasabah, nampak sgt nak tipu org hidup2...bosan...

Kadang2 ada pemandu teksi yg bukan bluebird atau bajai, letak harga sampai 50k utk perjalanan tak sampai 5 km... memang melampau, ingat kami tak tahu, bangunan yg kami nak pergi sepelaung je....
Serupa gak masa membeli telekung atau kain, mereka letak harga 2 - 3 kali drp harga yg biasa kami beli dulu, pastu dok kelentong kononnya kainnya lain la, coraknya beda..., huh sori lah..., bila kita jual mahal baru nak turunkan harga... Kalau naik teksi, selalu tak nak pulang balik baki, asyik dok kata tak de duit kecik. Itu je lah alasannya.


Jakarta...

Jakarta Bandung- drp dalam keretapi Argo Gede
Gambar sawah padi ditanam secara teres di lereng bukit.

Kain cotton- byk dibeli di Pasar Mayestik, Jakarta...


No comments:

Post a Comment