Tuesday, 9 December 2014

Kia Ora New Zealand - Persediaan sebelum jalan-jalan...

Alhamdulillah, perancangan hampir 7 bulan telah terlaksana dengan jayanya...

Kami telah selamat berkelana ke Melbourne dan New Zealand daripada 27 November hingga 7 Disember 2014. Tak sampai 2 minggu pun sebab En Suami payah cuti lama2.

Ini plan untuk South Island
Daripada (A) CHC - (B) Lake Tekapo - (C) Mount Cook - (D)Wanaka - (E) Cromwell - (F) Queenstown - Te Anau - (G) Milford Sound - (H) Invercargill - (I) Dunedin

Daripada Dunedin kami terbang ke Auckland

Di North Island, kami bergerak drp (E) Auckland - Matamata - (B) Rotorua - (C) Wai O Tapu - (D)Hamilton- (E)Auckland

Kita mulakan dengan perancangan dan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan perjalanan ke NZ.

1) Tiket kapalterbang

 Ini yang paling utama kerana melibatkan kos terbesar dalam keseluruhan kos. Sebelum menentukan pilihan airport untuk sampai kita mesti sudah ada rough idea mana yang hendak kita pergi, samada tumpuan hanya di Pulau Selatan sahaja, Pulau Utara sahaja atau kedua-duanya. Atau mungkin untuk menambahkan destinasi, kita singgah di Australia seperti Melbourne atau Sydney.
Aku memilih untuk transit di Melbourne (disebabkan kami dah pergi Sydney tahun lepas) dan memilih untuk ke Pulau Selatan dan 2 hari di Pulau Utara.

Drp KL ke MEL, kami naik AirAsia dengan jumlah harga RM 1300 return seorang. Harga yang aku dapat tidak murah sangat.
Drp MEL ke Christchurch CHC, aku beli tiket Virgin Australia, Untuk seorang dalam RM 500 sehala.
Drp Dunedin DUN ke Auckland AUCK, aku beli tiket Air New Zealand dengan harga RM 304 sehala untuk seorang.
Drp AUCK ke MEL, aku beli Air New Zealand dengan harga RM720 seorang.
So, jumlah harga tiket untuk seorang mencapai RM 2824.

Semuanya dibeli online di web masing-masing dan telah dibeli seawal bulan 4 lagi...
Semua tiket penerbangan perlu diprint, kerana akan diminta untuk dilihat semasa kami hendak keluar drp Australia sebelum ke NZ dan sebelum keluar drp NZ untuk ke MEL.

2) Pengangkutan di NZ

 Disebabkan ini pengalaman pertama kami di NZ, maka haruslah kami mencuba bercampervan di sana. Setelah diselidik dan digoogle, aku memilih untuk menyewa dengan Syarikat Wendekreisen https://www.wendekreisen.co.nz/default.aspx.

Faktor utama pemilihan syarikat ini disebabkan aku dah terbeli tiket kapal terbang drp DUN ke AUCK. Tak banyak syarikat yang sanggup kalau aku drop off motorhome di DUN. Nasib baik Wendekreisen sanggup memenuhi permintaan kami.




Jumlah kos Motorhome ialah RM 4860 dengan All Inclusive Package Insurance.
Kami bermotorhome hanya di Pulau Selatan selama 7 hari. Booking perlu dibuat awal takut kehabisan jika terlalu dekat dengan tarikh yang kita hendak pergi. Bayaran pertama NZ 300 perlu diselesaikan untuk secure booking kita. Bayaran akhir keseluruhan akan diminta dalam sebulan sebelum kita sampai.

Untuk Pulau Utara, kami berkereta sahaja, dan diambil drp Jucy Rental  https://bookings.jucy.co.nz/ssl/NZJucy130/webstep2Jucy.asp?aid=&refid=&URL= . Kami sewa 2 hari sahaja dengan pakej yang paling murah El Cheapo dan diberi kereta jenis Nissan Sunny. Bayaran sewa selama 2 hari dengan full package Insurance ialah RM 300.

3) Lesen Memandu

 Disebabkan pengalaman kali pertama, dan agak risau sekiranya tiada International Driving Lisence nanti tak dibenarkan memandu, maka dengan gigihnya en suami membuat International Lisence. Sebenarnya daripada kedua-dua pengalaman di syarikat di atas, tidak memerlukan Int Driving Lisence pun, cukup sekadar lesen memandu kita yang berwajah baru yang macam IC tu. Sebab lesen memandu yang baru tu pun sudah ada dwibahasa. Yang pentingnya ada tertera dalam bahasa Inggeris. Yang bestnye, dengan sykt Motothome, langsung tak diminta lesen memandu. Dengan Jucy Rental baru diminta untuk difotostat.

Lesen Memandu 

Tapi sekiranya ada yang masih ragu2 dan masih ingin membuat Int Driving Lisence, sila lah buat di cawangan JPJ. Isi borang, fotostat IC dan lesen memandu. Dan lesen memandu kita perlu ada tempoh sekurang-kurang setahun. Dengan bayaran RM 150. Dalam masa 10 minit lesen memandu Antarabangsa kita pun siap dengan tempoh yang diberi selama setahun.

Lesen Memandu Antarabangsa

4) Visa Australia

 Disebabkan kami transit di Melbourne, maka kita dimestikan untuk memohon Visa Australia. Tahun lepas kami buat di Travel Agent di BBB. Kali ni aku mencuba membuat visa dengan cik Intan. Kita berurusan dengan cik Intan hanya dengan melalui emel. Alhamdulillah boleh dipercayai dan amat mudah. Kita cuma scankan passport dan hantar kepada cik Intan dengan emel berikut eta.australia@yahoo.com

Pada hari yang sama, selalunya dia terus respond dan kalau tak ada masalah terus dapat visa tersebut yang diattach di emel. So, kita print dan gunting serta distaplerkan di passport kita...


Selepas dah dapat Visa, jangan lupa untuk buat bayaran kepada Cik Intan, satu Visa ialah RM 20 sahaja.

Memang tiada masalah, 2 kali kami masuk ke Australia tiada halangan.

5) Makanan

Keperluan untuk NZ dan Australia lebih kurang sama. Apa yang saya perhatikan kita boleh membawa makanan dalam tin atau yang dipek kecuali yang mengandungi ayam dan daging, Ini bermakna serunding tak boleh bawa ye.
Yang lain2 tak ada masalah asalkan semua yang kita bawa diisytiharkan sahaja dalam borang kemasukan semasa di imigresen nanti.

Aku bawak tuna dalam tin, perencah makanan seperti Brahims, ikan bilis, nescaffe, beras, roti gardenia, gula dan garam dan juga sambal cili yang telah dimasak kering dengan bawang.



12 comments:

  1. Salam kenal...bestnya pi jenjalan...btw Happy holiday..semoga selamat sampai dan kembali :-)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.nk tnya,utk campsite parking motorhome tu average berapa hrga ye?ada yg campsite free x?sy plan kesana may nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam...

      sorry lambat reply...

      harga average dlm RM 200 semalam..

      Ada yang free, boleh search, tapi saya tak ambil sebab mcm susah nak dapatkan power elektrik untuk caj handphone dan bateri camera...

      Delete
  3. Thanks for info..bgs utk plan sy ke NZ nnt

    ReplyDelete
  4. Salam...informasi yg terbaik!

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum sis. camana nak web check in Virgin Australia ye? hehe soalan xberapa pintar. tapi nak tau. ;-)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih infonya.

    "Toko Online Grosir Busana Baju Muslim Maxi Gamis Dress Busui Pashmina Jilbab Murah"
    www.iyesh.com

    ReplyDelete
  7. Salam..thanks for share your experience.. satu campervan boleh muat berapa org yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam...

      yg saya sewa, boleh untuk 4 orang...

      ikut jenis motorhome yang kita nak, ada utk 2 org, 4 atau 6 org...

      Delete
  8. Hai, Salam.
    Nak tanye makanan yang dibawa ke NZ tu, ikan bilis dalam packaging ape?sebab ade terbace ikan bilis boleh di bawa yg dalam packaging pasaraya mcm tesco ke mydin. Lepastu sambal+ bawang yg siap dimasak letak dalam bekas biase ke & imigresen takde tanye pasal sambal yg dimasak sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      ikan bilis x pe..., bungkus dlm plastik je...
      Sambal pun ok..., mrk tanya, just ckp chili paste...

      yg mrk x bg bwk ayam dan daging mcm lauk serunding atau rendang... yang tu mesti dlm pek cth brahim atau dalam tin mcm yeos. Dlm tin x ade masalah, bole bawak...

      Delete