Tuesday, 25 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 9 - Paris - La Valle Village - Eiffel Tower


Hari ke-9 pengembaraan di bumi Eropah.

Semalam, kami baru sampai drp Swiss di stesen Gare De Lyon dan menaiki teksi ke Apartment yg kami sewa di Les Gobelins, berhampiran dengan metro Censier Daubenton dan Les Gobelins. Kali ini saya booking melalui http://www.waytostay.com/. Ini kira kali pertama saya menggunakan perkhidmatan way to stay ni. Risau gak takut ada apa-apa masalah. Tapi alhamdulillah, semuanya lancar, kiranya boleh dipercayai sama seperti perkhidmatan lain yg biasa saya guna sebelum ini iaitu booking.com, agoda dan hostelworld. Hotel di London saya booking direct dengan pihak hotel iaitu Travelodge.





Gambar dapur lupa nak ambil plak...

Untuk perkhidmatan Waytostay ini, mereka banyak menawarkan penginapan berbentuk apartment. Saya ambil apartment 1 bilik yg boleh tidur 4 orang. Ada dapur, ruang tamu, katil queen dan sofa bed. Harganya ialah Euro 375 = RM 1500 untuk 3 malam. Lokasi apartment ini agak ok juga, sebab dekat dgn metro line 7, lebih kurang 200 - 250m sahaja. Dgn Gare De Lyon pun lebih kurang 10 minit naik teksi. Kawasannya pun kira selamat dan selesa. Apartment ini tingkat 3 dan ada lif.

Untuk keseluruhan perjalanan di Paris kami menggunakan perkhidmatan Metro, RER dan Teksi. Metro dan RER adalah macam LRT kita di sini. Tapi RER ni, macam baru sikit dan kadang-kadang kita akan naik RER yg ada 2 tingkat. Sesuatu yang mengejutkan bila di stesen Metro dan RER di Paris ni, ialah suasananya yg kotor, comot dan berbau hancing. Teruk juga dinding2nya diconteng. Malah kerusi2 dalam metro dan RER pun diconteng. Terkejut sungguh masa mula2 menggunakan perkhidmatan ini. Rasa tak selamat je. Kat Paris ni juga kita akan jumpa pelbagai bangsa daripada kulit putih, sederhana dan hitam. Muka drp Mat Salleh, Melayu, Negro dan Cina. Tapi bila dan hari kedua di Paris, rasanya ok sahaja, cuma kena berhati-hati lebih sikit.
 Dalam RER dua tingkat...



Satu lagi di dalam metro dan RER atau tempat2 tumpuan pelancong, banyak kejadian mencopet. Kami pernah mengalami kejadian itu. Masa tu, kami hendak ke Eiffel Tower. Masa nak masuk ke dalam Metro, ada sekumpulan budak2 muda perempuan (4 org) dan sorang budak lelaki pun sama berebut-rebut nak masuk. Gayanya mcm kalut, padahalnya, metro masih kosong dan tak bersesak pun. Rupa-rupanya diorg aim adik saya. Sorang drp perempuan itu, tangan dah cuba merayap utk membuka zip. Bila adik saya perasan, dia tolak tangan budak pompuan tu. Pastu, agaknya bila diaorang perasan taktik mereka tak berjaya, mereka cepat2 nak keluar balik drp metro. Kalut2 nak keluar balik, kaki sorang tu tersepit. Yg suami saya, sibuk pulak nak gi tolong. Tapi kami cepat2 suruh suami buat tak tahu. Nanti masa kita sibuk tolong, ada benda lain pulak yg jadi. Lepas tu, org2 lain dlm metro semua dok pegang zip beg masing2 dan pengumuman ttg pick pocket dibuat dlm metro. Budak2 yg buat kerja tu, mukanya semua lawa2..., dan berkulit putih muka mat salleh.

Untuk tiket, kami tidak membeli mana2 pass, kami hanya beli Carnet(sebutan karnay..) dalam set 10 keping.  Harganya kalau sekeping ialah Euro 1.70, tapi kalau beli dalam 1 set 10 keping ialah Euro 12.70. Ianya boleh dipakai untuk di mana2 metro atau RER di dalam Paris sahaja. Selagi kita tak keluar daripada stesen kita masih boleh menggunakan tiket carnet tersebut. Tiket yg kita beli 10 tu kita boleh bahagi2 kan dan guna, kalau dah habis boleh beli lagi. Belinya pun senang, beli kat mesin sahaja dan boleh terus guna credit card. Saya memang menggunakan CC masa membeli carnet. Sempat juga kami membeli 3 set rasanya carnet ni sepanjang kami di Paris untuk kegunaan 4 org.


Kalau nak pergi tempat yg jauh, carnet tak boleh digunakan. Masa nak gi ke Val d'Europe, kami bantai guna carnet je. Bila sampai di stesen Val d'Europe, palang tak naik dan kami tak boleh keluar. Jenuh pulaklah berinterkom dgn pekerja stesen, tapi agaknya mereka lihat kita tourist, mereka tak banyak songel dan bukakan aje laluan utk kami tanpa minta bayaran tambahan.

Pagi hari ke-9 ini, kami bercadang untuk ke Muzium Lourve kerana pada hari Ahad macam ni, bayaran masuk ke Muzium adalah percuma. Apa yang menariknya di sini, ada menempatkan lukisan Monalisa yg terkenal itu. Daripada Stesen Cencier Daubenton, kami naik metro 7 dan berhenti di St Palais Royal Musee du Louvre. Keluar sahaja drp stesen kita akan terus sampai di Muzium tersebut.




 Lihat la panjangnya barisan yang nak masuk ke Muzium. Masa tu, baru pukul 7 .30 pagi. Kami pun ikut la sama beratur, ingatkan buka pukul 8 pagi. Rupa-rupanya pukul 9 pagi baru buka. So, tak jadilah kami masuk, banyak lagi agenda lain, lagipun masuk sebab nak tengok potret Monalisa je, yg lain2 tak la minat sangat. Jarang sekali rasanya bila kami ke mana2, pergi mengunjungi Muzium....
Tempat masuknya yg berbentuk mcm piramid kaca tu...








Dalam pukul 8, kami gerak ke stesen Metro semula. Lepas ni, kami nak gi Arc de Triomphe. Untuk ke sini, kita kena naik metro atau RER yg ke stesen Charles de Gaule Etoile. Kami tukar metro di Opera dan naik RER A ke stesen Charles de Gaule Etoile.






Ini cerita pasal Arc de Triomphe yg saya copy paste drp Wikipedia...
The Arc de Triomphe de l'Étoile is one of the most famous monuments in Paris. It stands in the centre of the Place Charles de Gaulle (originally named Place de l'Étoile), at the western end of the Champs-Élysées.[3] It should not be confused with a smaller arch, the Arc de Triomphe du Carrousel, which stands west of the Louvre. The Arc de Triomphe (in English: "Triumphal Arch") honours those who fought and died for France in theFrench Revolutionary and the Napoleonic Wars, with the names of all French victories and generals inscribed on its inner and outer surfaces. Beneath its vault lies the Tomb of the Unknown Soldier from World War I.
The Arc de Triomphe is the linchpin of the historic axis (Axe historique) – a sequence of monuments and grand thoroughfares on a route which goes from the courtyard of the Louvre, to the Grande Arche de la Défense. The monument was designed by Jean Chalgrin in 1806, and its iconographicprogram pitted heroically nude French youths against bearded Germanic warriors in chain mail. It set the tone for public monuments, with triumphant patriotic messages.
The monument stands 50 metres (164 ft) in height, 45 m (148 ft) wide and 22 m (72 ft) deep. The large vault is 29.19 m (95.8 ft) high and 14.62 m (48.0 ft) wide. The small vault is 18.68 m (61.3 ft) high and 8.44 m (27.7 ft) wide. It was the largest triumphal arch in existence until the construction of the Arch of Triumph in Pyongyang, in 1982.[4] Its design was inspired by the Roman Arch of Titus. The Arc de Triomphe is so colossal that three weeks after the Paris victory parade in 1919 (marking the end of hostilities in World War I), Charles Godefroy flew his Nieuport biplane through it, with the event captured on newsreel.[5][6][7]

Lepas ambil gambar 2-3 keping,kami pun beredar. Lagi pun kawasan ini dipenuhi oleh pelancong, susah nak ambil gambar.

Destinasi seterusnya ialah ke La Valle Village. Drp stesen Charle De Gaulle Etoille, kita hanya naik RER A arah Marne-la Valle, dan berhenti di stesen Val d'Europe. La Valle Village ini ialah Factory Outlets macam Bicester Village di London.

 
 Selepas kita keluar daripada stesen Val d'Europe, kita ke arah kanan dan akan jalan disepanjang deretan kedai/ bangunan seperti di atas, Agak jauh juga berjalan, rasanya dekat 15 minit juga baru sampai ke La Valle Village ini...









Apa lagi..., shopping time la...., masa kat sini ramai sangat jumpa muka2 warga Malaysia. Rasanya ada lebih 10 kumpulan muka warga Malaysia yg bershopping di sini...

Bila kita membeli belah disini, kita boleh mintak tax refund, dengan syarat jumlah pembelian adalah melebihi Euro 175 dalam satu resit, di dalam sesebuah kedai. Tax refund tu kita boleh claim di airport terakhir kita di Eropah. Saya refund semua pembelian masa di London dan Paris di airport Paris. Refund yang kita akan dapat akan dibayar secara tunai atau ada setengah yg akan dibayar melalui CC kita.

Dah sampai sana, membeli lah jugak, sebagai buah tangan..., dan mencari barang yg berbaloi untuk dibeli yg katanya mahal kalau beli di Malaysia..., tapi idaklah membeli LV..., tak mampoo weiii... Tapi tak pastilah betul2 murah ke tidak banding kalo di Malaysia, sebab saya ni bukannya check sangat harganya dan tak ada plan pun nak membeli, dah sampai sini main beli je...




Disebelah La Valle Village, yg di tepi tempat kita jalan tadi, ada bangunan kedai..., dan dalamnya ada satu restoran halal, makanan Arab, Noura. Kami sempat menikmati kebab. Harganya dalam Euro 7 -8 untuk satu set.





Eiffel Tower

Aktiviti di sambung petangnya dgn mengunjungi Eiffel Tower....

Drp Apartment, kami naik metro no 7 di station Les Gobelins dan stop di Station Place d"Italie. Tukar ambil metro no 6 ke station Bir-Hakiem...


 Eiffel di waktu malam...., nak tunggu malam,  dekat pukul 10 baru gelap...


Station Bir Hakiem...

Daripada station ini, jauh lagi kena jalan kaki...., lebih kurang 700 m mcm tu baru sampai. Drp station kita ambil ke arah kanan atau pun ada sign board ikut sahaja....




 Cruise di Sg Seine...




Lepas dah dapat beberapa keping gambar Eiffel dgn lampu yg telah dipasang kami pun bergerak balik... Jenuh nak tunggu gelap, maklumlah waktu summer mcm ni, waktu maghrib masuk pukul 9.30 mcm tu... En Suami sibuk ajak balik, tapi aku berdegil sebab org kata Eiffel cantik waktu malam bila lampu telah dibuka...., sayang kalau tak lihat...

So, misi dah tercapai....

Esok harinya, kami ke Disneyland Paris...., jumpa di next entry...

12 comments:

  1. Replies
    1. sikit2 je..., tanda mata di Eropah... ;)

      Delete
  2. https://www.airbnb.it/rooms/1671896...untk jln jln di imilan dan itali,,,,bisa kasi informasi ...

    ReplyDelete
  3. aku orang itali dan bahasa indo..makasi ...

    ReplyDelete
  4. Wow...bestnya.ramai yang kata berbaloi beli barangan branded di sini, betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata murah sgt tak juga.... cth mcm bag samsonite yg sy beli di atas, bila sy check harga di klcc dpt lebih kurang je... beg coach pun dlm rm1k, kalau kat jpo pun bole dpt...

      Brg yg new season beli kat butik maybe berbaloi.... tambah bila kita buat vat refund....

      Delete
  5. Slm..cerita dn info yg sangat menarik dn blh diwat rujukan utk ke sana. nk tanya sbb baru tau klo kita shoping dpt vat refund.tu dia kira pada pembelian barang2 yg branded dioutlet butik jer ke atau mana2 shoping mall. maksutnya klo kita belanja dikedai barang kulit biase yg tiada jenama.Klo kita g bnyk negara termasuk milan,belanda jerman dn last sekali kita dilondon blh ke kita refund sekali. mohon pencerahan...maklumla kurang faham he3.. dan last brp rega bag longcamp cam tu mahai ke? T.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak beli kena tanya dengan kedai tu, tapi kebanyakan barangan di butik dan factory outlet semua boleh buat tax refund..., dan ade syarat2 tertentu, cth kalau kat Paris, tax refund untuk pembelian melebihi 175 Euro, kalau kat London, lebih rendah tapi ingat berapa. Kalau kedai tu kata boleh buat tax refund nanti mereka kena siapkan semua dokumen utk tax refund...., kebiasaannya mereka tahu kita pelancong, mereka terus buat utk tax refund tanpa kita suruh...

      Kita akan buat tax refund di airport terakhir dalam mana2 Negara Eropah, sbb kita kena tunjukkan boarding pass yg kita akan keluar drp Negara eropah, semua brg2 yg kita beli drp negara2 berbeza akan dibuat di situ...

      Bag Longchamp yg canvas, kat Factory Outlet dapat dalam 30 - 40 Euro, kalau kat butik 60 - 70 euro sebelum tax refund, kalo kat airport dalam 50 Euro tp x boleh buat tax refund lagi sbb harga mmg dah ditolak tax nya...

      Delete
  6. Salam kak....
    Sy akak plan akan ke london n paris... Nk berjalan di london sy masih ok sebab aunty ade tinggal kat london...
    Tp bila ke paris sy akan bergerak sendiri dengan kakak n ibu... Sy masih servey cara2 nk bergerak dlm paris.. Boleh sy tawu homestay mane akak stay dekat paris... Akak ade email tak... Boleh sy email akak lg senang.....

    Ni email sy cndy_gurlz@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info ttg hotel dan semua..., saya ada tulis di sini... http://mamaayahaman.blogspot.com/2013/09/perancangan-percutian-di-eropah.html

      Book online sahaja..., jgn risau, gunakan booking.com, agoda atau hostelworld. Yg kat Paris, sy gunakan waytostay. pun boleh dipercayai.

      Emel sy luqmanmom@gmail.com

      Delete
  7. Bestnye bila la boleh jejak kaki ke sana...
    Kotor ya paris???

    ReplyDelete
  8. Noblemen, by far the world's first luxury leather line for men without the exorbitant prices
    best leather bags
    Luxury leather bags for men
    leather backpack for men

    ReplyDelete