Thursday 1 December 2011

Mencari Murtabak Mengkasar...

27 November lepas, dalam perjalanan balik ganu, teringat nak gi makan murtabak Mengkasar. Beberapa kali dah makan, tapi last makan dekat setahun lebih kot.

Tempat yg kami pergi adalah di Pekan, Pahang. Drp lebuhraya Pantai Timur, ambil exit Gambang dan terus ikut ke arah Kuantan. Dulu kalau nak ke Pekan kena buat U-turn, merbahaya sungguh masa nak u-turn tu, sebab kereta drp Kuantan ke arah Gambang sgtlah laju-laju... Sekarang dah buat fly-over, so susur kiri sahaja dan belok ke kanan utk ke Pekan.


Ikut je signboard Pekan...

Lepas susur, belok ke kanan, persimpangan masih belum siap sepenuhnya.


Sepanjang jalan Kuantan - Pekan ni pun dah cantik. Jalan adalah 2 lorong. Perjalanan mengambil masa 30 minit gak utk sampai ke Pekan.




Bila dah nak dekat sampai bandar Pekan, kita akan lalu jambatan di atas, yg merentasi sg Pahang yg luas... Selepas jambatan tu, jalan kekiri adalah ke Pekan dan JB, ke kanan utk ke Paloh Hinai.


Atas jambatan tu, kita akan nampak pintu gerbang mcm gambar kat atas ni, so betul lah tu, kita dah sampai ke Pekan...

Selepas jambatan, kita ke kiri, dan kedai Murtabak ni hanya 100 meter je drp situ, iaitu di sebelah kanan atau yg paling tepatnya di sebelah shj Sek Sains Pekan...


Tak pun nampak sign board kedai ni kat tepi jalan...


Ni, inti murtabak tu, yg dibuat drp sekeping roti canai nipis dan dibalut dgn telur + daging berempah dan di masak atas roti canai yg menjadi seperti tapak. Pening ke baca ? ok, mcm ni proses nya....

Mula2 letak 1 keping roti canai 4 segi yg nipis atas kuali leper. Campuran telur + daging berempah dicurah atas roti canai tadi. Pastu, diterbalikkan dan dicurahkan atas sebelah lg satu, dan diterbalikkan sehingga masak kedua2 belah dan diangkat seperti gambar kat atas.

Belum siap lagi murtabak tu. Bila ada order, mereka akan tebar doh roti canai dan masukkan inti tu atas tebaran doh, dilipat dan dimasak sekali lagi atas kuali....


Maka, jadilah ia Murtabak Mengkasar yg biasa. Kat sini ada 2 jenis, yg biasa atau special. Kalau yg biasa mcm ni, harganya RM 6 dan kalau special RM 8. Kami suka yg biasa, sedap lebih garing dan kurang muak. Kalau ambil yg special, ada proses satu lagi iaitu murtabak ini akan dilapisi dgn lapisan telur sekali lg...

Untuk yg spesial lupa nak ambil gambar sebab yg tu, kami order bungkus utk makan dlm perjalanan.

Murtabak ni dihidangkan dgn bawang jeruk. Kuah kari tak ada pulak... Bawang jeruk ni, kalau tak cukup, mintak lagi. Kami makan memang tak cukup bawang yg diberi....

Kedai ni dibuka pukul 3.30 petang.

Sebenarnya kami dah sampai awal kat Pekan, so jalan2 lihat Pekan...

Ini Istana Sultan Abu Bakar Pekan.

Padang Polo.


Masjid baru Pekan.


No comments:

Post a Comment