Sunday 8 April 2012

Cuti-cuti India - Hari ke-8 - Delhi - Kuala Lumpur

Hari ini, hari terakhir kami di India. Apa-apa pun tak beli lagi utk cenderamata dan kenangan. Kat Delhi pun tak round lagi. Hari ni, rasa lebih sihat....

Utk breakfast, kami makan roti dan buat air kat bilik je... Dalam pukul 8.00 pg, kami dah keluar drp hotel. Kami plan nak naik bas Hop On Hop Off (HOHO) bas. Kat depan hotel ada kereta sapu, tawar-tawar harga, dia bagi 200 rp utk ke Perhentian Bas HOHO ni, yg berhampiran dgn Stadium Shivaji. Dekat je sebenarnya, kalau naik tuk2 pun boleh.

Sampai dekat sana, kami beli tiket utk bas HOHO, tiketnya 200 rp sorang. Tapi pelik sikit sebab sebelum tu baca kat Internet harganya lain. Dah tanya dekat org yg jual tiket tu, katanya tak ada pun tawaran pakej mcm tu... Entah la..., kena kelentong ke apa kami ni...

8.30, bas pun start perjalanan. Ikutkan byk destinasi yg di pergi tapi kalau nak ikutkan timenya, sampai malam baru sudah semua tempat tu. Bila kita nak Hop Off kat sesuatu tempat, kita just turun dan next bas yg akan dtg ke perhentian tersebut ialah 45 minit akan datang. Ini lah masalahnya, kita jadi buang masa nak tunggu next bas. So, kami decide utk turun dekat 2 perhentian sahaja iatu India Gate dan Dilli Haat (berdekatan dgn Sarojini Market). Satu lagi kalau ikut bas ni, memang perlukan masa yg lama. Kalau kita sekadar nak pergi beberapa tempat shj, baik pergi sendiri naik teksi atau tuk2..., lagi jimat masa dan duit. So, memang silap besar pun naik bas HOHO ni, dah la hari tu juga kami nak balik Malaysia.

Dalam bas tu pun tak ramai org yg naik.... rasanya, tak lama lagi bangkrap kot perkhidmatan bas ni. Dalam bas pertama ada ramai juga lebih kurang 15 org, bas kedua kami naik, hanya kami bertiga je....




Lotus Temple, ambik gambar drp jauh je..., malas nak masuk dalam, kena jalan kaki jauh, pastu tempat ni adalah temple, so tak perlu la nak masuk, ambik gambar drp luar cukup la....

Peratikan lambang HOHO utk tempat tunggu bas HOHO...., yg baju putih tu, drivernya, masa ni hanya kami bertiga je yang naik bas....

Dekat tiang HOHO ada tercatat time bas yg sepatutnya akan sampai di sesuatu tempat itu, tapi malangnya, setelah menunggu hampir sejam, tak nampak pun bayang bas HOHO muncul...., akhirnya, kami naik tuk-tuk  je.... :(

Qutab Minar..., tak masuk pun, driver bas HOHO bagi masa 10 minit utk kami ambil gambar...., so ambil drp luar je...


Ada sesetengah tempat driver tu bagi kami 10 minit utk turun, ambik gambar drp luar..., cth masa kat Lotus Temple dan Qutab Minar. Kalau masa menunggu pendek sikit, cthnya 20 minit, ok juga..., tak ada lah buang masa sgt. Cth mcm kami turun di India Gate, kami ambil2 gambar dlm 10 minit je..., lagi 30 minit dok tunggu bas dtg...., fuhhh bosannya...

India Gate



Sejarah India Gate....


Kami sampai ke Dilli Haat dah dekat pukul 1 tghari. Turun drp bas dan naik tuk2 ke Sarojini Market..., jauh juga dekat 10 minit naik tuk2, maksudnya tak boleh jalan kaki... Tambang tuk2 hanya 70 rp... rasanya ini lah kali pertama kami dapat tambang bawah 100 rp....

Sempatlah membeli beberapa pasang kain saree dan punjabi suit dgn keadaan badan yg tak berapa segar. Main beli je, lg pun masa dah suntuk dan perut pun dah rasa lapar. Kurang sejam, kami dah siap dan naik semula tuk2 ke perhentian HOHO...

Tunggu punya tunggu, dah dekat sejam tak nampak2 bas HOHO lalu, ikut time table yg diberi dlm bas tadi pun tak sampai juga bas yg dinanti, ikut time table dekat signboard HOHO (lain2 timetablenya), pun tak sampai2 juga... Dah dekat pukul 3 ptg dan kami lapar dan letih, tambahan pula, petang ni kena ke airport dlm pukul 6 ptg....

Masa kami dok tunggu2 tunggu tu, ramai driver tuk2 tanya dan ajak naik, tapi kami jual mahal, ingat nak naik bas HOHO... Terpaksa lah kami tahan tuk2 utk balik. Harga yg diletak ialah 150 rp shj. dalam hati, wahhh murahnya, selalunya drp Karim ke hotel je kami dikenakan 150 rp... Perjalanan memang jauh, lebih 30 minit baru sampai ke restoran Karim, memang terasa jauh perjalanan, tapi sgt bersyukur sebab pakcik driver tu tak menipu kami....

Kami ke Karim lagi, tak ada tempat lain yg tahu terjamin halal makanannya. Sampai sana, ramainya org, tak ada tempat duduk, yg berdiri menunggu tempat duduk pun ramai. Jadi kami hanya bungkus shj, iaitu 2 nasi biryani, 1 kebab dan roast chicken. Mahalll, dekat 800 rp = RM 50....

Pek makanan di Restoran Karim, Delhi....


Balik naik tuk2, tambang 100 rp. Sampai hotel, terus makan dan sembahyang. Itu pun dah dekat pukul 5 ptg... Kemas2 barang dan bersiap utk check-out....




Di Terminal 3, Indira Gandhi International Airport, sementara nak terbang balik ke KL.....
















No comments:

Post a Comment