Friday 7 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 6 - London - Zurich - Lauterbrunnen

Hari terakhir di London. Pagi-pagi lagi dah nak kena check-out sebab dah tempah EasyBus pukul 9.40 pg untuk ke airport Luton. Kami naik Easyjet ke Zurich. Perjalanan ke Airport Luton ambil masa 40 min - 1 jam juga.

Penerbangan Easyjet dah lama book, 5 - 6 bulan yg lepas dan dapat harga agak murah iaitu GBP 137 untuk 4 orang perjalanan sehala ke Zurich drp Luton. Easybus pula, baru sahaja aku tempah, lebih kurang seminggu sebelum pergi. Rugi tak tempah awal, masa mula2 dulu harga Easybus dapat GBP 4.90 je..., masa dah nak pergi, dah tak dapat harga mcm tu lagi. Kami kena GBP 42 utk 4 org. Ruginya rasa....

Kami ambil van atau bas ini drp Gloucester Place berhampiran Baker Street Underground. Kalau kita terlepas bas yang kita tempah, kita dibenarkan untuk naik bas seterusnya tertakluk kepada kekosongan. Tapi kami sampai pada masa, so tempat yg kami tempah memang dah tersedia...

 Ini lah rupa EasyBusnya..., sebenarnya bukan bas tapi van yg boleh naik 12 org...






 Berbelit-belit beratur..., kaunter yg ada hanya 2...


Airport Luton ni lebih kurang serupa je dgn LCCT..., dan rasanya perkhidmatan di LCCT lagi cepat...

Untuk buat bag drop sahaja, 1 jam kami beratur. Lepas tu, kami terus masuk ke bahagian security dan beratur lagi dekat sejam. Cerewet dan muka sorang2 mcm sombong je. Selamba je nak marah2 org...
Tiada cop passport. Lepas dah siap bhgn security, terus boarding. Ingatkan kami sampai awal rupa-rupanya just nice shj masa. Kami fly pukul 1 tgh. Agaknya kalau lewat kami sampai ke Luton, harus tak sempat untuk fly kerana semuanya leceh dan beratur lama...



Zurich, Switzerland

Alhamdulillah, settle semuanya dan kami terbang ke Zurich. Perjalanan selama 1 jam 30 minit sahaja... Perbezaan masa ialah 1 jam ke depan, so kami sampai 2.30 waktu London atau 3.30 waktu Swiss...
Sampai Swiss, perjalanan untuk ambil bag dan imigresen pun agak lama, kerana kena transfer guna aero train dan perjalanan untuk menyampaikan ke Imigresen pun agak jauh. Penat kena jalan. Ada beberapa pertanyaan juga yang ditanya, iaitu tentang tujuan kami ke sana dan tempat kami hendak menginap. Selepas dah siap semua, baru ambil beg.

Lepas tu, kami ke tingkat 1 untuk membeli Swiss Pass. Untuk seorang dewasa, harganya ialah CHF 230 dan kanak-kanak bawah 16 tahun dapat free.

Selepas tu, kami naik train ke Zurich Station. Masa mula-mula sampai, pening rasanya Zurich Station ni sebab org di situ terlalu ramai. Kami pun tak sempat nak jalan2 sekitar Zurich sebab masa dah agak lewat. Terus tanya dekat kaunter Info, train yg akan ke Lauterbrunnen. Sistem keretapi mereka canggih dan tepat. Perjalanan keretapi kami bermula pukul 5.02 dan akan berhenti di Bern sebelum meneruskan perjalanan ke Interlaken OST dan tukar lagi train ke Lauterbrunnen.

Disebabkan penat dgn pertukaran train yang banyak dan mengheret beg setiap kali pertukaran train, rasa macam bosan pulak Swiss...., tetapi ini adalah permulaan sahaja. Bila sampai sahaja di Lauterbrunnen..., wah seronoknya rasa..., aman damai dan tenteram sahaja..., sampai kan rasa nak berkampung di Lauterbrunnen....





 Bandar Zurich - yang kami usha daripada pintu station Zurich sahaja...






 Semakin mendekati daerah Interlaken dan Lauterbrunnen yang banyak gunung bersalji...






Di Swiss kami hanya menetap di Lauterbrunnen, lagipun hanya 2 malam sahaja. Kami menyewa di Valley Hostel. Valley Hostel ni lebih berkonsepkan utk backpackers dan stail dorm. Tapi kalau kita nak sewa satu bilik pun boleh. Kami dapat bilik yg menghadap gunung2 bersalji dan keretapi yang nak ke Wengen dan Jungfrau akan lalu depan bilik je. Bilik kami pun sebelah dapur dan ruang makan, so agak senang juga nak sediakan makanan dan buat air. Kami tak lah masak-masak guna dapur dan periuk belanga hostel, cuma senang nak basuh tangan dan bekas makanan je, sebab dalam bilik tak ada bilik air. Part yang tak best, bilik air kena share tetapi bilik airnya bersih sgt dan terletak di level bawah. Kami dapat untuk 2 malam, CHF 240 + USD32 (booking melalui hostelworld) untuk bilik 4 orang.


 Keretapi drp Interlaken OST ke Lauterbrunnen


Bilik di Valley Hostel...


 Bilik makan dan dapur untuk memasak....


Ada beranda....

Bila duduk atas pangkin sambil surf internet, kami akan memandang ke arah perkampungan di kaki gunung Jungfrau seperti gambar di bawah..., wow best....







Valley Hostel antara yang terdekat dengan stesen keretapi Lauterbrunnen. Kalau turun drp keretapi pergilah ke arah depan dan cross sahaja rel keretapi dan dihujungnya ada jalan keluar drp stesen, dan ke depan sikit kita akan jumpa Valley Hostel ini.

View disekitar hotel ni pun dah cukup menenangkan, dgn banyak air terjun yang turun drp celah-celah gunung dan berkabus sahaja terutama apabila hari asyik hujan je semasa kami di sana.

Kami sampai ke hotel pun dah dekat pukul 8, so tiada aktiviti lagi untuk hari tersebut. Kami hanya surf internet (wifi free dan laju...) di beranda bilik sambil menikmati keindahan Jungfrau dalam kedinginan yang nyaman...., bestnya di Lauterbrunnen....

Satu lagi, sekarang dah nak masuk Summer, waktu maghrib masuk pukul 9.30 macam tu. Dekat pukul 10 malam baru nak gelap...., dan kalau nak tunggu Isyak, pukul 11 lebih baru masuk...., nasib baik kami musafir boleh jamak Maghrib Isyak, kalau tidak mau tersengguk2 menunggu pukul 11 malam...




 Stesen keretapi Lauterbrunnen...


Kedai Jam depan Valley Hotel...., kami beli jam kat sini..., dapat diskaun lagi...



Aktiviti keesokkannya ialah ke Mount Titlis..., sambung next entri...

5 comments:

  1. cantik swiss. =)) dream place tp still long way to go. dana masih kurang. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah..., boleh sampai suatu hari nanti....

      Delete
  2. salam, pergi swiss ni nak tuka siap2 ke duet chf from Malaysia? or dorg accept cc aje mane2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebyknnn boleh guna cc... tp hotel yg sy duduk tu kalau x silap dulu kena byr cash je...

      Delete
  3. hai nak tanya...dari baker street ke gloucester place tu naik apa ye? TQ

    ReplyDelete