Wednesday 10 December 2014

Kia Ora NZ - Christchurch

Day 2 - 28 November 2014

Hari ni dimulakan dengan ketibaan kami di airport CHC. Memang dijangka kan kami akan sampai lewat, telah melepasi pukul 12, maka aku tak book hotel. Cam tak berbaloi dengan harga yang kebanyakkan RM 300 untuk sebilik 3 orang dan boleh tido tak sampai 8 jam.

Urusan imigresen agak mudah mungkin sebab tak ada penerbangan yang sampai sama dengan kami. So beratur sekejap shj. Kami declare semua makanan dan ubat. Pemeriksaan beg dibuat teliti, semua beg diminta untuk dilihat, tapi aku tengok sekadar syarat sahaja. Bila mereka tanya benda dalam bungkusan dan minta dibuka, beria2 lah aku membuka ikatan plastik, bila disua suruh pegawai kastam tu tengok, tak nak pulak. Cepat2 suruh aku kemas barang dalam beg semula dan dihala ke pintu EXIT. Ok settle, semua makanan dah selamat tanpa dibuang.



Pastu, kami bergerak ke Airport Lounge yang dibuka untuk kita baring dan berehat. Bayarannya ialah NZD 5 seorang. Dibuka dari pukul 8.30 mlm hingga 4.30 pg sahaja. Kalau cepat, dapatlah cop bantal kusyen yang besar dan selimut. Kami sampai dah lewat, dan agak ramai juga dah ada di situ, sampai space nak lepak pun tak tahu kat mana. Mata pun tak mahu lelap, sempat utk sembahyang maghrib/isyak dan subuh je. Ok la drp membuang duit RM 300...

So, badan memang letih, kepala pun pusing2 jer sebab dah 2 hari tak tidur dengan betul. Tak sabar nak dapat motorhome supaya dapat berehat sekejap. Lepas pukul 4.00 pg, pakcik yang jaga Lounge tu akan kejut semua orang untuk bersiap. Pukul 4.30, lounge itu akan ditutup. Cepat benor tutupnya. Pastu, kami sambung lepak di balai ketibaan.

Lambatnya nak menanti siang. Sambil2 tu boleh mandi, sebab toilet di Airport CHC ada shower, free je. Sempatlah kami semua mandi dan makan2 roti sapu tuna sementara duduk melangut tunggu hari siang. Kami tunggu kaunter telefon buka sbb malas nak cari kat tempat lain dan boleh tanya pakej yang ada. Kat kedai serbaguna bhgn departure pun ada jual simkad, tapi bila tanya tak tahu apa2.




Bila salesperson Vodafone dah start kerja, dalam pukul 9, aku gi menanya pakej yang ada. Masa tu tak teringat nak ambik pakej utk call, maklumlah sejak mak dan ayah dah tak ada, dah tak ada sesiapa lagi yang aku rasa perlu untuk dihubungi melalui panggilan telefon. Kalau dgn adik beradik dan kawan2, whatapp pun dah ok. So, dengan ghairahnya aku meminta pakej utk data sahaja. Ada promosi katanya, utk harga NZ 30, aku dapat 5GB data. Memang murah compare dengan pakej lain.

Wifi free di NZ memang jarang jumpa, rasanya memang tak ada, walaupun di airportnya. Ok lepas dah ada data, kami bergerak ke luar airport untuk ambil teksi bagi dihantar ke Sykt Wenderkresein. Sykt2 yang lain ada free phone 2 digit di sebelah pintu keluar airport. Boleh call dgn free sahaja. Sykt Wendekreisen tak ada free phone tu. So, kami ambil teksi dan sampai ke pejabatnya, bayaran teksi ialah NZD25. Mahal teksinya, padahal dekat sahaja, dalam 5 ke 10 minit dah sampai. Bayaran teksi akan dibayar balik oleh sykt Wendekresein.

Lepas tu urusan sign menyign kontrak motorhome dan tunjukcara penggunaan Motorhomes oleh kakitangan sykt.




 Tempat keluar air drp sinki....


 Tempat masuk air bersih...

 Tempat penyambungan power drp punca elektrik ke motorhome.

Tempat letak gas memasak...

 2 tempat duduk yang boleh ditransform kpd katil utk 2 orang... dan boleh diletak meja dan jadi tempat makan...

 Dapur memasak 4 tungku dan sinki, serta kabinet untuk letak pinggan mangkuk dan brg masak. Bawah sinki ada peti ais, lupa nak ambik gambar...

 Toilet dan bilik mandi... 

Katil utk 2 org lagi dibhgn atas pemandu...

Dah dapat motorhome, tugas pertama perlu buat ialah menyamak pinggan mangkuk dan periuk belangga semua. Jenuh gak kerjanya dengan keadaan yang sempit dan kepala paip yang rendah. Kali ni aku cari sabun Taharah di seluruh Warta Bangi, katanya dah tidak dikeluarkan lagi. Yang ada sabun pesen baru, harganya pun mahal dan sekali pakai sahaja dah habis. 

Ini lah rupanya, bentuk cecair dan harganya RM 25.

Dah siap membasuh peralatan, kami pun bersiap untuk bergerak. Langkah pertama adalah ke Pak n Save di sekitar Top 10 Holiday Park, tempat di mana kami akan sewa parking yg ada power elektrik untuk mlm nanti. 

Cabaran sungguh kata en hubby membawa motorhome ni. Kami semua pun berdebar2 tambah pulak dengan memand di NZ yang ketat undang2 nya. Untuk memudahkan perjalanan aku banyak guna En Waze dan GPS yang diberi pinjam percuma oleh sykt Wendekreisein. Senang sangat dan tidak perlu risau sesat.

Sampai di Pak n Save, masalah pertama ialah susah nak cari parking untuk benda besar ni. Tambah pulak en suami yang takut sangat kena saman..., adoiiii memang seksa jugak membawa benda besar ni, kalau parking memang akan terjojol drp petak. 

Masalah kedua, kami berbau asap. Cepat2 aku keluar dan tengok bhgn enjin dah berasap, tak lah banyak tapi agak gabra la jugak kami. Dah la nak telefon Wendekreisen, aku cuma ambik pakej untuk data shj. Nyesal sungguh sebab tak terfikir tentang hal itu. So, dengan cepat aku dan Aman segera masuk ke Pak n Save, capai barang perlu shj seperti beras dan mancis dan beli simkad baru utk call. Kali ni aku beli dgn sykt 2Degree. 



Dengan hati tak keruan, kami bergerak semula ke sykt Wendekreisen, untuk melaporkan masalah asap yang keluar. Punyalah slow suami aku bawak. Akhirnya sampai la kami di sykt tersebut semula, dan apabila diperiksa oleh pekerja sykt, dia mengatakan van tersebut ok cuma jgn diletakkan kaki sedikit pun di clutch pedal kalau tak menggunakan Clutch. Alamak..., gitu je ke...

Bau asap masih ada lagi. Kata pekerja tu, bau tu akan ada untuk sehari dua lagi. Risau kami....

Lepas tu, kami bergerak semula ke Top 10 CHC Holiday Park. Aku dah book awal powered site kat sini, dan urusan check-in pun sekejap sahaja. Kami diberi no untuk site kami. Sambungkan power ke power plug yang disediakan disetiap site. Untuk dump station ada disediakan di satu tempat khas. Kita perlu membawa motorhome kita ke tempat dump site dan membuangkan air daripada sinki dan toilet di situ. Air yang bersih selalunya akan ada paip di setiap site parking atau berdekatan dengan dump site.

 Tempat penyambungan power di motorhome...

 Disambungkan di power plug di site parking kita.

Ini rupa bagaimana kita membuangkan air drp penggunaan sinki...

Lepas tu, aktiviti memasak. Masak simple je sebab perasaan masih gabra...hihih.. Just masak nasi, buat sambal goreng ikan bilis dan telur dadar. 

Lepas makan rehat2 sebentar, dan tak boleh lama2 juga berehat sebab hari dah semakin beransur petang. Plan petang tu untuk ke Gondola CHC dan lawat2 bandar CHC sambil naik tram kononnya.

So, destinasi pertama ke Gondola CHC. Jarak perjalanan dlm 12 km je. So bermotorhome la kami ke sana. Cuaca agak mendung dan hujan. Hujan di NZ yang aku perhatikan, hujannya tak lebat mcm di Malaysia, halus2 sahaja hujannya, kiranya lambatlah nak jadi lencun.









Cuaca mendung dan hujan, so memang tak nampak apa-apa pun kat atas. Kabus sahaja pemandangannya. Gondola tu pun nak tutup lagi 30 minit, so kami pun cepat2 shj turun.


Lepas tu sambung round di bandar CHC. Memang sunyi sepi je. Tram pun dah berhenti utk hari tu.
Layan kan aje gambar2 disekitar CHC...











 Dah pusing2 bandar yang serupa bandar mati, kami pun ke Pak n Save untuk menyambung membeli barang2 makanan dan coklat Whittaker...

Hari pun dah semakin gelap, kami balik ke Holiday Park untuk berehat. Suhu sangat sejuk bila malam ke pagi. Bawah 10 C...

Malam tu kami tidur lena, maklumlah badan pun dah penat sepanjang 2 hari tak tidur dgn betul...

Esok kami menyambung perjalanan ke Lake Tekapo...


















No comments:

Post a Comment