Tuesday 27 June 2017

KOREA - Day 7 - Namsan Tower


Namsan Tower, tempat famous yang harus sampai untuk orang yang kali pertama sampai Seoul..., walaupun x ade lah yang bestnyer...

DMZ memang tempat yang patut pergi..., rugi kalau tak sampai... kebanyakan pakej pelancongan susah nak masukkan DMZ dalam pakej mereka. Untuk Seoul, pergi sendiri tanpa pakej adalah mudah... tinggal kaki sahaja yang larat atau tak larat melangkah...

Kami pergi petang selepas balik daripada DMZ...

Disebabkan penat sudah kaki, kami naik teksi sahaja ke Namsan. Tapi harga tambang nya mahal disebabkan jalan yang jem di sepanjang perjalanan... WON 10k tambang yang kami kena... tapi x pe lah, sebab kaki pun dah penat untuk berjalan...



 Tempat beli padlock..., macam2 rege... 6k ke atas... hahaha, idok le kami nak join buat keje x berfaedah ini...


 Lautan padlock...


 Namsan Tower...







Sekejap je kami di sini, tak menarik perhatian kami pun... Lepas tu kami ke Seoul Station untuk mengambil tiket Korail ke Busan yang kami dah beli melalui Internet. Esok dah nak balik... kami balik melalui Busan... tapi x sempat round Busan pun sebab masa yang suntuk... Masa beli tiket flight, main redah je beli, ingat sempat nak jalan-jalan di Busan, tapi bila dah rancang detail, banyak tempat yang menarik yang mesti pergi di Seoul...




1 comment:

  1. hehehe ritu pegi tak pegi gak Namsan Tower.. sakan menyopping.. sampai tak terlarat nak pegi.
    CT insyallah nxt visit la. orang kata kena gak skali jejak kaki pegi kan..

    ReplyDelete