Monday 1 January 2018

MELBOURNE DAY 7 - 12 Apostles, London Bridge, Loch Ard Gorge, Bay Of Island

Hari ke 7 - 8 Disember 2017

Ikut plan asal kami nak terus balik ke Melbourne pagi dan singgah di Sovereign. Tapi disebabkan semalam tak sempat explore semua, maka kami ke sini lagi hari ni... memang rugi kalau kami tak datang lagi... cantiknya view...

Tapi rasa sayang pulak nak check -out awal2... rumah ni memang cantik dan selesa... sampai berangan nak buat rumah macam ni kalau ada rezeki. Pagi ni kami masih lagi membasuh baju dan keringkan terus. gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.... bayar pun mahal...

Siap-siap dah bekalan makanan sampai tengahari...

Dalam pukul 10 pagi, terpaksa lah check out juga... teruskan perjalanan mengikut jalan semalam, nanti takut lewat sangat sampai ke Melbourne.

Tempat pertama yang kami singgah ialah Bay Of Island... yang mula-mula jumpa jika daripada Warrnambool.











Selepas itu patut kami jumpa London Bridge, tapi tak perasan sign board nya dan terlepas. So, kami teruskan ke Loch Ard Gorge...









Sampai dah confuse nak bezakan mana satu tempat kawasan yang kami pergi... kesimpulannya semua cantik cantik....

Teruskan melalui GOR ke 12 Apostles pula...

 Semalam hujan, hari ni elok cuaca... alhamdulillah...










Lepas sudah di 12 Apostles, kami patah jalan tadi untuk cari London Bridge... macam tak lengkap pulak dah alang-alang sampai... jauh gak patah baliknya...










Dah..., jom bergerak ke Melbourne... jauh lagi perjalanan ni... dekat 200 km lagi...

Nak cepat, sewa benda alah ni..., mampu tengok je la kami...

Hari pun dah dekat pukul 2 ptg masa kami nak bertolak balik. Sampai dekat-dekat Ballarat pun dah pukul 4 ptg... tak lama lagi Sovereign pun dah nak tutup.

So, kami decide pi esok sahaja lah ke Sovereign.

Kami check in malam ni dan sepanjang di Melbourne di St Kilda Apartment... Dari segi lokasi agak ok dan tempat parking kereta pun ada disediakan. Kami duduk 4 malam 5 hari, RM 1700 dan sewa melalui AirBnb juga...

Gambar rumah lupa nak ambik sebab tak berapa best suasana dalam rumahnya...


Selesai hari ke 7 kami...

No comments:

Post a Comment