Sunday 17 June 2012

Cuti-cuti Bangkok - Platinum dan Chatuchak Market

Kami ke Platinum, Pratunam pada petang hari kedua.

Kalau sebut pasal kedai memanglah tersangat banyaknya, tetapi tidak begitu sesuai kalau nak cari pakaian utk wanita muslimah. Kami beli beg dan kasut....

 Kat Platinum ni ada 3 zone. Zone 1 dan 2 dalam bangunan yang sama. Zone2 ini hanya menjual baju. Pening kepala tengok baju aje....
Zone 3, adalah di bangunan sebelah. Zone 3 baru ada banyak jual kasut dan beg iaitu di level 3- 5.

Berhadapan Platinum ada banyak lagi kawasan membeli belah. Bangunan depannya ialah city complex. Konsep kedai sama je mcm Platinum. Brangan jualan pun sama, iaitu yg terbanyak ialah baju wanita....
Di tepi2 kedai tu pun ada gerai2 jualan dibuka disepanjang kaki lima.

 Antara barang yg dibeli...., beg pakaian. Dah tanya masa kat MBK, 2000 baht tak mahu kurang lagi. Kat Platinum dapat 1500 baht....


Chatuchak Market

Hari ketiga (Sabtu), kami plan nak ke Chatuchak Market. Naik BTS je. Drp hotel, naik BTS dihdpn hotel kami, iaitu stesen Phaya Thai dan turun di stesen Mo Chit. Tambang ialah 30 baht.


Kami sampai awal lagi, baru pukul 9 lebih. Kedai banyak yg baru nak buka....









Penat juga nak meround semua kedai kat Chatuchak. Tak larat..., dah la cuaca panas... Berpeluh2 satu badan. Nampak air limau yg diperah di situ menggunakan mesin. Limau yg digunakan ialah limau kopek yg kulit hijau tu. Manis airnya, sedappp. Satu botol besar ialah 50 baht....


Tengahari tu, kami nak cuba makan kat Kedai Mak Yah...

Naik BTS je, cuma selang satu stesen je iaitu dekat stesen Ratcthewi....











Selang beberapa lot kedai, ialah kedai Farida. Kalau kita drp BTS dan cross jalan kat trafiic light simpang empat tu, kita akan ke kanan dan akan jumpa beberapa lot kedai yg mcm nak tutup tak ade org berniaga, lepas tu, kita akan jumpa kedai Farida ni dulu. Lepas beberapa lot ke depan baru lah kedai Mak Yah. Kedai Farida ni, kami tak cuba pun. Ingat nak gi esok, pastu mcm malas pulak.... So, kedai Farida tak boleh nak bagi pendapat sedap atau mahal ke tak....


Review makanan kedai Mak Yah..., harga standard, kalau banding harga kat Malaysia, kira standard restoran yg ada AC, bukan yg kedai tepi jalan punya harga. Dari segi rasa, (tokeh kedai Mak Yah ni dakwa Tom Yam mereka popular dan sedap..., tak sangka memuji diri sendiri....), kami pun order dan rasa...., biasa je, mcm kat sini jugak...., kuah je yang banyak, isi tak mcm kedai Yana. Saya lebih suka Tom Yam Kedai Yana, sebab rasa lain sikit drp yg ada di Malaysia dan lebih sedap mengikut tekak saya la...


No comments:

Post a Comment