Friday 21 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Perjalanan ke Guangzhou - Day 3

Hari ketiga, 3 Disember 2010 ...


Plan hari ni nak ke Guangzhou (GZ). Seperti biasa, selepas masak nasi dan bersiap serta sarapan, kami segera ke stesen East TST sebelum ke stesen Hung Hom utk mengambil keretapi ke GZ. Tiket dah beli semalam. Kami check-out drp hotel dan cepat2 berjalan. Waktu perjalanan ialah pada pukul 8 pagi.



keretapi 2 tingkat...









Tiket ke GZ utk 2 dewasa dan 1 kanak2 ialah HKD 570. Perjalanan mengambil masa 2 jam utk sampai ke GZ. Keretapi ini 2 tingkat. Kami dapat tingkat bawah.

Sampai di GZ, keluar daripada keretapi dan ikut ke arah Imigresen. Visa diperlukan utk masuk ke China. Kami buat visa di Bangunan Bank Of China, berhadapan dgn Citibank di Jalan Ampang. Single entry Visa. Bayaran yg dikenakan, saya dah terlupa...
Selepas 3 hari, visa akan siap. Kalau nak siap satu hari, pun boleh tapi bayaran yang lebih akan dikenakan.

Pada mulanya hendak naik metro sahaja untuk ke Hotel iaitu Hotel Guangzhou, tetapi metro di China tidak begitu effisien berbanding MTR di HK. Beli tiket di mesin perlukan duit kecil, kami ada not yg besar sahaja. Nak tukar sebarangan, rasa bimbang pulak sebab banyak info yg dicari sebelum ni, mengingatkan bahawa duit palsu sgt berleluasa di China. Jadi, kami buat keputusan naik teksi sahaja.

Keluar drp stesen Metro, kami dapat teksi dan teksi di GZ rupanya murah sahaja. Drp stesen keretapi tadi ke hotel ni, baru Renmimbi 45 = RM 23, perjalanan agak jauh juga, so rasa berbaloi gak naik.

Ala-ala bajai atau tut tut..., tapi boleh naik sorang je....




Dengan berbekalkan beberapa info tempat yang boleh dikunjungi utk membeli belah, kami cuba pergi. Yang tak menariknya, tak ada barang yang menarik perhatian dan harga pun bukan lah murah sangat. Rasa berkobar nak ke GZ jadi pudar..., dah la org terlalu ramai di mana-mana. Nak jalan ke mana-mana pun susah. Nak naik teksi pun masalah besar sebab mereka tak tahu langsung BI. Fuh hampir give-up, ingatkan tak sampai ke hotel sebab beberapa org yang kami jumpa tak boleh membantu untuk memberi arahan kepada pemandu teksi utk menghantar kami balik ke Hotel.

So, nasihat saya, printkan lah nama cina hotel atau alamat dan tempat2 yang hendak dikunjungi besar2.

Hari ketiga berakhir dgn keadaan yang kurang seronok....

No comments:

Post a Comment