Friday 28 October 2011

Melihat-lihat Brunei Darussalam

12 hingga 14 Mac 2011, kami pergi ke Brunei. Seperti biasalah AA buat sale, tengok tiket ke Brunei murah ya amat, kami dapat 3 org, RM 300 all in pergi balik, so belilah. Kurang2 dah sampai ke Brunei. Nak jugak melihat negara yg kaya dgn hasil minyak ni.


Pagi pukul 5 cam tu dah bertolak ke LCCT. Letak kereta dan hantar beg, dah check-in drp rumah lagi. Terbang dekat pukul 7, lewat gak beberapa minit.

Ini matawang Brunei..., nilainya sama dgn dollar Singapore. Masa aku tukar dekat Money Changer, tak ramai yg ada simpanan duit Brunei yg mencukupi, pas tu sibuk dok nak beri duit Singapore. Tapi mana best, kita nak gi Brunei, nak pakai duit Brunei la...


Bumi Bandar Seri Begawan drp udara.





Di airport BSB, papan tanda kat sini ada tulisan jawi. Bagus gak Brunei masih giat memperjuangkan tulisan jawi. Tak de lah luput drp ingatan...

Sampai di airport, pihak hotel telah menunggu dgn nama saya. Kami ambil hotel Jubilee, mereka menyediakan free airport transfer, pergi dan balik. Harga bilik dah lupa..., mintak maaf, maklumlah dah dekat setahun pergi baru nak buat blog...

Sebelum naik van yg disediakan (vannya besar, selesa sungguh utk kami yg bertiga, sebenarnya ada tetamu yg lain juga, ttp tak muncul, kansel agaknya...), kami pi survey kereta sewa kat airport tu. Tapi bukan rezeki kami ambil kereta kat situ, tak jadi ambil sebab org yg dok jaga kereta sewatu kurang mesra alam. Macam tak bersungguh pun nak layan. Pemandu hotel tu pun nasihatkan kami nanti sahaja boleh ambil di hotel. So, kami pun terus ke hotel.


Dalam van menuju ke Jubilee Hotel.

Sampai di hotel, terus selak yellow pages, dan selepas membuat beberapa panggilan, akhirnya dapat menyewa kereta drp sebuah sykt LW Automobile Rental Sdn Bhd, senang dan mudah, siap hantar kereta ke hotel, boleh pakai cc dan orgnya pun mesra dan yg paling penting harga jauh murah drp sebelum ni. Kami dapat B65 utk sehari. So ok lah tu, dapat dah kereta utk kami meninjau bumi Brunei. Kalau tak ada kereta agak payah nak jalan, sebab kat sini pengangkutan awamnya tak ada lah mcm Singapore atau HK yg byk bas dan MRT.

Ini lah kereta yg kami sewa di Brunei. Lepas dapat kereta, start la pusing2 area BSB.



Kampung Ayer.

Jeti nak ke Kampung Ayer ni, tak jauh sgt drp area hotel kami. Tapi kami tak naik pun bot pergi ke situ, hanya ambil gambar dari jauh shj. Lepas tu, cari tempat nak makan. Jumpa kedai kat bawah ni, mcm ramai je org yg beli, so kami pun try la jugak...





Ini lah nasi katok, yg popular dan dijual di mana2 aje di Brunei. Harganya wajib B1. Murah lah... Nasinya ialah nasi putih, makan dgn ayam goreng tepung dan sambal tumis. Kalau kat Pasar Malam Gadong Brunei, sambalnya ada beberapa jenis, mcm, sambal ikan bilis, ikan masin, kosong dll... Wajib cuba dan juga kalau nak berjimat...



Satu lg tempat makan yg popular kat sini, (sebab apa kata popular, sebab kat mana2 je mesti ada restoran ni..., KFC pun tak sebyk mcm tu...) ialah Jollibee. Makanannya berkonsepkan mcm ala-ala KFC gak. Byk kali gak lah kami makan kat sini.





Hari pertama, kami hanya round BSB, sampai ke Gadong, Jerudong, dan sekitar hotel sahaja. Nak masuk Jerudong Park, tapi mcm dah tak meriah je, suram je..., so tak jadi masuk dan pusing ke BSB semula.


Pagi hari kedua, sebelum ke Kuala Belait, kami pergi ambil gambar di Masjid Sultan Omar.









Aku cadangkan kami ke Kuala Belait, kot2 la nak tengok Bandar minyak mcm ala-ala Kertih, tapi tak nampak pun. Penat je pergi, bukan dekat...., 100 km sehala drp BSB. Letih..., dah sampai lagi letih sebab tak ada apa pun....


Tapi Jollibee pasti ada.....


Gambar cerek otw to Kuala Belait


Saje ambik gambar sign board kat Brunei...


Masjid Sultan Hassanal Bolkiah

Lepas drp Kuala Beliat, kami singgah di masjid ni utk sembahyang.






Hari Ketiga, pagi2 lagi dah ke Tamu Kianggeh, saja nak cari apa2 buat buah tangan. Disebabkan tak tahu nak beli apa di sini, aku beli ikan bilis kopek dan belacan. Jauhnya beli belacan..., tapi sebab dah tak tahu nak beli apa. Percutian kali ni adalah percutian yg jadi buntu sebab tak apa yg nak dibeli....

Lepas ke Tamu, tempat terakhir yg kami pergi ialah ke Bangunan Alat-alat kebesaran Diraja atau Regalia. Nak masuk bangunan ni, tak boleh pakai kasut. Kamera pun tidak dibenarkan. Masuk adalah percuma sahaja. Kat dalam ni ada jual fridge magnet. Kat tempat lain mcm susah nak cari FM tentang Brunei.


Selepas Zohor, kami pun bersedia utk ke Airport dihantar oleh van Hotel Jubilee.


8 comments:

  1. mcm mane nk sewa kereta di brunei? mudah tak utk dapat? dan mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat airport pun ada...., tapi saya ambil drp yellow pages..., senang je dan hanya guna lesen memandu Malaysia...

      Delete
    2. bagilah no hp syarikat LW tu

      Delete
    3. sbb nak gi brunei pada 25 hingga 27 nov ni

      Delete
    4. Minta maaf byk2..., nombor telefon x simpan...

      Delete
  2. Lesen kereta guna Malaysia punya je ke? Tak perlu isi borang sebelum pergi?

    ReplyDelete