Wednesday, 17 September 2014

Jalan-jalan Perak n Penang...


Muka gembira dapat jalan2..., plan apa pun x buat pun, main redah..., kalau tak de hotel yg kosong, tidor masjid la jawabnya.... kononnya nak gi 3 hari 2 malam, sudahnya sebab tak ada yang betul2 teruja, kami cuma pergi 2 hari 1 malam...

Drp rumah menghala ke Utara, cuma ada beberapa destinasi wajib yang teringin sangat nak pergi, yang lain2 tak minat nak buat lawatan ulangan...

Layan tempat pertama, Nasi Vanggey Ganja, Jalan Yang Kalsom, Ipoh Perak...



Lokasi tepat kena rujuk Google Map..., kami pun tak biasa dengan Ipoh, nasib baik ada En Waze dan Google Map, kami sampai tanpa sesat, cuma nak parking kereta susah sikit, dah pusing kali kedua, kami park dekat depan balai polis... jalan sikit dah sampai.

Restoran Vanggey ni terletak dalam kedai Yong Suan. Menurut sejarah yang aku google, tokeh Cina ni meniaga air dan roti bakar dan Tokeh Nasi Vanggey ni meniaga nasi dan lauk pauk. Lauk yang popular ialah Ayam Goreng Merah tu...., memang sedappp...,

Aku cuba sotong, biasa sahaja mcm lauk kedai mamak. Yang istimewa sebab ayam gorengnya dan sambal kelapa warna oren. Rasanya mcm ada dicampurkan daun pudina... mula2 agak pelik sikit rasanya, pastu ok juga boleh terima.... Harganya pun x mahal sangat....


 Beratur orang nak beli nasi vanggey ni. Kami sampai dalam pukul 11 lebih, tempat semua penuh. Tips nak dapat meja, pi berdiri kat meja yang agak2 mcm dah nak habis mkn. Kalau nak tunggu betul2 kosong, memang tak jumpa la.


Lepas perut kenyang, kami meneruskan destinasi ke utara lagi. Sambil2 cari hotel di Booking,com dan Agoda.com...., aku mencadangkan hotel di RnR Gunung Semanggol tapi arah Selatan. So, bila sampai di Exit Bukit Merah, kita bayar tol dan buat U-turn dan ke arah selatan. RnR selepas susur Bukit Merah.


Ini lah hotelnya, yang paling penting, harganya murah...., mula-mula aku walk-in tanya harga. Pakcik yg jaga kaunter kata 89 nett. Sebab beza sgt, aku book melalui Agoda, byr guna CC..., all in baru 59.
Dapat bilik, kami berehat sekejap. Petang nanti, misi nak cari Mee Udang Mak Jah...

Sebelum mencari Mee Udang, kami pergi mencari tempat Kuala Gula. Dah terlanjur dekat, ingat kan ada lah yang special. Rupa-rupanya, tak ada apa.... buang minyak je gi jauh2...




 Ada resort..., balkoni nya menghala ke sungai..., kalau kaki pancing, memang sesuai benar...



 Resort tadi menghadap hutan paya bakau...



 Lepas tu, kami meneruskan destinasi mencari Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang...




 Mee Udang yang Biasa tak ada..., semua kena ambik yg Special..., RM 13 semangkuk..., udang2nya memang besar2..., dalam semangkuk dlm 5 - 6 ekor udang.
Rasanya, sedap jugak..., Aku jarang makan mee udang ni sbb kat Selangor tak ada resepi ni. Ada bbrp kali cuba mkn mee udang kat tempat2 lain, aku rasa Mee Udang Mak Jah ni yg paling sedap. Kalau pas ni ada tempat lain yg sedap, aku bg tau....


 Aman pulak order Mee Goreng Special..., harga sama gak RM 13..., dlmnya pun ada 5 - 6 ekor udang....


 Kalau kita menghala ke Kuala Sepetang ni, banyak gerai2 jual Mee Udang..., tapi kawasan Mak Jah je yang ramai org dan kereta berhenti kat tepi jalan berderet2, siap ada RELA jaga lalu lintas lagi.

Masa menunggu makanan pun sekejap sahaja. Tak sampai 10 minit order, makanan dah sampai...



Hari ke-2...

Meneruskan misi, untuk lalu di Jambatan ke 2 Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim...





Tol yang dikenakan ialah RM 8.50. Jambatan ini lebih panjang banding jambatan pertama. Ia menyambungkan Batu Kawan di belah Seberang Perai dan Batu Maung di sebelah pulau.










 

Okeh..., dah hampir ke penghujung jambatan..., jalan yang lapang, dan tak sesak...

Meneruskan aktiviti mencari  Interactive Museum, di Pengkalan Weld...., berhadapan dengan jeti Ferry...


Bayaran yang dikenakan ialah RM 30..., kalau warga Malaysia, dapat diskaun RM 15..., tapi mesti tunjuk IC dan kanak2 RM 10.

Penuhlah sesi berposing dengan lukisan...











Gambar-gambar berikut ialah lukisan ditingkat 2...


































2 comments:

  1. Jln2 cari mkn ya...best2.. ni musium bru ker? X onh tau pon kt penang ade 1

    ReplyDelete