Tuesday, 31 December 2013

Sydney Aku Datang - Day 6 - World Kitchen - Sydney Tower - Laduree Macarons


3 Disember 2013 dah..., hari terakhir di bumi Sydney.... sekejap je dah nak habis percutian...., tak bestnya kena balik Malaysia...

Disebabkan harga corelle sgtlah murahnya banding dgn Malaysia, terpaksalah memborong 3 - 4 kotak lagi..., lagi pula bagasi saya dah beli dekat 100kg dekat AA...

Pagi tu... dalam pukul 8 kami bergerak dgn bas tunggu depan Apartment dan naik mana2 bas dan berhenti di pekan Randwick selepas Cook St. Pastu jalan kaki sikit ke Alison Road untuk tunggu bas no 348. Bas ni akan terus ke Collin St yg berdekatan dgn O'Riodan St. 

Ini lah hasilnya..., dalam beg kelabu tu pun ada lagi 2 kotak..., masalah nak mengangkut drp kedai ke apartment je..., kalau tak mahu rasanya memborong lagi. Kami punya berat bagasi masih berlebih 40 kg tak digunakan..., ruginya..., dan kastam kat LCCT pun tak de yg menunggu pun, maklumlah kami sampai pukul 3.30 pg...  Malas pulak nak dtg semula kedai dan memborong.... 

Satu kotak corelle tu beratnya dalam 5 kg je..., ada yang kami bawa sebagai hand luggage, ade yg letak dlm beg..., dan kakak saya hanya ikat dengan tali rafia dan terus check -in pun selamat, tapi label sikit supaya kenal drp jauh...



Lepas habis projek Corelle..., kami balik apartment untuk kerja2 penyusunan barang dalam beg.

Disebabkan ada masa lagi, kami bercadang untuk round ke Sydney untuk kali terakhir. Cadangnya nak ke Queen Victoria Building (QVB). Saja nak lihat..., nak shopping tak de la...

Selepas turun bas menghala ke QVB, terpandang plak signboard tentang Sydney Tower... tak plan pun asalnya nak ke Sydney Tower walaupun kami dah ada tiketnya..., tapi sebab dah terjumpa kami naik la juga...

Sydney Tower ini terletak di Westfield Shopping Centre...





 Sebelum kita naik lif ke atas, kita akan dibawa menonton 4DCinema.... yang menceritakan ttg keindahan bandar Sydney... best juga..., dalam 10 minit kot ceritanya...


 Dalam 4D cinema..., berdiri sahaja...

 kenalah pakai cermin mata 4D...

Selepas habis tayangan, baru lah kita di bawa naik lif ke tingkat atas tower...








 Harbour Bridge dan Opera House....


 Bangunan QVB..., ambik gambar sambil lintas jalan.... tu yg buruk gambo nye...



Misi sebelum ke Sydney ialah untuk mencari Laduree..., teringin sgt nak rasa Macarons Laduree, sebab masa kat Paris tak tahu cerita sgt pasal Laduree walaupun dok lepak dekat 2 jam kat depan kedai Laduree dan melihatkan org silih berganti membeli macaronnya... Bila search, katanya di Sydney ada outletnya.... terletak di Westfield Shopping Centre... Cafe nya di ruangan terbuka sahaja..






Inilah rupanya Laduree Macarons..., harganya.... pitam dengor..., tapi sebab teringin nak rasa, pejam je la mata..., utk 6 biji macaron berserta dengan kotak ialah AUD 24 = RM 72.... sebiji tu harganya RM 12.... nangis sambil makan, dah la kecikkk.... hihihi..., tapi rasanya memang sedapppp....


Dah tercapai hasrat beli macaron, kami pun balik apartment untuk berehat dan solat sebelum ptgnya pukul 5 kami start gerak ke airport dengan taxi....

Sampai airport awal lagi, round2 airport terjumpa kedai halal Arab, nama Sahara. Mesti kena try ni..., tapi rasanya tak la sedap sgt...



 Macam rupa murtabak pun ade...

Kalau sesiapa yg nak sembahyang, kena sembahyang dahulu sebelum kita masuk ke balai berlepas. Ada satu prayer room di tingkat satu di bahagian pejabat2 airportnya. Signboard tentang prayer room ni tak lengkap, masa sebelum naik lif ada tulis, bila dah keluar lif, tercangak2 mencari mana prayer roomnya..., nasibbaik ada staf yg tahu..., ada juga staf nya yang tak tahu....

So,bila keluar drp lif di tingkat 1, kita ambil ke kiri dan jalan sampai agak hujung baru jumpa prayer room ini.


Tempat sembahyang nya boleh muat 20 orang dan bercampur antara lelaki dan perempuan..., tapi alhamdulillah ada disediakan...

Sudah solat, terus masuk ke Balai berlepas. Untuk keluar drp Australia, kita masih kena isi satu kad seperti kita nak masuk Australia hari tu. Kena beri semasa kita hulur passport.  

Berakhir lah percutian 6 hari kami ke Sydney... 

Ulasa keseluruhannya : best..., best sgt sebab Sydney ni bandarnya tenang dan damai sahaja, tambahan cuacanya di awal Summer masih tidak begitu panas dgn suhu yang tidak begitu sejuk. Tak perlu pakai jaket pun kalau waktu siang. Di Sydney kita tak bershopping sakan seperti di Paris atau London, tapi kita boleh shopping Corelle..., hihi...


11 comments:

  1. salam kenal bonda….dtg sambil study cara nak p aussie ni. tq for the info sharing. sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan... tq sudi baca.... :)

    ReplyDelete
  3. syioknya berjalan. banyaknya beli KG ngan AA *pengsan*

    ReplyDelete
  4. Salam kak..lepas ni nak berjalan ke mana pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam wa...

      angan2 tu byk..., insyaallah.. ;)

      Delete
    2. Salam Bonda. Sangat best baca cerita jalan jalan ke Aussie Bonda ni. Saya plan nak ke sana insyallah autumn next year. So bolehla jadikan cerita bonda ni rujukan. sangat lengkap dan penuh info. Thank you bonda.

      Delete
    3. w salam..., enjoy di Aussie nanti...

      Delete
  5. salam, nak tanya sikit, corelle yang bawak masuk cargo tu selamat tak? ada pecah2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam bonda, nak tnye corelle yg b'kotak² kte bli tu msuk cargo kn..airasia ke yg seal fragile ke? sy pegi bln 8 ni tp pikir kne pegang naik flight cm susah sbb ade ank kecik..klu blh angkut msuk kargo sng skit.

      Delete
  6. Kat mana corelle murah erk?
    Saya d sydney ni.. esok nak 3rd round city.. QVB ada tak?

    ReplyDelete