Sunday 23 October 2011

Hari ke-2 di Kota Singa

Hari ke-dua, kami bersarapan di kedai Hajah Maimunah. Sedap sungguh lihat semua masakan dan kuih muih yg dijual. Kedai ni terletak dekat depan Joo Chiat Complex dan berdekatan dengan Pasar Geylang Serai. Kalau nak makan, jgn tukar kepada RM, nanti tak tertelan makanan..., tp bg rakyat Singapore kira murah lah, sebab kuih kalau 3 ketul SGD 1, kalau kat Malaysia, mana dapat lagi kuih 3 ketul RM 1. Air mcm teh ais limau ialah SGD 1, kalau kat sini RM 1.30 dah...



Lepas sarapan, pegi usha2 Joo Chiat Complex. Mak banyak kenangan di Singapore, dulu Geylang ni tempat yg dia selalu dtg maklumlah dulu kami tinggal di JB, hampir tiap-tiap minggu masuk Singapore utk membeli brg. Mak kata, Joo Chiat ni, drp dulu lg dah ada, memang byk jual kain ela. So, drp tak ada plan nak beli kain, jadi terbeli 2 pasang kain. Ingatkan istimewa sgt kain tu, sekali sama dgn kain yg dibeli Cikgu Aniza Abdullah yg di beli di Nilai.... Penat je jauh2 aku beli, rupanya bersepah kat Malaysia, lg murah plak tu...



Lepas tu, kami pergi ke Pasar Geylang Serai, melihat makanan dan apa yg dijual disitu. Mak kata dah lain dah sgt drp dulu. Bangunan pun sgt cantik, mengabadikan ciri2 senibina Melayu... Satu yg aku kagum, kat Singapore ni, susah nak jumpa Indon2 yg kerja atau berniaga, kebanyakan adalah warga Singapore sendiri, dan yg paling tak pernah jumpa kat Malaysia ialah org2 Cina terutama warga emas masih bekerja sebagai cleaner. Makcik2 tua masih sihat bekerja jadi tukang sapu kat pasar tu.

Drp Geylang serai, kami ambil bas ke Orchard. Tujuan utama ialah utk membeli set Corelle. Aku beli kat Takasyimaya. Gigih aku angkut gak Corelle sebab kat Malaysia sgt lah mahalnya, dekat RM 600.

Drp Jalan Orchard, kami ambil teksi ke Masjid Sultan untuk pekena Murtabak Zam Zam kat depan masjid. Dah mcm jadi perkara wajib plak kalau gi Singapore mesti nak cari murtabak ni. Tapi mak kata, dulu2 punya murtabak lg sedap... Kat KL pun dah ada restoran ni, dekat Jalan TAR, opposite Coliseum.

Lepas makan, lihat2 gak deretan kedai kat Arab Street tapi tak beli pun sebab tak menarik dan rasa lg mahal. Dulu2 mak selalu beli kain kat sini dan wan akan jual kat kg...

Lepas tu, balik hotel dan berehat.

Petang keluar lagi, ke tempat wajib pelancong terutama yg kali pertama ke Singapore iaitu Merlion. Ikut malas nak gi, tapi wawa tak pernah lg ambil gambar kat sini. Kali pergi naik MRT, saje nak kasi wawa rasa. Tp disebabkan kena jalan jauh, dia dah jadi bad mood. Masam je masa ambil gambar. Kalau kat Singapore, mana boleh nak naik teksi selalu..., mahal.... Lg pun exercise sikit, kat Malaysia jarang nak exercise jalan2 kaki ni...



Lepas tu, balik hotel dgn penatnya....
Selesai hari kedua, dan esok malam dah nak balik KL.

No comments:

Post a Comment