Sunday 23 October 2011

Hari Pertama di Kota Singa

Kali ini pergi Singapore naik AA, pengangkutan rasmi kami....
Balik kami naik Senandung Malam JB-Kajang, ambil yg tempat tidur.








Bertolak ke LCCT dalam pukul 8 pagi. Flight pukul 10 lebih kot (dah tak berapa ingat la...).

Sekejap je, tak sampai 1 jam dah sampai ke Airport Changi.

Kali ini kami pergi berenam, iaitu aku sekeluarga bertiga, emak, wawa anak saudara aku dan adik aku... Semangat sungguh wawa nak pergi, maklum lah excited buat passport antarabangsa dan pergi naik kapal terbang...


Muka excited wawa dan abang...



Sampai airport, kami ambil teksi terus ke hotel di Geylang, hotel Fragrance Ruby. Hotel dekat Singapore mahal2 belaka, nak yg murah sikit kena lah ambil di kawasan Geylang. Drp hotel ni, lebih kurang 100 m je nak ke tepi jalan besar di mana bas awam byk yg lalu. Kali ni, kami byk naik bas banding dgn MRT tak seperti sebelum ni ke Singapore, byk naik MRT. Anak aku suka benar naik bas, maklum lah tak biasa naik masa kat Malaysia, lg pun basnya adalah 2 tingkat, asyik nak dok belah atas je. Bas kat sini sgt efisien, bersih dan kerap ada.

Pukul 4, kami keluar dan ambil bas ke Vivo City utk ambil monorail ke Sentosa.







Song Of The Sea
Kami berada di Sentosa sampai malam, selepas Song of the sea habis, baru bergerak balik.
Kami balik masih menggunakan bas. Memang sedikit memenatkan, esp utk wawa dan mak...

No comments:

Post a Comment