Sunday 23 October 2011

DAY 3 - TOUR CITY

Hari ke-3....

Pagi-pagi lg dah keluar dan menaiki teksi Vinasun utk ke Muzium Perang. Byk gambar2 yg ditunjukkan masa zaman peperangan berlaku...





Lepas ke Muzium, sesi membeli belah la plak..., kali ni pergi kedai Hong Anh. Kedai ni byk jual baju kurung yg bermanik lebat. Itu pun treadmark baju kurung Vietnam, sarat dgn bead. Tapi masalah, baju mereka ni tak sedap di pakai, cutting baju mcm lain sgt. Rugi beli, tak pakai sgt pun...

Satu lg kedai, dah tak berapa ingat lah..., sederet je drp Ben Thanh Market. Byk jual telekung, jubah dan baju kurung. Mereka ni bukannya Islam pun, tp menjual telekung beria..., maklum la bukan kira apa janji boleh buat bisnes. Org Malaysia ramai dtg sini, beli siap berkotak2 lagi bawak balik... Telekung kat sini, dpat dalam 12 - 15 USD, ikut kualiti kain dan bunga sulam...





Lepas tu, masuk ke BenThanh..., mcm ala - ala Pasar Payang dll, tapi satu tingkat sahaja... Kat dalam tu byk jual kain ela, baju dah siap, beg2 dll. Kain ela yg byk diborong ialah cotton. Sempat la beli beberapa cotton kat sini, kalau tak silap dia bagi USD 9 utk 4 meter kain...

Selepas penat di Ben Thanh, ambik teksi ke kedai makan Islam yg popular gak di HCM, tp dah tak ingat namanya. Terserempak gak dgn org2 Malaysia yg macam kami berjalan ke HCM. Makanan kat sini pun boleh tahan mahal. Kalau kat Malaysia, baru dalam RM 30 je, tapi kat sini lebih drp RM 100...

Lepas makan, balik hotel dan rehat.

Petang tu, kami keluar lagi dan pergi ke Post office dan Notre Dame Cathederal. Pegi ambik2 gambar je, kenangan di Vietnam.

Notre Dame Cathederal



Post Office

Malam tu, turun lagi ke pasar malam. Kali ni, dah tak ada benda yg menarik perhatian banding malam2 sebelum tu.

Malam ni pun dah start rasa bosan sebab dah tak ada apa yg boleh dibuat, nak shopping pun, semua yg nak dibeli dah beli. Kalau ikutkan, malam tu kalau balik Malaysia pun seronok lagi. Tapi nak buat macammana tiket balik adalah esok, nak tukar tarikh, tak berbaloi la....

No comments:

Post a Comment