Sunday 23 October 2011

DAY 2 - HO CHI MINH - CU CHI TUNNEL

Hari kedua ni, rancangan nak ke Cu Chi Tunnel.

Ambil pakej melalui hotel, mereka arrangekan. Book drp semalam lagi, supaya pg esoknya, travel agent boleh ambil pagi2 utk ke Cu Chi.

Dalam pukul 8 kot (dah ingat2 lupa...), TA tu dtg ambil kami di hotel dengan menaiki van. Luas van tu, ingatkan pergi dengan van tu, rupanya dia kumpulkan kami dgn tourist2 lain kebanyakan mat2 saleh dan pergi dgn bas. Perjalanan agak jauh, lebih 1 jam. Bas pun jalan slow je.

Dapatlah tengok kehidupan rakyat Vietnam. Rumah diaorg ni satu fesyen je, macam kotak yg memanjang ke belakang. On the way ke Cu Chi, TA tu bawak kami ke kilang membuat brgn lacquer. Aku kurang berminat dgn brg2 gitu, sebab menghimpun habuk je.... Dan barangan tu byk je dijual di Pasar Malam depan hotel. Mat2 saleh tu pun tak beli apa-apa pun. Kitaorg pun bukannya seronok gi situ, sebab tujuan asal nak ke Cu Chi, tp ke situ pulak di bawaknya. Agenda wajib kot semua TA di HCM utk bawa ke kilang tu, sebab byk bas2 pelancong yg lain dtg singgah juga.

Lama gak kena dok situ, agaknya dekat 20 minit kot. Akhirnya, bas kami pun meneruskan perjalanan ke Cu Chi. Sampai di Cu Chi, kena beli tiket sendiri kat booth entrance di Cu Chi. Lepas beli tiket, TA tu arahkan kami ikut dia dan diberi tag yg dilekat kat baju supaya dia tahu ahli kump yg dia bawa.




So, bermulalah pengembaraan berjalan kaki melihat kehidupan semasa perang di Vietnam. Jauh gak perjalanan tu. Kesian kat mak, penat katanya...

Mendengar penerangan ringkas di dalam kubu masa perang dahulu.





Akhir sekali, kami diberi makan ubi kayu bg merasai kehidupan yg susah masa perang tu.

Katanya, tour ni makan masa setengah hari, tapi kami sampai hotel dah pukul 4. Letih ya amat. Sebelum masuk hotel, kami singgah makan di kedai halal VN Halal yg cuma terletak dihujung je drp hotel kami. Makanan agak sedap gak, tapi...., mahalnya...., makan tengahari tu je kami kena RM 120... Benda yg patut cuba ialah kopi ais Vietnam. Tapi sikitnya, 2 - 3 sedut je dah habis...



Dah makan, jalan kaki je ke hotel... letih...

Berehat sampai malam. Malam, apa lagi..., pasar malam la...

Kat pasar malam ni, ada org Islam yg menjual telekung. Katanya org melayu Champa. Boleh berbahasa melayu. Kesian dan rasa nak bantu, so beli lah telekung drp mereka ni...

Hari kedua, berakhir dgn aktiviti di Pasar Malam....

Sambung hari ke-3 pulak...

No comments:

Post a Comment