Tuesday 1 November 2011

Bercuti di Kuching - 2009

Kuching Waterfront

Dah lama perginya, baru nak tulis ceritanya. Biarlah, boleh jadi kenangan...., ini adalah perjalanan kami yg terakhir bersama dgn ayah tersayang. Kami pergi bulan 3 tahun 2009. Bulan 5, ayah kembali ke rahmatullah. Perjalanan ke Kuching ni pun idea ayah dan mak, ikutkan saya malas nak gi sebab kami dah pergi pada tahun 2002. Rasanya dah cukup lah kot ke Kuching sekali sebab kurang menarik perhatian sgt banding dgn KK. Tapi pergi jugak lah, sebab kesian mak dan ayah nak pergi beramai2 ke sana. So, kami pergi berlapan kecuali adik je yg tak pergi.

Persediaan pun tak begitu rapi, hinggakan kamera pun tertinggal. Jadinya, ambil gambar pakai kamera handphone.
Hotel Tune, Kuching

Kami tidur di hotel Tune. Masa ni, hotel tu baru sahaja beroperasi. Murah je kami dapat utk satu hari, rasanya dalam rm 40-50 je kalau tak silap. Tapi masa tu (tak tahu lah sekarang), tak de TV dalam bilik, aircond boleh dibeli mcm pakai prepaid ikut jam, sabun2 tak de kena bawak sendiri la kalau tak nak beli. So, kalau dapat harga murah utk bilik, kira berbaloi la dok kat Tune. Satu lg lokasi hotel ini sgt strategik, depan waterfront sahaja, dan berdepan dgn Hilton Kuching, so waktu malam kalau bosan2 boleh lepak kat waterfront tu, damai je tengok sampan berkolek menyeberang sungai Sarawak.

Kami sewa 2 kereta masa di airport Kuching, kereta Viva dan Kancil, harga dalam RM 100 sehari.


Dalam sampan utk menyeberang sungai Sarawak.


Kedai kek lapis di seberang sungai tadi. Rupa cantik kek2 tu, tapi.....

Hari kedua, kami ke Serikin. Saje nak tengok pekan Serikin, walaupun tau pasar Serikin tak de utk hari biasa.

Antara barang yg dibeli di sini ialah pasu sarawak, ikan terubuk, udang galah sungai, kek sarawak...

No comments:

Post a Comment