Tuesday 1 November 2011

Visa ke Jepun

Jumaat lepas aku dan kakak pergi ke Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor, KL. Ini kali kedua aku gi ke situ. Sebelum tu, hari isnin sebelumnya, aku dah pergi dgn en suami nak buat visa, tapi ada benda yg tak lengkap kena dtg balik. Sesiapa yg nak ke sini, dinasihatkan dtg berdua sebab parking amatlah terhad. Kalau dtg pagi2 mungkin ada kosong, kalau dah lepas pukul 2, gerenti dah takde. Kalau dtg berdua, bolehlah letak dan tunggu kereta di tepi jalan sementara sorang lagi masuk ke kedutaan buat urusan.

Nak masuk ke kedutaan ni, leceh sikit, mula2 kena isi borang tujuan kedatangan kita, ic kena tinggal, pastu kena scan body, handphone tak boleh bawa, kalau bawa, kena tinggal di security guard.

Segala dokumen perlulah disusun mengikut yg diminta. Antara dokumen yg perlu ialah
1) passport
2) borang yg lengkap diisi, boleh download siap2 dan isi sebelum dtg. Boleh down load di sini http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html#B
3) 1 gambar ukuran 4.5 x 4.5 cm berlatar putih, dilekat pada borang.
4) Iltinerari perjalanan semasa di Jepun.
5) Surat pengesahan drp majikan. Surat ni perlu ditulis dalam BI. Kalau dalam BM, kena reject.
6) Statement drp bank jumlah RM yg ada dalam bank, seperti ASB, tabung haji, dan akaun simpanan yg lain. Ramai org kata kena ada 6k utk seorg, tapi kedutaan Jepun tak menyatakan jumlah yg diminta.
7) Surat beranak anak atau sijil perkahwinan utk buktikan anak yg dibawa adalah sememangnya anak kita.

Setiap passport perlu disusun dokumen seperti di atas berasingan dan diselit dalam passport utk setiap org.
Tiada bayaran dikenakan utk visa yg dikeluarkan.
Selepas semua dokumen lengkap, kita akan diberi slip penerimaan, dan selepas 3 hari boleh datang utk ambil visa dan passport yg dah siap.
Hari ni, kami pergi lagi utk ambil passport dan visa, alhamdulilah...., semua dah siap...., lega satu bab....

Utk Contoh borang Itenerari dan Surat Pengesahan Pekerjaan, boleh rujuk sini : VISA JEPUN 

3 comments:

  1. very informative..tqsm kak..

    ReplyDelete
  2. salam, masa submit untuk buat visa tu, ada interview apa-apa tak? ke just submit form and tunggu visa siap je? thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...

      Tak ada interview, submit kat kaunter je..., pastu dia bagi slip utk ambil balik passport lepas 3 hari...

      Delete