Wednesday, 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari ke- 3 - Akihabara, Ameyoko, Harajuku

Hari ketiga, kami plan utk round Tokyo sahaja.

Kat sini, 6.30 pg (5.30 pg waktu Malaysia) mcm tu dah habis subuh. Perkara pertama adalah masak nasi utk hari tu.

Selesai breakfast sikit, dalam pukul 9.00 pagi kami sekeluarga dan adik akan ke Disneyland utk beli tiket Disney, sambil tu boleh lihat2 samada perjalanan kami nanti jauh atau tidak semasa pertukaran tren, sebab kami plan nak ke Disney adalah pada hari terakhir kami di Jepun, so nanti byk beg yg nak dibawa bersama... Kakak aku sekeluarga tak ikut sebab kami hanya nak beli tiket sahaja dan mereka ke Akihabara sendiri.

Di stesen Metro Ueno, tunggu metro ke Inaricho.


Kali ni aku plan nak naik JREast. So drp hotel, gi stesen metro Inaricho utk ke stesen Ueno. Dekat je, beza 1 stesen je. Drp Ueno, touch keluar drp stesen Metro, cari signboard ke stesen JR. Stesen Ueno pun kira besar jugak, byk gak line tren lalu sini. Dekat sini juga ada Hard Rock Cafe, siapa yg mengumpul koleksi HRC boleh la dtg sini. Cafe nya senang je nak cari berdekatan dgn stesen JR.


Beli lah jugak, saje buat kenangan HRC Ueno Japan...

Kad Pasmo

Kami kat sini guna kad Passmo. Kat Jepun ni ada 2 kad yg terluas digunakan, iaitu Pasmo dan Suica. Sebab aku beli mula2 dulu kat Metro, maka kad Passmo yg dijual. Kalau beli kat JR, mereka jual kad Suica. Fungsi dua2 kad tu sama je iaitu mcm Touch N Go, isi duit, pastu senang nak naik tren atau bas kat sana. Satu lg perbezaannya, masa nak pulangkan kad, kalau beli Passmo, mesti pulang di Metro jugak, kalau Suica mesti pulangkan di mana2 JR. So, kena plan sikit lah masa nak balik nanti. Kami hari tu, pulangkan Passmo kat Haneda Airport, iaitu dekat office Keikyu Line. Tak pastilah, samada mereka memang menerima semua kad atau Passmo sahaja. Tapi yg hairan tu, semua deposit pun dipulangkan semula. Masa beli kad tu, harga 2000Yen, 500 Yen adalah deposit dan 1500 Yen boleh digunakan. Sebelum tu, pernah baca tentang kad ni, katanya 210yen tidak dikembalikan. Entahlah....

Ok sambung balik.... tentang nak gi Disney....
Lepas jumpa JR, kami touch dan masuk stesen JR, dan cari Yamanote Line, berwarna hijau. Satu lagi yg aku perasan, kalau line tu warnanya hijau kat dlm map, keretapinya pun berline warna hijau, sama juga mcm Metro, kalau line tu warna merah, keretapinya pun warna merah kat line body nya... tak pastilah kebetulan atau memang dirancang begitu. JR Yamanote ni line keretapi yg buat satu pusingan dan akan balik ke tempat asal semula. Antara stesen yg dilalui ialah Ueno, Akihabara, Tokyo, Shinjuku, Ikebukuro, Nippori, Harajuku, Shibuya dll. Arah pun ada dua, ikut pusingan atau lawan jam, ikut kita nak naik yg mana yg paling dekat. So, kami nak ke stesen Tokyo, so ambik ikut arah jam, cuma beza 4 stesen je.

Sampai stesen Tokyo, ramai org kat sini ttp tak lah seramai kat stesen Shinjuku. Lepas tu, kami cari Keiyo Line. Kena jalan jauh utk ke Keiyo Line. Sepanjang perjalanan tu, kat stesen Tokyo byk kedai2, antaranya kedai UNIQLO. Singgah sini kejap utk cari thermal inner dan muffler....

Sampai Keiyo Line, kami ambil tren ke Maihama stesen. Tokyo adalah stesen terakhir Keiyo Line, so byk tempat duduk yg kosong lagi. Sampai Maihama, fuh ramainya umat nak ke Disney. Maklumlah, hari itu adalah hari Sabtu dan ramai antara mereka adalah org Jepun sendiri dan gaya mereka mcm nak tidur di Disney sebab masing2 bawak 1 beg tarik....





Lepas beli tiket utk 20 Dis, kami balik ke Maihama stesen dan berhenti di stesen Hatchobori dan tukar ke line Metro Hibiya untuk ke Akihabara.

Mula-mula nak ke Akihabara, semangat sungguh. Bila dah sampai...., semuanya mahal2 belaka...., baik lah beli di Malaysia, lagi murah dan kalau ada masalah senang utk dihantar semula. Harga Laptop yg International warranty kebanyakannya lepas tukar ke RM adalah 3000 dan ke atas. Kamera pun sama, lg mahal drp sini. Sudahnya, aku saje je beli kamera biasa yg harganya RM 400. Rasanya kat Malaysia, dapat lg murah, tapi saje je lah, dah sampai Jepun, nak beli gak sesuatu utk kenangan. Dan juga jam tangan utk setiap org sebagai tanda mata di Jepun. So, Akihabara tidak menarik lagi utk dilawati, dalam pukul 1.00 tgh kami bergerak drp situ dan balik ke stesen Ueno.
Jam Aman..., jadilah..., sebagai kenangan, beli kat Akhihabara. Harga 3000 yen...

Ameyokocho

Sampai di stesen Ueno, keluar drp stesen Ueno dan cross jalan raya di depan stesen, untuk ke Ameyoko. Landmark yg mudah utk cari ialah, Ameyoko ni terletak sebelah laluan tren JR drp Ueno ke Okachimachi. Kat sini mcm ala-ala Petaling Street, byk barang2 dijual spt baju, kasut, buah2, kacang2, kerepek2 Jepun...
Buah strawberi kat sini besar2, manis2 plak tu. Harga memang lah mahal kalau banding kat sini. Teringin punya pasal, aku beli 1 pek strawberi, harga 500 Yen = RM 20, dlm pek ada 8 biji strawberi. Itu pun sebab pek terakhir, ikutkan harga asal dekat 1000 - 1500 Yen satu pek.

Buah strawberi di Ameyoko..., sebiji harganya RM 2 lebih...


Suasana di Ameyoko...

Ada juga barang2 yg mampu dibeli kat Ameyoko ni, cthnya ada satu kedai nama MOMO, dia jual byk baju2 sejuk dgn harga 1000 Yen. Kasut Boot pun byk kedai yg kita boleh dapat 1000Yen.

Makan kebab kat Ameyoko dalam kedinginan....


Dekat sini ada satu kedai Kebab, penjualnya org Arab tapi boleh ckp jepun. Pejam mata, dan kami pun try...., sedap...., makan terus dekat situ. Harganya 500 Yen = RM 20 satu, utk kebab daging atau ayam. Kalau nak Mix, harganya 600 Yen. Kebabnya besar dan isi dagingnya pun byk, kenyang la jugak makan sorang satu...

Lepas beli beberapa barang dan makan kebab, kami beredar ke stesen Ueno dan ambil Metro ke Inaricho.

Berehat sampai petang, dan malam plan nak cari kedai 100 Yen.

Kami keluar petang tu dlm pukul 5, tapi dah siap sembahyang Maghrib dan Isyak sekali, sebab Maghrib masuk pukul 4.30 ptg. Maknanya, kami keluar tu, waktu dah gelap pun. Kali ni kami nak pergi Harajuku, katanya ada kedai Daiso yg terbesar di Tokyo.

Drp Inaricho, ambil Metro ke Ueno, pastu tukar ke JR untuk ke Harajuku, guna Yamanote Line. Kedai Daiso tu berdekatan sahaja dgn stesen Harajuku. Lepas keluar drp stesen, pergi ke arah kiri dan cari jalan Takeshita Dori, dalam 100 m je. Kedai Daiso ni, kedai ke 4 atau 5 drp permulaan simpang.

Cross jalan ke depan tu lah Takeshita Dori...

Sepanjang jalan Takeshita Dori ni pun byk kedai2 jual baju dan kasut, mcm Ameyoko tadi jugak. Tapi kami tak merayau sgt kat situ sebab tak ada plan nak beli apa pun lagi. Lepas drp Daiso, kami bergerak balik ke stesen Harajuku dan balik ke Ueno dan Inaricho.
Suka tengok daun2 pokok yg dah tukar warna kuning..., ini gambar otw ke stesen Harajuku drp Takeshita Dori...


Satu lagi yg aku dok perasan, org Jepun ni sgt lah patuh, sampaikan nak merokok pun mereka ikut peraturan iaitu hanya merokok di kawasan yg dikhaskan. Mula2 aku tak perasan juga, hairan sebab ada 5 - 6 org dok berkumpul menghisap rokok, pastu baru nampak signboard utk tempat merokok.... Lepas tu, baru perasan, bila gi kat tempat2 lain pun, mereka akan merokok kat tempat yg dibenarkan shj. Perempuan pun ramai gak yg merokok kat Jepun ni.

Hari ke-3 berakhir....

Sambung hari ke-4 : Hari ke-4

1 comment: