Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Visa Jepun II


Hari ini aku pergi buat visa untuk travel ke Osaka hujung November ni. Kali kedua dah buat visa di Kedutaan Jepun, Persiaran Stonor, KL.


Belakang boarding pass tu ialah Visa Jepun, yg ditampal pada passport...

Seperti biasalah suasana di situ..., memang tak ada tempat nak letak kereta. Tahun lepas, kami sekeluarga pergi bersama dgn keluarga kakak dan adik. Aku dan kakak pergi buat visa. Sorang tunggu dalam kereta, sorang pergi masuk ke kedutaan.

Kali ni, terpaksa lah pergi sendiri. Kena parking jauh sikit ke arah kanan di tepi jalan yg ada banglo tinggal. Ramai juga org yg datang. Ikutkan no giliran, lebih 30 org menunggu. Tapi rupanya dalam masa 30 minit dah sampai giliran aku. Banyak nombor yang tak ada orang. Ini mungkin sebab org yg datang buat collection visa pun gi tekan nombor.

PERINGATAN : KALAU MASA NAK BUAT COLLECTION, TAK PERLU AMBIL NOMBOR. BERATUR SAHAJA DI KAUNTER NOMBOR 5.....

Wah..., siap bagi peringat lagi....., lagipun kesian ada sesetengah org yang tak tahu, tunggu nombornya muncul pada hal dia cuma nak ambil visa je...

Laman web utk visa Jepun : http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html#B

Antara keperluan yg perlu ada dan perlu disusun mengikut aturan :

1) Passport : pastikan masih ada tempoh laku ( sekurang-kurangnya 6 bulan drp tarikh kita pergi...)

2) Borang permohonan yg di download drp laman web tersebut. Isi sebelum pergi dan tampal gambar siap2.

3) Gambar ukuran 2 x 2 in atau 4.5 x 4.5 cm. Sekeping sahaja dan ditampal pada borang. Gambar mesti berlatarkan warna putih.

4) Itinerary di Jepun. Cth borang juga boleh di download. Cth juga ada seperti di bawah.


2012/NOVEMBER/2            
Schedule of Stay

The schedules of stay in Japan of the visa applicant  MINAH BT ABU  and  others are as follows:

Date
Activity Plan
Contact
Accommodation

23 Nov ember 2012
Visit Kyoto - Gion
-

Guest House Bola-bola
24 November 2012
Continue visit Kyoto- Arashiyama
-
Guest House Riverside Takase
25 November 2012
Osaka - visit a few places like temple and castle

-
Weekly Apartment at Otemae
26 November 2012
Universal Studio Japan
-
Weekly Apartment at Otemae
27 November 2012
Continue visit place of interest around Osaka

-
Weekly Apartment at Otemae
28 November 2012
Going back to Kuala Lumpur

-
-


5)  Surat pengesahan pekerjaan, cth seperti dibawah dan mesti ditulis dalam bahasa Inggeris.



LETTERHEAD COMPANY
                                                                           DATE

TO WHOM IT MAY BE CONCERN

Dear Sir/Madam
It is hereby certified that the above mentioned name servers as a ……………………… at ………………………….
Following her particularly of services :

1.       Name :
2.       IC Number  :
3.       Service Since  :
4.       Current Post  :                         
5.       Basic Salary + Allowance   :

The Government of Malaysia and ……………………… will not responsible for any loss due to using the above information.

Thank you.

…………………………………………
(sign dan cop la sikit dgn cop company)


6) Status kewangan drp bank. Yg biasa saya buat ialah mendapatkannya drp ASNB. Kita buat permohonan untuk mendapatkan statement, bayar RM 10, tunggu sebentar dalam 10 minit, mereka akan buatkan satu surat berletterheadkan ASNB, yang menyatakan jumlah wang kita yg terkini sahaja dan kepada siapa surat tersebut dialamatkan, cthnya Embassy of Japan... Berapa amount yg sebenarnya diperlukan, tidaklah pasti. Sediakan lah sahaja amount RM 6k utk setiap org yg kita bawa. Cth kalau ada 4 org yg akan pergi, so total duit lebih kurang RM 24k.

7) Surat beranak anak, jika kita bawa anak. Yg ini selitkan dalam passport anak. Kalau saya siap dgn sijil nikah lagi....


Semua perkara tersebut perlu disusun mengikut aturan yg diberi di atas.
Kalau kita bawa anak, perkara yg perlu ada ialah 1, 2, 3 dan 7 sahaja.
Perkara no 4 dan 6 perlu disediakan oleh ketua kumpulan sahaja. Yg lain2 tak perlu.



Dah siap semua dokumen, pergilah ke Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor. Waktu penghantaran boleh pagi atau ptg. Tapi utk collection, hanya pada waktu ptg iaitu selepas pukul 2.





Wednesday, 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari Pertama - Airport - Oak Hotel, Ueno.

Melancong ke Tokyo, Jepun

Setelah menunggu berbulan-bulan lamanya, akhirnya sampai jua hari yg dinantikan. Kami akan bertolak ke Tokyo pada hari ini iaitu 15 Disember 2011. Flight kami pukul 2.45 petang.

Pukul 12 lagi kami dah bertolak drp rumah ke LCCT, park kereta di tempat parking percuma. Penuh nasib ada satu yg kosong, alhamdulillah....

Lepas je sampai terus buat bag drop kat kaunter, dah siap check-in drp rumah. Tapi yg hairannya apa yg bezanya konsep check-in kat rumah ke kat airport ? Ambil masa juga, baru sudah semua proses siap dan semua passport pun kena tunjuk....

Lepas dah siap hantar beg, pergi sembahyang..., lepas je sembahyang terus dah kena beratur utk naik kapal terbang. Fuh, mcm cukup2 je masa, nasib baik keluar rumah pukul 12, kalau lambat sikit mahu tak terbang kami nanti. Ini kali pertama guna Air Asia X, mungkin sebab penumpang ramai, maka penumpang kena masuk awal.

Kami dah order makanan drp internet lagi, tapi utk sekali sahaja. Selepas 1 jam penerbangan, makanan dihidangkan.  Lepas tu, siapa yg order utk makanan kedua, lebih kurang selepas 4 jam akan dihidangkan lagi...
First time terbang dgn Air Asia X...

Kami sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Haneda lebih kurang pukul 10.20 malam waktu Tokyo ( pukul 9.20 waktu Malaysia). Keluar je drp kapalterbang, sejuknya....


Van kami sewa...., bawa kami drp airport terus ke hotel...

Beg2 kami dlm van yg kami sewa..., kali ni ke Tokyo, beg tak beranak malah berkurangan lagi, sebab bekalan mknn yg dah habis dan tak boleh shopping mcm pergi ke tempat2 lain...


Lepas je keluar, kami naik bas utk dihantar ke terminal. Kalau kat LCCT, penumpang kena berjalan, tapi kat sini kita dihantar dgn bas sampai pintu kapal terbang dan pintu terminal.

Masuk bangunan terminal, buat urusan imigresen dan kastam. Alhamdulillah.., semua nya ok dan berjalan lancar. Ada gak yg kena bukak beg dan keluarkan barang2.

Keluar je drp arrival hall, tak sempat nak tengok sekeliling, dah terpandang nama aku kat kad di tangan seseorg yg menunggu..., terus dia bawa kami ke van..., dgn lajunya dia berjalan dan juga pandu kereta. Aku ambil airport transfer drp syrkt airporter tokyo. Dalam 25 minit dah sampai ke hotel. Bayarannya adalah 10k yen. Memang mahal, tapi nak buat mcmmana sebab selepas pukul 12 perkhidmatan keretapi dan metro dah stop. Lagipun, kami baru sampai, mesti mengambil byk masa nak cari arah station dan nak beli tiket. Untuk ke hotel pulak, kami kena tukar 3 kali tren baru sampai, so rasanya mcm tak sesuai utk naik tren lg malam ni.
Kalau nak bertanya pun bermasalah juga sebab org jepun tak ramai yg boleh bahasa inggeris walaupun dia kerja bhgn perkhidmatan pelanggan.

Hotel kami tinggal...., walaupun ada menyampah dgn peraturan yg tak logik tu..., tapi hotel ni dekat dgn stesen metro, pastu, bilik air dalam bilik..., harga kira antara yg termurah....

Sampai hotel, bilik memang dah ada, tapi yg tak sukanya terlalu ikut peraturan sampai mcm tak logik. Aku ada sorang je anak dan anak aku baru 11 tahun, kakak aku ada 2 org anak umur 8 dan 1 tahun, yg tak logiknya anak2 tak boleh dikira sekali dgn bilik parent, so aku dan kakak kena ambil bilik ekstra. Nak tak nak kena gak bayar satu bilik lg ttp tak guna pun bilik tu, sebab takkan lah anak aku nak dok bilik tu sorang2, dah la bilik yg diberi tu jauh2. Aku mintak mereka tambah kan je lebih sikit drp harga bilik asal pun mereka tak nak.. Hampeh betul, bayar saje je bilik yg satu lg tu, padahal tak guna pun.

Kat hotel ini ada dapur dan peralatan masak, so kalau setakat nak masak nasi atau nak masak sikit2 kira senang la. Satu lagi, hotel ni kira dekat dgn station metro iaitu station Inaricho. Tapi bilik kecik yg amat. Bilik air pun sama, dah la kecik siap nak berbath tub jugak..., lg lah bertambah sempit. Kalau nak banding dgn harga2 hotel kat Jepun ni, hotel ni kira agak murah..., so redha je la...

Hari ke-2

Cuti-cuti Jepun - Hari ke- 2 - Hakone

Hari kedua yg sungguh bersemangat....

Suhu sgt lah sejuk terutama utk org Malaysia mcm aku yg tak pernah merasa winter. Suhu diwaktu malam dan pagi adalah 5-6 Celcius, kalau tengahari 10 - 12 Celcius.

Keluar je drp hotel, terasa sungguh sejuknya, mencengkam sampai ke tulang, padahal dah berbalut berlapis2 pakaian, siap berstokin dan sarung tangan pun masih sejuk teramat.

Mesin tiket kat stesen Metro..., ada menu dlm BI. Kad Passmo dan top-up duit kad pun dibuat di mesin shj...


Di stesen metro Inaricho, Ginza line...






Ketua rombongan iaitu aku lah (heheh...) tgh dok study laluan nak gi..., maklumlah kali pertama naik metro kat Tokyo...


 Dalam metro....

Suasana dalam metro..., kebykkan yg org2 tua suka baca buku.., yg muda2 suka main handphone...., semua muka serius je...

Tujuan hari kedua ialah ke Hakone. Drp hotel kami ambik metro di Stesen Inaricho sampai ke stesen Akasaka-mitsuke, tukar tren ke Shinjuku. Tapi aku dah tersalah, terturun awal satu stesen iaitu Shinjuku-sanchome.

Nak menyampaikan ke stesen utk ke Hakone iaitu Odakyu, punyalah susah.... Masa dok tercangak2 melihat peta kat stesen tu, kami disapa seseorg tanya kami nak gi mana. Rupa dia mcm muka arab tp boleh cakap jepun. Dia tolong tanyakan arah utk ke station Odakyu drp situ. Dah jauh jalan ke depan, baru nampak signboard utk ke Odakyu station.



 Romance car drp Stesen Shinjuku ke Odawara...., kami naik semi express masa pergi, masa balik baru naik romance car...





Stesen Shinjuku ni besar, ada byk line tren yg lalu sini dan org punya lah ramai..., pening kepala tengok. Odakyu Line ni kat tingkat satu, so kena naik tangga. Nak terang lebih lanjut pun aku tak berapa pasti, peta yg aku dok print sebelum dtg pun mcm tak nampak hala ke mana sebab org punya lah ramai, sampaikan nak jalan pun susah. Mungkin sebab waktu kami pergi tu waktu org nak pergi kerja. Kami pun kena keluar awal juga sebab nak kejar masa takut tak dapat round byk tempat....

Kami ambil  Hakone Free Pass, harga 5000 Yen utk dewasa dan 1500Yen utk kanak2. Kalau nak naik romance car (shinkansen) pun boleh tapi kena tambah 870 yen sehala. Waktu balik, kami naik romance car.

Drp stesen Shinjuku, kami naik train semi-express ke Odawara. Lepas tu, tukar tren ke Hakone Yumoto. Tren nya berhadapan sahaja, keluar je drp tren yg pertama terus masuk ke tren kedua. Kalau ambil Romance car, tak perlu tukar tren, terus shj ke Hakone Yumoto.

Perjalanan ke Hakone Yumoto drp Shinjuku dekat 2 jam juga. Kalau naik romance car dalam 1 jam 30 minit. Lepas sampai ke Hakone Yumoto, keluar je drp stesen, terus ambil ke kiri dan kat situ ada bus stop utk bas2 yg akan ke Hakone. Masa kita beli pass Hakone tu, kita akan diberikan booklet yg ada jadual perjalanan bas2 kat Hakone yg kita boleh naik. Bas2 nya diberkan label ikut huruf, so kita tengoklah huruf kat depan bas sebelum naik dan bus stop yg betul utk tempat bas berhenti.

Ini summary perjalanan kami di Hakone


1) Stesen Shinjuku ke Odawara ke Hakone Yumoto

Drp Shinjuku kami ambil tren semi-ekspres pukul 10.10 pg dan sampai ke Hakone Yumoto dalam pukul 12.00 tgh, selepas tukar tren di Odawara.




2) Hakone Yumoto ke Moto-Hakone


Lepas sampai kat Hakone Yumoto, selepas tukan tren kat Odawara...


Naik tangga kat depan tu dan ke arah kanan utk ke tepi jalan..., tunggu bas ke Moto-Hakone...

Kat tepi sungai ni, kita tunggu bas...., nampak mcm ada matahari, tp suhu masih sejukkkk...

Kami ambil bas huruf K ke Moto-Hakone, terus ke Lake Ashi. Drp stesen tren Hakone Yumoto, ambil arah kiri dan ada bus stop tepi sungai, tunggu dan mesti beratur (budaya diorang bagus...) di bus stop bas yg handak kita naik. Kami ambil bas "K", so bus stop yg ketiga.

Perjalanan dalam 30 - 40 minit sampai ke Moto-Hakone, melalui tepi2 bukit dan jalan raya yg sempit kat celah2 rumah org jepun.


3) Moto-Hakone ke Togendai

Sampai kat Moto-Hakone, kami tunggu kapal utk ke Togendai. Sementara tu, kat tepi tasik Ashi view sgt lah best ttp sejuknya tambahan pulak angin sgt kuat bertiup. Kami putuskan utk sembahyang di tepi tasik tu. Toilet ada di dlm bangunan terminal kapal. Kebanyakan toilet kat Jepun ni moden dan ada air utk mencuci, picit je button, utk muzik pun boleh. So, tak perlu risau utk bawa botol air.




Moto Hakone - Gambar view di tasik Ashi....

Kapal sampai dalam pukul 1.00 tengahari, dan kami bergerak ke kapal pula. Semua kos adalah termasuk dalam pass yg kita dah beli drp Shinjuku tadi. Hanya perlu tunjukkan pass tu shj dan mereka akan cop atau tengok shj.


angin sgt kuat bertiup... sejukkk...




Pelayaran dgn kapal bertambah sejuk dan berangin kuat kalau kita duduk di bahagian dek paling atas. Posing2 sikit kat situ dan masuk ke dalam kapal sebab tak tahan sejukkk.... Perjalanan mengambil masa 40 minit.

4) Togendai ke Sounzan

Selepas keluar drp kapal, kita akan gunakan Hakone Ropeway (yg mcm cable car kat sini, tak tahu kenapa namanya bertukar...). Drp Togendai kita akan naik sampai Sounzan. Sepanjang tu, kita akan berhenti dan tukar ropeway yg lain. Satu kereta ropeway ni boleh mengisi seramai 10 org.


Lepas keluar drp kapal, kita masuk ke bangunan ni di Togendai..., untuk menyambung perjalanan menggunakan Ropeway...

Pokok yg dah gugur daun....


Selepas sampai ke Togendai drp kapal tadi. Lepas ni sambung perjalanan dgn Ropeway...

Q sebelum naik Ropeway...


Ropeway ni tak berapa tinggi, mcm kat Genting Highland je...



Mount Fuji drp Ropeway....

Sepanjang perjalanan ini juga, kita boleh nampak mount Fuji drp jauh, kalau nasib baik tidak dilindungi kabus.  Kita juga akan melalui kawasan perlombongan sulfur (warna kuning2..) dan baunya busuk sikit.

5) Souzan ke Gora


Perjalanan di teruskan dgn menaiki Hakone Tozan Cablecar. Yg ni rupanya mcm keretapi Bukit Bendera atau mcm Tram naik ke Peak, HK. Tak tahu kenapa dipanggil cable car.







Lepas Rope way, sambung cable car yg mcm keretapi bukit bendera...

Masa kami pergi, tak ramai jumpa pelancong2 lain. Kalau ramai mesti tak berapa best sebab cable car ni pun kecik je dan kalau ramai nanti kena berdiri, tak dapat menikmati perjalanan dgn selesa. Masa naik Ropeway pun tak perlu berkongsi dgn org lain.

Sekejap sahaja perjalanan, lebih kurang 20 minit sahaja dah sampai ke Gora.

6) Gora ke Gotemba Factory Outlet


Sampai di Gora, keluar drp stesen, terus berjalan ke hadapan dan di tepi jalan belah kiri, ada bus stop. Bus stop tu tak mcm bus stop sangat pun cuma ada dipacak sign board tentang bas yg akan lalu dan destinasi serta masa. Bas yg kami nanti utk ke Factory Outlet ada 2 iaitu bas M atau S. Yg S tu nak kena tanya dulu dgn driver atau tengok sign board kat depan bas, sebab ada setengah tu tak pergi, ada setengah tu pergi. Kalau naik yg M, perjalanan lebih singkat, lebih kurang 35 minit dah sampai. Kalau bas S, 1 jam perjalanannya.

Semua adalah free, just tunjukkan aje Hakone pass. Masa nak pergi, kami naik bas S, itu pun dah jenuh tunggu dalam kesejukan. Kat Gora, suhunya sgtlah sejuk, sampai menggigil terketar2. Suhu dilaporkan 1 C...
Kami ambil bas pukul 2.25 dan sampai ke Gotemba, sejam kemudian. Sempatlah melelapkan mata kat dalam bas. Kat dalam bas, suhu lebih tinggi sebab ada heater, sedap je rasanya.

Dalam perjalanan ke Gotemba, ada satu tempat kita boleh tengok Mount Fuji dgn lebih jelas. Pemandu bas akan berhenti dan beritahu kita. Siap tunggu lg kami sudah ambil gambar.

Mount Fuji semasa dlm perjalanan ke Gotemba...

Sampai di Gotemba Factory, ramai org2 Jepun bershopping. Kami tak shopping apa pun, mahallll.... Suhu bertambah2 sejuk. Malas nak melihat2 pun, akhirnya, sementara nak tunggu yg lain2 dan bas pun sampai pukul 6, kami masuk beli kopi dan menumpang kepanasan sekejap. Order minuman coklat 420Yen dan Coffe 400 Yen satu.

7) Gotemba ke Gora

Kali ni, kami naik bas M dan perjalanan lebih singkat dan sampai semula ke Gora.

8) Gora ke Hakone Yumoto


Sampai semula ke Gora dah dekat pukul 7 malam. Dengan cuaca yg sejuk dan dah gelap ( maghrib di Jepun ialah pukul 4.30 ptg...), terketar2 tunggu keretapi sampai. Nasib baik lepas 15 minit keretapi sampai. Kali ni, kami naik Hakone Tozan Train hingga ke Hakone Yumoto. Perjalanan pun lama, dekat 1 jam baru sampai.
Badan pun dah letih, pemandangan luar pun dah gelap, so tertidur je kat dalam train ni.

9) Hakone Yumoto ke Shinjuku
Dalam Romance car utk ke stesen Shinjuku...


Sampai di stesen, kami putuskan utk merasa naik Romance car. Keluar je drp keretapi Hakone tadi, ada mesin beli tiket kat situ juga, beli tiket, 870 yen untuk sehala. Tunggu keretapi pun kat situ juga, tak perlu keluar dan tunggu kat tempat lain. Keretapi sampai dan kami bergerak ke Shinjuku semula. Tak lah laju sgt naik keretapi ni, terutama kalau berdekatan dgn kawasan perumahan.

10 ) Shinjuku ke hotel


Sampai Shinjuku, pening kepala lagi. Kami nak cari balik line metro, punyalah jauh jalan dan pening2 mencari signboard. Satu pengajaran utk sistem pengangkutan kat Jepun ni, kalau kita kena tukar jenis tren, stesen antara satu tu adalah jauh dan kena jalan kaki sikit serta mencari signboard utk tukar line, cth antara JREast dan Metro subway. Letih..., terutama utk budak2.....

Lepas dah nampak, metro subway, kami ambil ke Akasaka Mitsuke dan tukar ke Inaricho.

Selesai lah perjalanan kami pada hari kedua....

Tentang makanan, periuk Musafir yg aku bawak drp Malaysia, punyalah lama nak masak nasi. So, sepanjang hari ni, kami hanya sempat makan sedikit nasi shj dan bawa sedikit biskut dan roti. Sampai ke hotel, dgn lapar dan letih tak terkata.... Kami try mencari nasi di 7E, ada jumpa tapi aku tak lalu nak makan. Nasi kosong, tak jumpa plak, bila kita bukak nasi tu, kat bahagian tghnya ada inti..., itu yg buat aku tak lalu nak telan. Nak tak nak, masak jugak nasi guna periuk Musafir dan kena tunggu lama.

Lepas tu, kami pergi try2 dapur dan alhamdulillah boleh guna..., so selesailah masalah masak nasi....

Sambung hari ke-3 di sini Hari ke-3