Selamat Tahun Baru 2012. Kejap je dah habis 2011.
Semalam, 31 Disember 2011, kami sekeluarga ke Rasa, KKB, menghadiri kenduri kahwin, adik Laila. Perjalanan pergi lalu Tol Bukit Beruntung dan terus ke Rasa. Perjalanan balik saja ikut jalan lain. Lagi pun, kami tak pernah lalu lg jalan ni, Jalan Batang Kali ke Genting.
Drp Rasa ke Batang Kali tak jauh, agaknya, dlm 5 km je.... Drp Batang Kali ke Genting dalam 30 km. Sepanjang jalan drp Rasa ke Genting, ramai pulak org jual durian, rambutan, petai dan manggis. Tengah musim skrg ni....
Sampai kat Gohtong Jaya dalam pukul 3 lebih. Parking kereta kat Genting Skypark dan ambil gondola ke atas. Tambang gondola ialah RM 10 round trip, sehala RM 5 dan kalau nak ekspress, RM 15. Ramai juga org, berbelit2 gak beratur...
Sampai kat stesen atas, tak masuk mana2 theme park pun, indoor maupun outdoor..., tujuan sebenarnya, saje nak lihat2 sebab last kami ke sini dlm 6 tahun lepas. Perbezaan yg ketara, dah ada byk surau kat dlm bangunan, yg perasannya ada dua surau. Kedai pun dah byk banding dgn dulu. Tapi yg tak bestnya, rasa sempit sgt dah lah org punyalah ramai. Bangunan sekitar nampak kusam je, termasuk outdoor game, nampak tak menarik... Tak tahu lah, dulu2 mcm best je gi Genting, skrg rasa kurang selera nak main...
Satu lg tujuan ke sini, nak merasai kedinginan Genting..., tp malangnya, tak dingin pun..., dulu2 rasa mcm sejuk je Genting ni. Nampak suhu yg dipamerkan, ialah 21 C, masa tu dah petang pun...
Dalam pukul 5 lebih, kami bersantap McD. Harga sudah semestinya lebih mahal banding dgn tpt lain. Set Prosperity ialah RM 17..., set Family in a box pun tak de...
Lepas makan, kami pun bergerak turun menggunakan gondola...
No comments:
Post a Comment