Wednesday, 21 December 2011

Cuti-cuti Jepun - Hari Pertama - Airport - Oak Hotel, Ueno.

Melancong ke Tokyo, Jepun

Setelah menunggu berbulan-bulan lamanya, akhirnya sampai jua hari yg dinantikan. Kami akan bertolak ke Tokyo pada hari ini iaitu 15 Disember 2011. Flight kami pukul 2.45 petang.

Pukul 12 lagi kami dah bertolak drp rumah ke LCCT, park kereta di tempat parking percuma. Penuh nasib ada satu yg kosong, alhamdulillah....

Lepas je sampai terus buat bag drop kat kaunter, dah siap check-in drp rumah. Tapi yg hairannya apa yg bezanya konsep check-in kat rumah ke kat airport ? Ambil masa juga, baru sudah semua proses siap dan semua passport pun kena tunjuk....

Lepas dah siap hantar beg, pergi sembahyang..., lepas je sembahyang terus dah kena beratur utk naik kapal terbang. Fuh, mcm cukup2 je masa, nasib baik keluar rumah pukul 12, kalau lambat sikit mahu tak terbang kami nanti. Ini kali pertama guna Air Asia X, mungkin sebab penumpang ramai, maka penumpang kena masuk awal.

Kami dah order makanan drp internet lagi, tapi utk sekali sahaja. Selepas 1 jam penerbangan, makanan dihidangkan.  Lepas tu, siapa yg order utk makanan kedua, lebih kurang selepas 4 jam akan dihidangkan lagi...
First time terbang dgn Air Asia X...

Kami sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Haneda lebih kurang pukul 10.20 malam waktu Tokyo ( pukul 9.20 waktu Malaysia). Keluar je drp kapalterbang, sejuknya....


Van kami sewa...., bawa kami drp airport terus ke hotel...

Beg2 kami dlm van yg kami sewa..., kali ni ke Tokyo, beg tak beranak malah berkurangan lagi, sebab bekalan mknn yg dah habis dan tak boleh shopping mcm pergi ke tempat2 lain...


Lepas je keluar, kami naik bas utk dihantar ke terminal. Kalau kat LCCT, penumpang kena berjalan, tapi kat sini kita dihantar dgn bas sampai pintu kapal terbang dan pintu terminal.

Masuk bangunan terminal, buat urusan imigresen dan kastam. Alhamdulillah.., semua nya ok dan berjalan lancar. Ada gak yg kena bukak beg dan keluarkan barang2.

Keluar je drp arrival hall, tak sempat nak tengok sekeliling, dah terpandang nama aku kat kad di tangan seseorg yg menunggu..., terus dia bawa kami ke van..., dgn lajunya dia berjalan dan juga pandu kereta. Aku ambil airport transfer drp syrkt airporter tokyo. Dalam 25 minit dah sampai ke hotel. Bayarannya adalah 10k yen. Memang mahal, tapi nak buat mcmmana sebab selepas pukul 12 perkhidmatan keretapi dan metro dah stop. Lagipun, kami baru sampai, mesti mengambil byk masa nak cari arah station dan nak beli tiket. Untuk ke hotel pulak, kami kena tukar 3 kali tren baru sampai, so rasanya mcm tak sesuai utk naik tren lg malam ni.
Kalau nak bertanya pun bermasalah juga sebab org jepun tak ramai yg boleh bahasa inggeris walaupun dia kerja bhgn perkhidmatan pelanggan.

Hotel kami tinggal...., walaupun ada menyampah dgn peraturan yg tak logik tu..., tapi hotel ni dekat dgn stesen metro, pastu, bilik air dalam bilik..., harga kira antara yg termurah....

Sampai hotel, bilik memang dah ada, tapi yg tak sukanya terlalu ikut peraturan sampai mcm tak logik. Aku ada sorang je anak dan anak aku baru 11 tahun, kakak aku ada 2 org anak umur 8 dan 1 tahun, yg tak logiknya anak2 tak boleh dikira sekali dgn bilik parent, so aku dan kakak kena ambil bilik ekstra. Nak tak nak kena gak bayar satu bilik lg ttp tak guna pun bilik tu, sebab takkan lah anak aku nak dok bilik tu sorang2, dah la bilik yg diberi tu jauh2. Aku mintak mereka tambah kan je lebih sikit drp harga bilik asal pun mereka tak nak.. Hampeh betul, bayar saje je bilik yg satu lg tu, padahal tak guna pun.

Kat hotel ini ada dapur dan peralatan masak, so kalau setakat nak masak nasi atau nak masak sikit2 kira senang la. Satu lagi, hotel ni kira dekat dgn station metro iaitu station Inaricho. Tapi bilik kecik yg amat. Bilik air pun sama, dah la kecik siap nak berbath tub jugak..., lg lah bertambah sempit. Kalau nak banding dgn harga2 hotel kat Jepun ni, hotel ni kira agak murah..., so redha je la...

Hari ke-2

15 comments:

  1. Hotel apa tu kena caj anak-anak sekali ?
    Cend bwak anak 1 tahun ngan 3 tahun lebih , tak pula kena caj..

    ReplyDelete
  2. Hotel Oak, Ueno...

    Tu lah, geram betul tak nak bertolak ansur langsung...

    ReplyDelete
  3. Normally Hotel kat Japan, kalau boleh bawak masuk budak pun, maksimum seorang saja... kalau Toyoko Inn, dia bg seorang utk sekatil... kalau book bilik twin, dpt ler bwk 2 org budak... kalau seroang dewasa, book bilik single, confirm sorang jer budak yg boleh bwk masuk... ada sesetengah tu lg strict, budak 3 tahun keatas dah kira dewasa.. biasanya 6 tahun keatas baru kira dewasa... tp Toyoko Inn paling linent.. dewasa kira 11 tahun keatas...

    mrafidi@ayaharif

    ReplyDelete
  4. salam..nk tumpang tyer ckit, parking percume kt sebelah maner ek...nk antar member sekejap jer,lpk2 dlm sejam bru grk balik...x kisah nk mmbayar, tp klu ade free ape slhnyer...

    ReplyDelete
  5. waalaikumusalam...

    parking percuma tu dah tak de sekarang..., dulu kami rajin parking free kat kawasan Pusrawi..., la ni dah kena bayaran RM 16/sehari...

    ReplyDelete
  6. salam kak. nk tnye, ank kakak akak yg 1 taun tu, cmner ek mknan dier kt sne?
    sy nk p ujung bulan mac, der bby umo staun 8bln..risau gk psl makan bby nie... senang ke nk cr mknan baby ek?

    ReplyDelete
  7. Kami memang bawak segala makanan drp Malaysia. Memang tak cari makanan di sana sebab tak pandai baca bahasa Jepun. Hotel kat sana kebanyakan ada kitchen, kalau perlu masak bubur, boleh masak..., tapi banyak pulak nak kena beli brg2 mentah..., kalau kasi makan nestum mcm tu, baby nak tak ?

    ReplyDelete
  8. baby sy dh besar.. .dier x mo mkn nestum...nk nasi..selera orng melayu la katenye.. ehehe.. slalunye bby saya mkn bubur la.. tu la, ngh figure out cmner bby nk mkn kt sne nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hotel yg kami duduk ni memang ada dapur boleh masak. Kalau request bilik yg level bawah, memang sebelah dapur je..., buat macam rumah sendiri je main masak2 pastu makan...

      Delete
  9. as salam.. masuk osaka/kyoto tak? ada pindah pindah hotel kan, then naik train hangkut luggage banyak banyak ..susah tak?

    ReplyDelete
  10. Masa kat Tokyo, kami tak ada pindah2 hotel..., kami stay di Oak hotel sampai balik, sebab hotel tu kira ok sebab dekat dgn Metro.

    Masa kali kedua pergi tahun lepas, kami ke Osaka dan Kyoto sahaja, dan tukar 3 hotel..., memang susah dan penat sgt sebab mengangkut beg2..., lagi pulak kat Kyoto, transport yg byk digunakan ialah bas, so memang penat...

    Ini kisah di Osaka...
    http://mamaayahaman.blogspot.com/search/label/Osaka

    ReplyDelete
  11. Hi nk tnya..hotel kat sana ikut kepala ke?kalau dewasa 3 orang boleh ke masuk dalam blik double?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia je rasanya yg nak lebih kurang..., kalau kat tpt lain memang dia ikut T&C yg diiklankan. Sebaiknya, jgn ambil risiko....

      Delete
  12. Salam Kak,

    Nak tanya company van yang akak pakai tu nama apa ya? Cari cari ni semua harga dalam 23000 yen macam tu. terima kasih ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....

      http://www.tokyoairporter.com/?gclid=CNbR1LTTwbwCFUom4godykAA2w ini link nya...

      mungkin kot harga dah naik..., tapi cuba minta quoatation dulu...

      Delete