Tuesday 27 March 2012

Cuti-cuti India - Hari ke 6 - Taj Mahal, Agra.



Tanggal 14 Mac 2012....

Hari ni, kami nak melihat Taj Mahal, di Agra. Kami pergi dgn menaiki keretapi. Tiket keretapi ke Agra, dah beli siap2 drp Malaysia lagi, beli secara online guna web http://www.cleartrip.com/ . Masa mula2 beli tu dalam bulan Januari 2012. Tapi masa tu, aku tak beli tiket balik sekali sebab risau takut tak jadi pergi ke apa ke, nanti byk pulak rugi duit. So, aku beli tiket pergi je.....

Memang menyesal sebab tak beli tiket balik sekali. Dalam bulan Mac, aku nak beli lah pulak tiket balik, sekali dah tak boleh beli, sebab mereka minta kita register dulu dan perlu verified guna mobile phone no telephone India. Mana boleh, sebab kita tak ada no telephone India, no telephone luar drp India tak boleh. So, kami tak boleh beli tiket balik, melainkan kalau kita minta tour guide belikan tiket utk kita.

Pagi dalam pukul 5.40, kami dah bergerak keluar drp hotel. Tuk2 byk tunggu kat depan hotel, mereka kata bayaran 30 rp, so kami naik lah, padahal kalau jalan kaki, dekat je. Tak sampai 3 minit, dah sampai kat pintu pagar yg paling dekat dgn Jalan DP Gupta. Kami terus jalan masuk ke station seperti juga 1 kumpulan minah2 dan mat2 saleh. Alhamdulilah, perjalanan kami tiada gangguan dan halangan. Menurut pengalaman yg dah lalui, kawasan ni byk penipu dan ulat yg akan mengelirukan kita supaya kita tak naik keretapi dan naik dgn mereka.

Aku nak cari tiket balik, menurut kaunter yg aku tanya tu, kami kena beli masa dah sampai ke Agra. So, kami pun melangkah ke platform, nampak ada keretapi yg baru sampai...., panjang nya...., dan terbaca keretapi itu adalah Shatabdi..., iaitu keretapi kami..... Koc kami ialah kos yg paling mahal, iaitu, koc pertama di depan nunnnnn. Jenuh lah pulak kami berjalan utk menyampaikan ke koc. Walaupun paling mahal, tambang keretapi ni hanya RM 100 utk kami bertiga, dgn 2 jam perjalanan drp Delhi ke Agra.

Yg membuatkan lagi berbaloi, keretapinya agak selesa, dibekalkan surat khabar dan air mineral 1liter sebotol sorang. Pastu, bermacam2 makanan dihidangkan sampai ada yg tak termakan....

Lepas keretapi bergerak, mereka menghantar bunga ros sorang sekuntum.... hehehe terkejut mat saleh sebelah en suami dpt ros sekuntum sorang....

Sekuntum ros seorang satu...


Air panas sorang satu utk bancuh kopi atau teh ....., Morning Tea

Pastu mereka hantar morning tea / coffee, yg juga ada sebungkus biskut. Kita dibekalkan air panas dlm termos utk setiap org. Kami pun bancuh air dan makan biskut....


Breakfast...

Tak lama pas tu, mereka kutip cawan dan termos tadi dan mereka hantar sedulang breakfast pulak. Breakfast ada 2 keping brown bread, set butter dan jem. Makan lagi...



Sebungkus cornflake makan dgn susu suam...

Dah kenyang gak rasa. Ingat nak tidur pulak, sebab letih semalam tak habis lagi...., baru nak lelap mata, mereka hantar mangkuk dan cornflake sebungkus...., wahhh makan lagi... Pastu mereka hantar susu suam, dan kali ni aku tak habis makan cornflake sebab dah betul2 kenyang....


Set Vadai dan kentang goreng.

Ingat memang dah habis lah hantaran makanan. Lepas mereka kutip mangkuk cornflake, ada lagi rupanya. Kali ni mereka hantar set kuih vadai dan kentang goreng. Pastu mereka hantar air mangga atau oren sekotak sebagai penutup....


Air kotak sebagai penutup...

Memang best naik keretapi, rasa relax dan lepas 2 jam kita sampai destinasi. Dalam keretapi, akan dtg konduktor utk check tiket kita.

Lepas 2 jam kami sampai ke Agra. Ramai pelancong di sini. Dalam keretapi pun dipenuhi oleh pelancong, ada yg muka mat saleh, ada yg muka mcm China atau Jepun....

Sampai kat stesen keretapi Agra, nak cari kaunter jual tikat ke Delhi, susah rupanya, sebab ada byk jenis kaunter, tapi utk jenis perkhidmatan yg lain2. Yg mula2 jumpa, utk tiket keretapi yg dekat2 je kot, sebab tiketnya kecik mcm tiket bas je. Pastu, ada org suruh kami pergi ke belah kiri lepas keluar drp platform. Kami pergi ke situ, mereka kata utk tiket keretapi yg terus nak naik. So, mcm kami yg nak balik petang karang, kena beli bawah reserved ticket, iaitu kaunter yg belah kanan selepas keluar drp platform. Nak beli tiket ni, kena isi borang, nama keretapi dan masa, serta nama penumpang.

Ada lah sorang mamat ni dok mengekor kami dan ambil peluang nak tolong, tapi sebenarnya nak suruh kami naik kereta dia utk pusing2 Agra. Malangnya, keretapi semua penuh, yg ada waiting list yg panjang. So, mamat tu syor kat kami utk pergi ke travel agent utk cari tiket, sebab katanya kot2 masih ada tiket sebab tiket tu dtg drp duit under table.... Tapi memang aku dah rasa pun tak ada tiket sebab masa kat Msia lagi, masa aku check kat web, tiket byk yg dah habis.....

Kami pun setuju lah ambil dia sebagai tour guide kami di Agra. Kami dinasihatkan utk ambil pakej harga 1250 rp, konon2nya harga utk kereta yg pakai AC. Tapi hampeh, sampai kami balik pun, tak pakai AC.... Harga tu adalah pakej utk lihat 4 benda iaitu Taj Mahal, Agra Fort, Baby Taj dan Mehtab Bagh. Harga Tour guide ialah 250 rp utk sehari. 1250 rp yg kita bayar mula2 tu ialah harga utk sewa kereta + driver. Tour guide ialah org lain tapi org mereka juga dan akan ikut kami dgn kereta.

Tempat pertama yg ditujui ialah ke travel agent, utk mencari tiket balik. Sampai sana, mereka try cari dan keretapi tak ada yg kosong. So kami terpaksa balik dgn kereta, harga yg mereka beri utk sampai ke Delhi ialah 3200 rp. Kalau naik keretapi baru 1900 - 2100 rp je..., tapi nak buat mcmmana, tiket dah habis....

Drp gate luar nak ke Taj mahal, jauh juga kalau berjalan kaki. Ada perkhidmatan pengangkutan yg disediakan, iaitu tram dan kereta unta. Harga tak pasti, sebab tour guide kitaorg ni menonong je jalan laju, terhegeh2 kami ikut belakang dia...

Lepas tu, kami dibawa ke Taj Mahal. Dgn adanya tour guide, dia yg bawa kami masuk dgn mudah. Tempat beli tiket dan segala peraturan dia tahu. Senang juga lah ada mereka ni sbg tour guide. Penerangannya pun bagus dan bersungguh-sungguh. Jalan pun laju, sampai tak terkejar kami mengikut dia jalan. Dia pun boleh jadi tukang ambik gambar. Katanya dia dah mahir ambikkan gambar. Mcm2 cara dia ambikkan, teknik kat celah lubang-lubang dinding yg paling kelakar. Unik gak gambar mcm tu... Harga tiket utk Taj Mahal ialah 750 rp seorang, utk warga asing. Kalau rakyat India, murah sahaja, kalau tak silap 25rp.  Kanak-kanak bawah 15 tahun free.

Nak masuk Taj Mahal lepas beli tiket..., masih kena check scan bagai....

Gate ke Taj Mahal..., yg kubah kecik kat atas tu ada 11 dlm satu barisan, ada 2 barisan, jadi semuanya 22 kubah yg bermakna 22 tahun Taj Mahal ni hendak disiapkan..., menurut kata Tour Guide kami...










Batu marmar yang ditebuk dan digandingkan dan digam dgn batu2 warna yg diukir btk yg sama- seumpama tile yg dilukis...

Batu marmar yg diukir...

 Gambar dari celahan batu....



Taj Mahal drp pandangan sudut sisi...




Semasa berjalan pulang.....



Selesai dekat Taj Mahal, dah rasa letih jugak badan. Anak pulak rasa tak sihat. Bila round kat Old Agra, pening rasa kepala dgn suasana yg hiruk pikuk. Kami teruskan perjalanan ke Agra Fort. Kali ni, kami tak masuk pun, sebab anak rasa badan tak sihat. Kami berhenti di tepi pagar berhampiran dgn tpt Shah Jahan dikurung. Tour guide kami menerangkan drp situ sahaja.








Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Baby Taj. Kali ni kami masuk sebab katanya tak begitu luas. Konsep bangunan lebih kurang mcm Taj Mahal, tapi lebih kecil dan menempatkan kubur2 drp keluarga ibu tiri Shah Jahan. Bayaran masuk ialah 100 rp seorang.

Lepas tu, kami rasa letih, mungkin sebab semalam kami penat sgt mencari hotel dan kena bangun awal pulak, so, rasa badan tak berasa sedap. Kami putuskan utk makan di restoran dan pulang ke Delhi. Tour guide bawa kami makan di sebuah restoran dan lepas makan kami bertolak ke Delhi semula...

Perjalanan ni yg paling membosankan.... Memang amat kesal sekali sebab tak beli tiket keretapi. Balik dgn keretapi lagi seronok. Kami bertolak drp Agra hampir pukul 2 ptg, kami sampai Delhi pukul 7 lebih...., 5 jam lebih duduk dalam kereta. Driver ni bawa kereta memang main2, slow ya amatttt...., ada peluang nak laju, tak nak bawak laju sikit..., purata kelajuan hanya 50 - 60 km/j jeee....
Teramat lah bosannya. Nasib baik kereta yg digunakan kereta elok, iaitu Toyota Innova, kalau kereta teruk lagi lah sakit badan duduk lama2 dalam kereta. Sampai separuh perjalanan, driver berhenti kat tempat rehat dan makan, tapi kami malas nak turun sebab kami memang cepat2 nak sampai Delhi, lg pun restoran tu pun nampak mcm bukan restoran muslim. Anak aku pulak, muntah melambak2, nasib baik sempat bukak pintu.... Gabra je driver tu takut anak aku termuntah dlm kereta dia yg lawa dan bersih tu. Aku pun risau gak, nanti siap lah dia mintak duit lebih plak...

Dah gelap, baru kami sampai ke Delhi, padahal perjalanan hanya 200 km je... Jalan yg dilalui tu, kononnya adalah lebuhraya, siap ada tol lagi, kalau tak silap 2 - 3 kali jugak lah kena bayar tol. Tapi, langsung tak lancar perjalanan....

Sampai je depan hotel, keluar drp kereta anak aku muntah lagi melambak2.... Memang tak sihat lah anak aku. Sampai je hotel, aku pulak rasa badan tak sedap dan perut pun start memulas.

5 comments:

  1. salam kak, boleh nyatakan cara2 nak beli tiket train ke delhi-agra-jaipur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ...

      seperti yg sy cerita di atas, utk tiket pergi, sy beli terus online kat website Keretapi India. Tapi lepas bulan 3 mcm tu, mrk buat peraturan kena daftar dan verified by phone drp nombor telefon di India shj...

      Tak tahu la skrg...., sbb dah lama pun...mungkin ada perubhan...

      Tapi beli la online semua..., tapi beli la di website keretapi tu sendiri... sbb kalau deal dengan org sana, ambil peluang nak ketok org je...

      Delete
  2. Kalu di jmlah knsemua kost brpa kalau nak pi taj mahal sahja kak

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing such nice information.Checkout minicooperprice.com

    ReplyDelete