Saturday 30 March 2013

Keropok Lekor BTB




Ni yang ada cheese...


Baru je dengar pasal kewujudan keropok lekor ni. Selalunya, kami main beli kat mana jumpa je kalau balik ganu. Yang paling senang jumpa kat jalan Chendering menghala ke Kuala Ibai. Ada macam2 kedai..., atau kadang2 cari di Losong.

Rupa2nya ada kedai lain yg lebih popular. Sampai kena ambil nombor. Nombor pulak tu, yg ke 40 lebih kena tunggu. Kami pun nak gak cuba. Sedap sangat ke ?

Lokasi kedai ni ialah di Kg Bukit Tok Beng, jalan nak menghala ke airport, iaitu belah kiri. Kalau sesiapa drp Bandar KT, selepas jambatan, ambil terus susur pertama ke arah kanan. Jalan tersebut akan sampai ke airport di penghujungnya.

Sign board kedai macam tak nampak je. Tapi ni lah landmark nya, kedai yang dalam pembinaan. Mereka berniaga disebelah bangunan yang tengah dibina ni.


Nasib kami baik sikit hari tu, sesambil menunggu ada org bagi nombor, sebab dia pun dapat nombor yg org lain bagi. So, cepat 20 nombor ke depan. Kalau penat menunggu, boleh lah makan Jeli Kelapa berharga RM 1.20. Sejuk sikit tekak dalam kepanasan menunggu tu.

 Nombor kami yang sebenar....










Ulasan : Sedap...., berbaloi nunggu. Lain drp yg kebanyakkan ialah keropok lekor ni tak ada tulang bersepah2, teksturnya halus. Harga satu batang ialah RM 1. Mereka dah bungkuskan utk harga RM 10. 1 batang keropok lekor tu, boleh potong jadikan 5 - 6 potongan lagi....

Kalau lihat drp periuk dan kayu utk masak yang banyak, memang nampak mereka menyediakan dalam kuantiti yang sangat besar. Tapi masih slow juga nombor tersebut bergerak. Nombor tersebut tidak dipanggil selalu. Apa yang aku perasan, bila masak satu periuk, nombor yang bergerak adalah dalam 5 -6 nombor je. Lepas tu tunggu lagi.... Rasanya setiap org beli dalam kuantiti yang banyak, mungkin sampai RM 100 atau lebih. So, bila angkat satu periuk, cukup utk beberapa org customer shj....


Kami dapat nombor baru 1063 yg diberi kenalan baru kenal, Kak Ayu namanya. Akhirnya hampir sejam (selepas 25 nombor), dapat lah giliran kami....

Kalau takat nak beli RM 10, baik lah beli kat kedai lain..., tak berbaloi menunggu...

Kalu yg frozen dan yg bercheese ( frozen juga), tak perlu ambil nombor. Boleh terus je beli di kaunter belah kiri. Harga 1 paket (ada 10 btg kecil) ialah RM 5.



1 comment:

  1. Welcome to malaysian,this is one of famous snack in malaysia.
    http://www.virtualmalaysia.com/terengganu-satisfy-keropok-lekor-making/

    ReplyDelete