Thursday 6 June 2013

Jalan-jalan Eropah - Day 2 - IAmsterdam - Masjid ARRahman - Stenaline








Pagi hari kedua di Amsterdam, kami mulakan perjalanan di awal pagi, kerana pada petangnya kami dah kena bertolak ke Roterdam untuk naik kapal ke London.

Destinasi pertama ialah IAMSTERDAM. Kami naik tram no 12 dan berhenti di stesen Van Baerlestraat. Berhenti di stesen Museum-plein pun boleh. Lepas tu jalan ke arah kiri dan kita akan jumpa museum Van Gogh. Tapi kami tak masuk pun...

Di depan sikit kita akan jumpa IAMSTERDAM...

Di belakang IAMSTERDAM ada lagi satu museum iaitu Rijk museum. Yang ni pun kami tak masuk...






Masih pagi lagi dan nak ambil gambar pun senang, cuma ada beberapa org sahaja. Waktu petang masa kami lalu dgn tram, kawasan ini penuh dgn org yang mestinya bergambar di tempat famous ni...



 Rijksmuseum...




Lepas tu, kami ambil tram no 5 di sebelah Rijks museum ini utk ke Centraal...





 Sekitar Amsterdam Centraal...

Kami tukar tram no 16 utk ke Damrak...., dekat je cuma malas jalan kaki...


Dekat Damrak ni ada Madame Tussaud...., tapi kami tak masuk pun...

 Kalau sesiapa nak naik Canal Cruise, ada banyak company yg menawarkan pakej di sekitar Amsterdam Centraal, tak payah booking online pun tak pe...




Ini kedai di sekitar Damrak, Fridge magnetnya lagi murah kalau banding di Zaanse Schans..., tapi still mahal kalau convert to RM..., 3 ketui = Euro 5 = RM 20. Kalau kat Zaanse Schans,  4 ketui 10 Euro...



Terjumpa juga kedai jual kebab...


 Kalau nak makan dengan aman, jangan diconvert ke RM..., telan aje...

1 set kebab = Euro 6 = RM 24.00

Lepas tu, kami cepat2 naik tram dan balik ke hotel sebab check-out time pukul 11. Itu pun dah terlambat sampai dan pintu bilik dah tak boleh bukak. Nasib baik mereka tak berkira sangat, kami sempat masak 1 periuk nasi dan cepat2 keluar, dekat pukul 12 juga baru keluar drp bilik...

Letak barang di luggage room dan sambung berjalan lagi ke Bandar Amsterdam...



Kali ni mencari Hard rock Cafe Amsterdam... Lokasinya hanya di belakang museum Rijk tadi, tapi kena jalan sikit...

Di depan HRC ada pemainan chess gergasi...

Tapi sekitar kawasan ni, kotor aje, penuh dgn sampah dan selekah je...



Bandar Amsterdam yang sentiasa dipenuhi oleh terusan-terusan...


Masjid ArRahman, Amsterdam

Selepas itu, pencarian ke sebuah masjid yang agak dekat dgn tram stop, iaitu Masjid Arrahman yang terletak di tram stop Amsteldijk di laluan tram no 3. Masa tu, 1 day pass kami dah habis tempoh, kena lah beli pass yg lain. Kami ambil pass yg 1 jam sahaja.

 Ini lah rupanya masjid Arrahman, agak besar juga...

Untuk senang mencari lokasi masjid, bila kita stop tram di Amsteldijk, kita hanya perlu memandang ke hadapan dan akan nampak bangunan warna kehitaman ini dan cross jalan ke arah bangunan ini.

Pintu masuk yang sentiasa dibuka ialah dibhgn belakang drp bangunan ini. Kita pusing ke arah kanan dan akan jumpa pintu yg ada nama masjid seperti gambar di bawah ini.

Pintu yg lain-lain kata pakcik tu, hanya di buka masa solat Jumaat.





Suasana dalam masjid.

Kami terjumpa seorang pakcik yang muka melayu di muka pintu masjid. Dia menyapa kami, ingat kami org Indonesia. Rupanya dia bermastautin di Belanda dah lebih 20 tahun, berasal drp Indonesia dan bekerja dgn KLM. Dia yang bersungguh supaya kami jemaah perempuan dapat masuk ke masjid, sebab pintu utk ke bhgn perempuan berkunci. Terima kasih sgt kat pakcik tu sebab susah payah mencarikan kunci dan mempelawa kami masuk...



Selepas menunaikan solat, kami bergegas ke stesen tram utk naik tram kerana tempoh masa 1 jam bakal berakhir. Kami naik tram no 3 dan tukar di stesen Ferdinand Bolstraat utk ambil tram no 12. Alhamdulillah, masa kami naik tram no 12, scanner bunyi sekali je. Ini menunjukkan pass kami masih valid. Agaknya, masih ada beberapa saat lagi kot masa sebelum berakhir 1 jam. Masa kami turun drp tram dan saje touch pass 1 jam tu, scanner berbunyi 2 kali..., tanda pass dah habis tempoh.... fuh selamat kami sempat naik tadi....


Berlayar dengan Stenaline ke London

Sampai hotel, ambil bag dan ke stesen Sloterdijk semula untuk ambil train ke Hoek Van Holland. Drp Sloterdijk kami naik train hingga Schiedam Centrum dan tukar train utk ke Hoek Van Holland. Perjalanan ambil masa hampir 2 jam juga.

Sampai di Hoek Van Holland pukul 6 ptg, terminal kapal Stenaline hanya disebelah stesen sahaja. Masa untuk check-in akan bermula hanya pukul 7.30 ptg. Harga tiket beserta dgn kabin ialah Euro 242 utk 4 org.




Tempat untuk kita check-in. Daripada pengesahan emel yang kita print , kita tukarkan dengan tiket di kaunter Stenaline. Lepas tu baru kita boleh check-in dan diberi kad kunci untuk masuk ke kabin.
Lepas itu, kita kan lalu imigresen untuk cop keluar drp Belanda...





 Dalam kabin. Kabin ini boleh menempatkan 5 org sekali.




 Terdapat 5 plug disediakan utnuk mengecas apa2 yg patut...






Perjalanan Stenaline bermula pukul 10.30 malam. Kita dibenarkan check-in seawal 7.30 dan boleh masuk ke kabin. Dalam kabin disediakan bilik air dan kami ambil kabin 5 katil tapi untuk 4 org kami sahaja. Agak selesa juga dan suatu pengalaman yang baru. Perjalanan akan berakhir di Harwich London dan dijangka sampai pada pukul 6.30 pagi dan pagi tersebut kapal sudah pun berlabuh pukul 5 lebih lagi.

Dalam kapal Stenaline, ada disediakan restoran dan kedai bebas cukai. Sebelum kapal mula bergerak kami jalan2 sekitar kapal dan boleh keluar ke deck. Tapi angin dan kesejukan menyebabkan kami tak sanggup berada di luar lama2.

Berakhir hari kedua di Amsterdam...., sambung perjalanan ke London...

5 comments:

  1. As salam. Boleh saya tahu puan tinggal di hotel mana sewaktu di amsterdam? Kami tengah survey hotel di sana. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Meininger, sebelah Sloterdijk Station....

      Delete
  2. Salam kak Rozie. Rindu pulak bila tgk muka brsder kat kedai kebab tu. Kalu masuk je kedai dia mesti akan bagi salam kat kita. Itu gari masa 3 hari saya kat sana, tiap2 hari makan kat situ... hehe.. bulan 12 ni nak gi lagi tu yg gigih dok study segala macam info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Ini honey ke ? Best nyer nak gi europe lagi..., enjoy ye nanti...

      Kebab kedai ni akk rasa yang sedap..., banding yang lain-lain tak sesedap tu.... ;)

      Delete
  3. salam kak..saya refer blog akak untuk cuba stena line ferry..dah book for this coming feb..masih blur sikit pasal train dari armsterdam central station nak ke Hook of Holland and train dr Harwick nak pulang ke London..kena study lebih sikit..huhu..neway thanks kak..because of your blog..i dapat tahu ada interesting way to get to London from Armsterdam instead of guna Thalys & Eurostar

    ReplyDelete